Diuji dengan masalah peti suara, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella,28, akur apabila tidak dapat beraksi menyanyikan lagu Peluang Kedua pada Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) pada 15 Disember ini, selepas dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
“Bella nak explain banyak pun Bella tak pandai tapi Bella nampaklah video yang ditunjukkan doktor apa yang berlaku di dalam (peti suara). Memang ia satu perkara yang Bella tak boleh pandang remehlah. Kita tak boleh macam ‘oh takpe boleh je nyanyi,suara ada lagi’.
“Tak boleh macam tu. Mungkin benda itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Bella tak mahu kerana ini sahajalah aset Bella untuk mencari sumber pendapatan Bella, periuk nasi kita.
“Jadi buat masa ini, banyak benda yang perlu Bella lepaskan dan berkongsi rezeki kita dengan orang lain. Dalam keadaan sekarang ini masing-masing perlukan kerja jadi mungkin Tuhan kata ‘takpelah rehat kejap’.
“Bagi orang lain buat dan Bella buat benda lain dahulu. Pada Bella itu lebih kepada berkongsi rezeki berbanding daripada berfikiran negatif kerana Bella cuba melihat segalanya dari sudut positif. Harapnya lebih banyaklah yang mendatang, InsyaAllah,” jelasnya.
“Alhamdulillah, memang sangat gembira. Walaupun dalam keadaan pandemik sekarang ini, Bella masih lagi diberi rezeki. Bella pun tak tahu apa yang Bella buat lepas satu persatu rezeki datang dan Bella hanya mampu bersyukur dengan apa yang diberikan.
“Semestinya Bella sangat terharu dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Befine dan mewakili jenama ini bagi negara Malaysia,” ujarnya.