Tak Tegar Lihat Murid Berkasut Lusuh, Guru ‘Berhati’ Mulia Ini Buat Kejutan Gantikan Dengan Yang Baru

Share

Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.

Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.

Menjadi seorang guru bukanlah hanya mengajar anak bangsa semata-mata. Malah, ada antara mereka yang sanggup melakukan apa saja demi menjaga kebajikan anak muridnya kerana faham akan kekangan yang dihadapi. 

Tidak semua orang dilahirkan daripada keluarga yang senang, bahkan ada diantara mereka yang tidak mampu untuk membeli barang keperluan untuk ke sekolah.

Artikel Berkaitan:Gagal 3 Subjek Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang, Hijabi Ini Terharu Dapat Anugerah Daripada Tun M 

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @TcerNana, menunjukkan momen dia menghadiahkan kasut buat anak muridnya. 

@tcer.nana @ALLAMERICASHOE boleh sponsor sekolah saya tak? Hehehehe #tcernana ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

“Ibu tak ada duit”

Difahamkan, pemilik akaun tersebut berasa kasihan melihat dua orang anak didiknya menyarungkan kasut yang lusuh. Jadi, dia telah menghadiahkan kasut baru buat kedua anak muridnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi anak muridnya yang teruja dan terus memakai kasut yang baru dibelikan. 

Tambahan itu, netizen berasa kagum dan terharu apabila anak muridnya itu menerima sahaja hadiah dari gurunya walaupun kasut yang dibeli sedikit longgar.

“Longgar pun tak apa”, kata anak muridnya.

“Ibu tak ada duit”, kata salah seorang anak muridnya lagi. 

Cikgu yang pemurah dan baik hati

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa kasihan kepada nasib anak muridnya yang bahkan tidak mampu untuk memakai kasut baharu. Mereka juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada wanita tersebut serta merasa kagum dengan sifatnya. Video tersebut juga telah mendapat lebih 857K jumlah tontonan dan 92.5K kesukaan.

“Alhamdullillah” sebak dengarnya…terima kasih cikgu berkongsi rezeki dengan mereka…semoga urusan cikgu dipermudahkan..”

“Semoga ticer dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki selalu”

“Subbhallah cikgu..semoga cikgu d murahkan rezeki selalu..sejuk hati bila anak2 sebut alhamdulillah”

“Semoga Cikgu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan”

“Terima kasih menyinari hidup mereka.. alhamdulillah..”

MasyaAllah, semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ramai. Mungkin bantuan yang diberikan dianggap tidak sebesar mana, namun ia tetap bermakna buat anak-anak muridnya. 

Sumber:@TcerNana

Artikel Berkaitan: Terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi Akui Sebak Dihadiahkan Kereta

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira