Pelakon jelita, Ramona Zamzam mendedahkan bahawa Mira Filzah menjadi selebriti tempatan yang digemarinya kini kerana gemarkan sikapnya yang memberi aura positif kepada orang sekeliling.
Tambahnya lagi, dia kagum dengan pengacara Nona itu yang sentiasa menjaga solatnya biarpun terpaksa membuang dan memakai solekan berulang kali. Perkara ini telah didedahkan oleh Ramona sendiri apabila dia menjawab soalan daripada pengikutnya di laman instagram.
Sewaktu penggambaran drama lakonan kami bersama, saya dapat aura ketenangan dan positif daripadanya. Saya menyukai apabila dia ada di sisi kerana Mira teramat tenang. Sangat lembut dan sopan dimana ia sangat berlawanan dengan sikap saya. Ramona= ribut.
Dia juga antara artis yang tidak meninggalkan solat sewaktu penggambaran drama. Ia membuatkan saya kagum dengan dedikasinya. Sangat remeh sebab kena buang mekap dan pakai berulang kali. Dia sabar je dengan Ramona yang gelak 24 jam di set yang membuatkan saya segan sebab dia terlalu sopan. Tapi aura positifnya yang sangat kuat membuatkan saya faham mengapa dia disayangi ramai.
Alhamdulillah, perkara yang baik begini haruslah kita contohi. Sememangnya tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walau apa jua situasi yang mendatang. InsyaAllah, moga kita semua dapat terus istiqomah ya!