Tak Takut Hilang Job, Wan Syarmila Tekad Berhijab Sempena Hari Jadinya Ke-38

Share

Sering kali kita mengagumi bakat lakonan pelakon bertubuh kecil iaitu Wan Sharmila. Berilah apa sahaja watak padanya, semuanya dapat dilaksanakan dengan baik.

Baru-baru ini, Wan Sharmila mencuri tumpuan apabila memuat naik gambarnya memakai hijab sewaktu bercuti di Osaka,Jepun.

Mahu lakukan perubahan sempena hari jadinya yang ke-38 tahun.

Akuinya, dia sebenarnya sudah lama memasang niat untuk bertudung dan nekad mengenakannya sempena ulangtahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu.

“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja. Tapi apa yang sedang saya buat sekarang ini adalah saya cuba ke arah itu.

Tiga hari tidak post, peram gambar.

“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya sudah mula pakai tudung sejak tiga hari yang lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walau tengah bercuti ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya peram gambar dan tak post.

Di samping itu, Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, akui dia tidak takut mengenai kurang tawaran berlakon sebaliknya percaya rezeki akan lebih luas selepas ini.

“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.

Selain itu, Wan Sharmila mendedahkan penampilan berhijabnya dalam beberapa drama sebelum ini merupakan permintaan peribadinya sendiri sebagai persediaan mengajar diri untuk terus istiqamah.

Terharu ramai sangat yang menyokong dirinya.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.

“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya Cuma harapkan sokongan mereka, “katanya kepada Mstar.

kredit: Mstar, instagram @lala.wansyarmila

 

Published by
Qistina