Diuji dengan masalah peti suara, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella,28, akur apabila tidak dapat beraksi menyanyikan lagu Peluang Kedua pada Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) pada 15 Disember ini, selepas dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
“Bella nak explain banyak pun Bella tak pandai tapi Bella nampaklah video yang ditunjukkan doktor apa yang berlaku di dalam (peti suara). Memang ia satu perkara yang Bella tak boleh pandang remehlah. Kita tak boleh macam ‘oh takpe boleh je nyanyi,suara ada lagi’.
“Tak boleh macam tu. Mungkin benda itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Bella tak mahu kerana ini sahajalah aset Bella untuk mencari sumber pendapatan Bella, periuk nasi kita.
“Jadi buat masa ini, banyak benda yang perlu Bella lepaskan dan berkongsi rezeki kita dengan orang lain. Dalam keadaan sekarang ini masing-masing perlukan kerja jadi mungkin Tuhan kata ‘takpelah rehat kejap’.
“Bagi orang lain buat dan Bella buat benda lain dahulu. Pada Bella itu lebih kepada berkongsi rezeki berbanding daripada berfikiran negatif kerana Bella cuba melihat segalanya dari sudut positif. Harapnya lebih banyaklah yang mendatang, InsyaAllah,” jelasnya.
Walaupun terpaksa berehat dalam bidang nyanyian buat masa ini, namun rezeki Bella nampaknya terus mencurah-curah apabila dia sering mendapat tawaran menjadi duta produk. Terbaharu, dia kini telah dilantik menjadi duta minuman yogurt, Befine.
“Alhamdulillah, memang sangat gembira. Walaupun dalam keadaan pandemik sekarang ini, Bella masih lagi diberi rezeki. Bella pun tak tahu apa yang Bella buat lepas satu persatu rezeki datang dan Bella hanya mampu bersyukur dengan apa yang diberikan.
“Semestinya Bella sangat terharu dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Befine dan mewakili jenama ini bagi negara Malaysia,” ujarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Yang Ke Depan Untuk Seth Uwais” SHILA AMZAH Kekal Positif Anak Sulung Disahkan Autisme Tahap Satu
Penyanyi Shila Amzah baharu sahaja berkongsi tentang perkembangan anaknya, Seth Uwais yang disahkan mengalami autisme tahap satu.
Menerusi Instagram peribadinya, Shila Amzah memuat naik video memaklumkan perkembangan anak sulungnya itu.
Menurut penyanyi lagu Patah Seribu ini, dia sememamgnya sudah menjangkakan masalah tersebut.
“Alhamdulillah, doakan yang ke depan untuk Seth dan keluarga kami. Seth telah didiagnos autisme tahap satu.”
Menurut Shila Amzah, sejak awal lagi dia juga sudah merasakan sama ada Seth Uwais mengalami Attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD) atau autisme.
Isteri kepada pempengaruh Ubaidillah Zulkefli atau Ubai ini turut memaklumkan tentang saranan doktor agar terapi terhadap anaknya itu diteruskan termasuk dihantar ke sekolah khas.
“Doktor menyarankan untuk meneruskan terapi yang sedang diikuti sebelum ini. Seth juga disarankan untuk dihantar ke sekolah yang boleh menerima kanak-kanak autisme.”
KEKAL POSITIF
Dalam video tersebut, Shila Amzah kelihatan sangat tenang dan positif ketika berkongsi perkhabaran itu.
“Apabila sudah tahu (disahkan) senanglah untuk kita rancang usaha yang boleh dilakukan. Sebagai ibu bapa pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendidik.
“Doakan semoga Seth boleh membesar dan belajar dengan baik. Doakan kami sebagai ibu bapa untuk menjaga anak autistik,” luah Shila Amzah.
Jauh di sudut hatinya mengharapkan agar dia dan suami dapat menjaga serta mendidik anaknya itu dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata para pengikut dan peminatnya termasuk rakan-rakan artis menitipkan kata-kata semangat buat pasangan ini.
fashasandha Anak syurga. Seth anak yang pintar. Yang akan menjadi kebanggaan ibu ayah @ubaimz . Love your positive energy, semoga dipermudahkan segala urusan keluarga kecil ini, amin
ikanabella Alhamdulillah Alaa Kulli Haal. Sethy smart boyyyy!
therealfafau @sethuwais BIG HUGS DARI AUNTY FAAA
lizahanim79 @sethuwais smart boy! Aunty Liza doakan semua yang baik baik untuk Sethie! You will do great! Chaiyok @shahilaamzah @ubaimz
catrionabrianross Its gonna be alright Sha. You know kakak ada 1 autistic boy too kan. He is turning 12 soon. With therapy, lots of love & dedication, they’ll be alright. Sending you lots of love & positive vibes . From an autism mommy
Untuk info, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Shila Amzah dengan Haris Idraki Elias. Mereka bercerai pada 2022.
Sebelum ini, Seth Uwais mengalami speech delay pada usia tiga tahun. Sejak itu, Seth Uwais dipantau pakar yang mengesyakinya mengalami autisme.
Hijabista mendoakan semoga dimudahkan segala urusan Shila Amzah dan suami dalam menjaga anak istimewa mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sulam Nama ‘Trend’ Popular Masa Kini? Elak Akidah Terpesong, Ini Hukumnya Menurut Islam!
Terbaharu di laman sosial, dapat kita lihat iklan-iklan dari pusat kecantikan mahupun SPA yang menawarkan perkhidmatan ‘Sulam Nama’ yang terlihat seakan tatu nama, namun bersifat sementara.
Lebih mengerikan lagi, apabila trend ini mulai menjadi sangat popular dikalangan remaja dan anak muda beragama Islam. Kononya ia merupakan antara perkhidmatan kecantikan yang ‘cool’ untuk didapatkan.
Sulam Nama Bukan ‘Tatoo’ Akan Hilang Dalam Masa 3 Bulan!
@noramobilebeauty SULAM NAMA/LUKIS 💕 #fyp #sulamalis #sulamnama #sulamlukis #sulamlukis #sulampromo #embroidery #semenyihberanang #sulamtattoo #fypdongggggggg #tiktokm ♬ original sound – user6888418945644 – Sien232323
Memandangkan perkhidmatan Sulam Nama ini merupakan tatu sementara yang dikhabarkan tidak bersifat kekal dan akan hilang dalam jangkamasa 3 bulan hingga setahun.
Maka, kebanyakkan pusat kecantikan menawarkan perkhidmatan ini secara terang-terangan tanpa perlu berselindung dengan menawarkan pakej tertentu dengan kadar harga mampu milik.
Malah, spa dan beberapa klinik kecantikan turut mempromosikan teknik sulaman ini dengan meyakinkan para pelanggan bahawa ia boleh hilang dalam jangka masa tertentu dan tidak kekal kerana ia bukan tattoo.
Apakah Hukum ‘Sulam Nama’ Menurut Syarak?
Ramai dikalangan remaja Islam hari ini yang mahu melakukan Sulam Nama ini, tanpa mengambil kira apakah hukum melakukannya menurut sudut pandang agama.
Sehubungan itu, Trend ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang gusar adakah perkara ini akan mencemarkan akidah golongan belia Islam.
Ini demikian kerana, meskipun perkhidmatan berkenaan diperkenalkan dengan nama sulaman. Namun, teknik dan prosedur perlaksanaanya tidak ubah seperti mencacah tatu pada kulit.
Artikel berkaitan: Pasang Love Padlock Konon Nak Kekal Jodoh, Jangan Sampai Jejaskan Akidah
Selain itu, hasil dan rupanya juga mirip seperti tatu, yang membezakan hanyalah ia bersifat sementara dan tidak dicacah cukup dalam untuk bersifat kekal.
Lebih mengejutkan apabila Islam telah menerangkan dengan jelas berkenaan hukum mencacah tatu dan teknik ‘sulam nama’ ini dilihat bertentangan dengan hukum syarak kerana, sulaman yang dilakukan itu tidak boleh ditanggalkan serta merta dan tidak telus air.
Menerusi perkongsian Scha Amlie di Facebook, bukan sahaja perbuatan tersebut boleh diibaratkan seperti tatu namun ‘dimelayukan’ hanya semata-mata untuk menghalalkannya.
“Entah kali keberapa cakap, sulam ke dalam kulit ini nama Melayu bagi tatu sahaja.
“Haram sulam blusher, bedak atay ‘foundation’, kening, gincu bibir dan sebagainya.
“Semua yang di atas menggunakan kaedah tatu. Pakai dakwat atau bahan yang masuk ke dalam kulit secara kekal adalah haram,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berhubung Sulam Nama di Facebook miliknya.
Jadi apapun yang ingin kita lakukan meskipun untuk tujuan kecantikan atau apa sahaja sekalipun, perlulah mengenalpasti hukum melaksanakanya terlebih dahulu! Jangan main belasah buat sahaja hingga merosakkan akidah sendiri. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Sumber: Facebook Scha Amlie, Tik Tok @Norabahari__
Artikel berkaitan: Mufti Kecewa, Golongan Muda Islam Kian Rosak! Selamba Ikut Perarakan Thaipusam Sambil Laung ‘Vel-Vel’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan ‘Remind’ Waktu Solat Je, Aplikasi Ini Boleh Bantu Korang Tingkatkan Amal Ibadah
Kesibukan dalam urusan harian menyebabkan ada masanya kita terlupa untuk menambah atau menggandakan pahala. Selain solat yang merupakan kewajipan, ada pelbagai cara lain untuk kita berada dekat dengan-Nya. Salah satunya adalah dengan membaca Al-Quran ataupun bertasbih. Tanpa membawa kitab suci ini juga anda sebenarnya masih boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Caranya adalah dengan muat turut aplikasi yang diperkenalkan oleh radio ZAYAN.
Bila-bila masa dan di mana sahaja berada, urusan hijabi untuk mengingati Allah menjadi lebih mudah. Caranya hanyalah dengan muat turut aplikasi ini yang hadir dengan pelbagai fungsi. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan storage dalam telefon bimbit anda.
Apa kata anda muat turun aplikasi ZAYAN. Ia merupakan aplikasi sarat dengan pelbagai informasi khusus untuk anda. Malah, boleh tambah pahala walaupun anda sedang bekerja atau dalam bilik mesyuarat. Hijabista yakin, tak rugi untuk anda gunakan aplikasi ini.
Apa itu ZAYAN?
Sebelum itu, jom kita kenali apa itu ZAYAN. ZAYAN merupakan sebuah jenama radio yang mengetengahkan konsep Muslim Kontemporari yang menjurus kepada kehidupan, travel, fesyen dan teknologi. Menariknya, ZAYAN tidak seperti radio tipikal yang hanya memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Ia turut memainkan lagu-lagu terkini bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa.
Tidak hanya itu, radio ini juga turut menyelitkan nilai-nilai agama dalam penyampaian mereka. Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq merupakan lima penyampai yang petah berbicara bagi setiap segmen berbeza untuk menghiburkan para pendengar.
Kenapa aplikasi ZAYAN berbeza dengan aplikasi lain?
Sejujurnya, aplikasi dwibahasa ZAYAN ini mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin anda sendiri tidak percaya. Aplikasi ini merupakan satu platform yang membolehkan anda untuk mendengar lagu dan dalam masa yang sama menggunakan kandungan Islamik yang terdapat di dalam aplikasi ini. Selain daripada memutarkan lagu yang dimainkan di radio, aplikasi ini turut memaparkan waktu solat berdasarkan lokasi anda.
Apabila anda buka sahaja aplikasi ini, waktu solat yang lengkap serta fungsi arah kiblat akan terpampang di skrin telefon bimbit anda. Malah, anda boleh on notifikasi dan anda akan diberi notifikasi apabila sudah masuk waktu solat. Lepas ini, tentu anda tidak akan terlepas lagi untuk solat di awal waktu. Tiada alasan untuk bersedia lebih awal di masjid untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat.
Jika anda tidak keluar makan atau berada dalam pengangkutan awam, isilah masa yang ada dengan membaca atau dengar video bacaan ayat suci Al-Quran. Anda boleh ikut baca sekali apabila menonton video-video tersebut.
Surah-surah ini dibahagikan kepada 30 hari. Jadi, ini bermakna terdapat 5 video bacaan ayat Al-Quran yang boleh anda dengar setiap hari dan anda juga boleh cuba untuk khatam Al-Quran beberapa kali mengikut situasi.
Selepas solat, tentunya anda akan berdoa dan berzikir. Sekali sekala, luangkan sedikit masa untuk memuji Allah. Kata nak tambah pahala kan? Pernah tak anda tersilap kira ketika sedang berzikir? Rasa macam dah baca 33 kali tapi rasa was-was.
Nah, tak perlu risau kerana aplikasi ZAYAN juga dilengkapi dengan ciri tasbih. Berfungsi seperti tasbih, setiap 33 biji tasbih akan diberi tanda. Antara zikir-zikir yang ada ialah Alhamdulillah, Allahuakbar, La Ilaha Illallah dan Laa Hawla wa Laa Quwwata Illa Billah.
Kadang-kadang kita juga seronok jika dapat mengerjakan solat berjemaah di masjid berhampiran selain pergi ke tempat yang biasa. Tidak payah susah-susah untuk mencari masjid berdekatakan kerana anda hanya perlu cari fungsi Mosque Finder atau carian masjid di aplikasi ZAYAN. Apabila anda tekan butang tersebut, ia akan memaparkan masjid-masjid yang ada berhampiran anda.
Jika anda mahu ke sana, hanya tekan pada masjid tersebut dan ia akan membawa anda ke sana menerusi aplikasi Waze atau Google Maps. Bolehlah hijabi ‘masjid hunting’ dengan kawan-kawan selepas ni.
Apa lagi yang menarik?
Antara ciri lain yang menambat hati Hijabista adalah fungsi Tips. Ciri ini memberi panduan kepada anda untuk melakukan perkara-perkara yang positif dalam kehidupan seharian. Ia amat baik untuk memperbaiki diri setiap hari.
Dan rasanya sepanjang Syawal ini anda masih belum terlewat untuk mengirimkan ucapan buat teman-teman dalam dan luar negara. kad versi digital ini boleh dibuat sendiri mengikut citarasa masing-masing. Malah boleh juga untuk anda menghantar self reminder buat teman-teman dengan mengirimkan kata-kata motivasi yang ada dalam aplikasi berkenaan.
Tidak dapat dinafikan, aplikasi ini sudah cukup lengkap dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk memuat turun pelbagai aplikasi lain lagi. Semuanya sudah ada di dalam aplikasi ZAYAN.
Hijabista yakin anda pasti teruja untuk menggunakan aplikasi ini. Sekiranya anda berminat, anda hanya perlu memuat turun aplikasi ZAYAN di App Store (iOS) dan Google Play Store (Android).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI