Kecantikan

Takde Lagi Jerawat! Ini Langkah Mudah Sihatkan Kulit Sis Dalam 7 Hari

Share

Muka ditumbuhi jerawat, blackhead dan whitehead memang boleh membuatkan gadis stres serta hilang keyakinan diri. Takut terjumpa crush atau bestie yang berkulit mulus – oh, down sungguh rasanya! Usah putus asa. Kini pakar-pakar dermatologi memperkenalkan produk anti-cela yang efektif untuk merawat masalah kulit sis iaitu Eau Thermale Avène Cleanance Comedomed sepantas 7 hari.

Terkejar-kejar dengan deadline tugasan, mahupun peer pressure ketika usia muda boleh mencetuskan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan blackhead yang ketara. Stres rasanya bila solekan bercapuk, seganlah kalau orang nampak!

Pemilihan produk penjagaan wajah yang betul dan amalan kebersihan berupaya menyelesaikan masalah ini. Dengan rangkaian Cleanance yang terbukti berkesan seawal 7 hari, nikmati wajah yang bebas cela dan bekas-bekas noda hitam.

Rangkaian Eau Thermale Avène Cleanance Comedomed

 

(Dari kiri) Avène Cleanance Comedomed Anti-Blemish Concentrate, Avène Cleanance Cleansing Gel dan Avène Thermale Spring Water

Rangkaian lengkap Cleanance Comedomed dari Eau Thermale Avène terdiri daripada 3 produk utama yang berkuasa untuk mengatasi cela. Ia terdiri daripada Avène Cleanance Cleansing Gel, Avène Thermale Spring Water dan Avène Cleanance Comedomed Anti-Blemish Concentrate.

3 Produk Avène Berkesan Atasi Jerawat

(1) Avène Cleanance Cleansing Gel


Gel pembersih muka yang dirumus untuk pembersihan mendalam dan menyerikan kulit tanpa merengsakan. Ia membantu menghilangkan kotoran yang menyumbat pori-pori seperti debu, habuk pencemaran dan sisa solekan dengan berkesan, sambil mengurangkan penghasilan sebum berlebihan yang mencetuskan jerawat.

Sesuai untuk sis yang memiliki kulit jenis berminyak, mudah berjerawat atau tersumbat, gel pembersih bebas sabun ini boleh digunakan pada wajah dan juga seluruh badan tau. Ia juga boleh dipakai oleh dewasa mahupun remaja. Paling best, nampak muka berseri-seri tapi bukan berminyak sehingga 6 jam!

 

(2) Avène Thermale Spring Water

Kalau sebut je jenama Avène, tentu terkenangkan produk terlaris iaitu Avène Thermale Spring Water. Bukan semburan biasa, tapi dari sumber air mata air terbaik di Perancis!

Produk ni memang baik untuk semua jenis kulit kerana diperkaya dengan khasiat menenangkan dan melegakan kulit, melembutkan serta bersifat anti-iritasi.

Nah, boleh disembur terus atau dijadikan sebahagian rutin penjagaan wajah anda, penggunaan Avène Thermale Spring Water ketika mengalami jerawat, iritasi, kulit kemerahan, sunburn, mahupun sebagai setting spray sangat bermanfaat. Ia juga selamat dipakai setiap hari!

 

(3) Avène Cleanance Comedomed Anti-Blemish Concentrate


Produk Cleanance Comedomed adalah rawatan spot-on yang tepat untuk melawan cela dan blackhead dengan efektif. Bukan saja menghilangkan, malah merawat hingga ke akarnya agar masalah jerawat sis, selesai dicegah!

Berupaya mengurangkan cela sepantas 7 hari, produk berasaskan gel ini dirumus dengan bahan aktif Comedoclastin yang dipatenkan bagi mengatasi jerawat. Ia bertekstur ringan, tidak melekit dan mudah meresap, hanya oleskan setiap pagi dan sebelum tidur untuk kulit lebih sihat serta halus mulus. Dengan penggunaan yang konsisten, penampilan jerawat baru juga makin berkurangan!

 

Ayuh akhiri masalah jerawat sis dengan produk-produk ni. Sambut ketibaan tahun baharu 2024 dengan wajah baharu, kulit lebih sihat dan bebas masalah kulit dengan rangkaian produk yang disarankan oleh pakar-pakar dermatologi, menjadikan ia pilihan terbaik dan paling selamat digunakan.

Jadi, atasi masalah jerawat sis sekarang dengan rangkaian Eau Thermale Avène Cleanance Comedomed. Ia boleh didapati di pasar raya terpilih dan gedung farmasi berdekatan, atau beli secara online di laman web Shopee (https://shopee.com.my/eau.thermale.avene) dan Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/eau-thermale-avene-os).

Dapatkan maklumat lebih lengkap menerusi:

Facebook: https://www.facebook.com/AveneMY
Instagram: https://www.instagram.com/eauthermaleavenemy/
Laman web: https://www.eau-thermale-avene.my/

Published by
Lin