Kelembapan bahagian tertentu di tubuh badan anda, biasanya membuat anda banyak berpeluh apatah lagi dengan cuaca yang tidak menentu ini. Selain rasa tidak selesa, berpeluh juga menyebabkan pelbagai masalah lain seperti ruam pada kulit, kemerahan, bau dan perasaan tidak enak badan.
Kelembapan boleh menyebabkan peluh berlebihan di ketiak dan kawasan intim. Ia boleh menjadikan kulit kepala anda berminyak, dan beberapa bahagian badan anda mungkin kering dan bahagian lain terasa keringat dan lembap. Peluh yang berlebihan boleh menyebabkan jangkitan kulat dan jerawat juga.
Apabila peluh berlebihan yang menampakkan kesan tompokan di baju terutama di bawah lengan, belakang badan dan ada juga di bahagian kepala bagi mereka yang mengenakan hijab.
Ikuti ‘beauty hacks’ ini yang membolehkan anda menikmati musim panas dan hujan dengan selesa.
1. Gunakan sabun antibakteria
Daripada menggunakan sabun wangi, pilihlah sabun antibakteria. Sabun antibakteria dapat membantu membunuh kuman dan melindungi kulit dari bakteria. Penting bagi seseorang untuk menjaga kebersihan diri dengan mandi setiap hari.
Memakai pakaian sintetik yang ketat tidak akan membiarkan kulit anda bernafas, jadi anda harus memilih pakaian yang ringan, selesa dan longgar seperti kapas. Ia membiarkan udara melalui badan. Elakkan berkongsi pakaian dan tuala dengan sesiapa sahaja.
3. Gunakan minyak pati
Ads
Tuangkan 2-3 titis minyak pati lavender semasa mandi, ia membantu anda kekal segar dan berbau harum. Minyak pati membantu dalam mengawal peluh dan bau badan. Anda juga boleh menggunakan minyak pudina, kerana ia tidak hanya membantu menghilangkan peluh, tetapi juga menjaga rambut tetap lembut.
Gunakan serbuk anti-kulat berhampiran kawasan intim. Gunakan antiperspirant pada hari-hari lembap. Untuk ketiak yang berbau, anda boleh menggunakan gel lidah buaya kerana ia lembut pada kulit. Ia boleh diurut secara langsung pada ketiak anda.
Sepintas lalu, orang yang memakai seluar ketat memang kelihatan cantik dan menarik kerana dapat membentuk lekukan bahagian tubuh. Selain itu, memakai seluar ketat ini juga begitu ringkas dan senang bergerak.
Sayangnya, di sebalik semua kelebihan itu, ternyata beberapa ancaman berbahaya yang datang kepada si pemakainya. Apalagi jika seluar ketat ini dikenakan oleh seseorang yang mempunyai aktiviti padat dan selalu ingin bergerak, tentu akan lebih berisiko tinggi. Inilah bahaya memakai seluar ketat bagi hijabis jangan menyesal selamanya.
1. MENIMBULKAN IRITASI
Cuaca di Negara in mungkin kurang sesuai mengenakan seluar ketat kerana iklim tropika. Hal ini terjadi kerana kulit akan sukar bernafas jika menggunakan seluar ketat sehingga peluh yang keluar banyak menyebabkan kulit lembab, menimbulkan iritasi dan jamur (cendawan). Dalam keadaan ini jamur mudah berkembang. Jika hal ini terjadi, maka biasa mengakibatkan gatal-gatal pada kulit, terutamanya pada bahagian pinggul sampai ke pangkal paha. Jamur yang biasa tumbuh di bahagian-bahagian tersebut seperti kurap yang gejalanya merah menonjol dan gatal, panau yang menimbulkan kesan coklat dan putih, serta cendawan yang menyebabkan basah dan gatal.
2. MENINGGALKAN KESAN HITAM
Seluar yang ketat memiliki pengaruh yang besar terhadap kondisi kulit di celahan peha. Awalnya mungkin radang ringan biasa terjadi. Namun jika prosesnya berlansung terlalu lama, maka kesan hitam di pangkal peha akan timbul. Sedangkan jika anda berhenti memakai seluar ketat kesan yang tinggal tidak mudah untuk hilangkan dan memerlukan waktu yang lama.
3. MENGALAMI KEMANDULAN
Salah satu kesan yang ditakuti adalah boleh menyebabkan kemandulan hinggga boleh menimbulkan gangguan pada organ reproduksi jika digunakan dalam jangka waktu yang panjang bagi hijabis. Hal ini biasa cendawan yang tumbuh di sekitar organ reproduksi atau organ intim boleh mempengaruhi produktiviti sel telur sehingga menyebabkan kemandulan. Bukan itu sahaja, keputihan, gatal-gatal, flek di area vagina hingga iritasi boleh juga terjadi pada wanita. Oleh itu, sebaiknya hijabis mengenakan seluar yang longgar.
4. MENYEBABKAN PENYAKIT PARESTHESIA
Paresthesia adalah penyakit yang membuat pederitanya merasa kesemutan, rasa mati rasa dan kepanasan seperti rasa terbakar. Pengggunaan seluar ketat membuat penyakit ini boleh terjadi sehingga dapat membuat aliran darah tidak lancar. Akibatnya kesemutan hingga mati rasa akan dialami termasuk bahagian paha dan pinggul akibat seluar terlalu ketat.
5. MENIMBULKAN PENYUMBATAN PEREDARAN DARAH
Memakai seluar ketat boleh menimbulkan penyumbatan pada sirkulasi darah kerana pembuluh darah tertekan di sekitar paha, kelengkungan serta pada organ intim. Pada umumnya, sirkulasi tidak baik ini boleh disebut varises. Varises bukan hanya terjadi akibat menggunakan kasut tinggi sahaja, tetapi ternyata mamakai seluar ketat juga menjadi penyebabnya. Akibatnya, pembuluh darah juga boleh membeku kerana gangguan gerakan dibatasi oleh seluar ketat. Selain varises, menggunakan seluar ketat juga menimbulkan pembengkakkan.
6. MENJANGKITI SALURAN KENCING
Memakai seluar ketat termasuk menggunakan seluar panjang ketat, seluar dalam ketat atau tidak lepas di sekitar pangkal peha, akan membahayakan anda. Mengikut kajian Dr. Hillary Jones dari TENA Brand Ambassador bahawa menggunakan seluar ketat jangka waktu yang lama mengakibatkan infeksi pada saluran kencing. Jika ini terjadi saluran kencing akan menjadi lemah dan sering terjadi pada lelaki.
7. MEROSAKKAN KULIT
Penggesaran pada kulit akibat penggunaan seluar ketat, maka kulit akan menjadi lebih rosak. Masalah jangkitan ruam dan infeksi kulit pada sekitar bahagian paha dan ia bergantung pada bahan fabrik seluar. Sekiranya seluar dari bahan yang kasar maka geseran yang kuat akan berlaku.
8. MENGALAMI MASALAH PADA SARAF
Jika anda menggunakan seluar ketat dalam waktu yang lama, maka akan menyebabkan penyakit neuritis dari saraf paha luar atau dipanggil sindrom Bernhardt atau Paresthesia sehingga dapat membuat seseorang mengalami mati rasa, ngeri hingga kesemutan. Ahli perubatan memberi peringatan pada hijabis memakai seluar ketat bahawa mereka akan lebih menderita kerana merosakkan tubuh dan saraf.
9. MENGGANGGU USUS
Menurut seorang internis bahawa menggunakan seluar yang terlalu ketat boleh menggangu mobiliti usus. Hal inilah yang biasanya membuat anda merasa kurang selesa dan mengalami sakit perut setelah dua jam atau tiga jam setelah makan. Sayang di kalangan hijabis tidak menyedari kesan dari memakai seluar ketat.
10. SESAK NAFAS
Sirkulasi darah yang tidak berjalan dengan lancar membuat anda sesak akibat dari seluar yang ketat. Ia berbahaya dan boleh membuatkan anda pengsan. Bahaya memakai seluar ketat tentunya akan menyusahkan diri anda sendiri, termasuk pelbagai penyakit yang akan dialami. Selain itu berpeluh juga membuatkan anda tidak selesa sepanjang hari.
Jangan di sebabkan keinginan berfesyen dan mengikut trend, hijabis menjadi mangsa gejala dari kehendak dan kepuasan sendiri. Memakai seluar ketat seperti pakaian untuk senaman mempunyai bahan yang menyerap peluh sekali gus membenarkan kulit anda bernafas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda tetap mengalami masalah kulit, walhal dah berusaha memperbaiki keadaan kulit dengan berusaha menggunakan produk kecantikan kulit (skincare) secara konsisten hingga menjadi rutin.
Jika perkara ini berlaku kepada anda, mungkin sahaja anda telah mengalami masalah kerosakkan skin barrier tanpa anda sedar.
Skin barrier merupakan lapisan pelindung kulit yang berada pada bahaian paling luar pada kulit. Ia berfungsi untuk menjaga kulit dari perbagai kerosakan yang berpunca dari faktor eksternal seperti pencemaran, debu dan kotoran, sinar matahari dan sebagainya.
Tetapi apabila skin barrier mulai rosak, masalah kulit akan muncul dan sukar untuk dirawat atau dipulihkan semula.
Lima Ciri-Ciri Ini Menunjukkan Skin Barrier Anda Sudah Tidak Berfungsi!
Skin barrier memiiki fungsi yang sangat penting bagi kulit tau. Sehubungan itu, anda harus berwaspada terhadap beberapa tanda menunjukkan skin barrier bermasalah.
Berikut Hijabista senaraikan lima ciri-ciri skin barrier telah rosak yang wajib Hijabi tahu!
Radang Kulit Yang Merengsakan!
Warna kulit kemerahan adalah ciri paling mudah untuk dikenalpasti bahawa kasus skin barrier telah rosak. Malah rasa gatal dan kerengsaan pada kulit berlaku kerana penggunaan skincare yang mempunyai kandungan seperti asid dan retinol.
Kegatalan Pada Pemukaan Kulit
Kulit anda terasa gatal? Anda perlu waspada, kerana kulit yang gatal juga merupakan ciri-ciri skin barrier bermasalah. Puncanya adalah kerana skin barrier anda sudah semakin menipis hingga menyebabkab bakteria merebak masuk ke dalam kulit dengan begitu mudah.
Skin barrier yang rosak tak mampu melakukan pembaharuan dan pertumbuhan sel kulit seperti biasa, kerana kadar lembapan semulajadi pada kulit semakin merosot. Akibatnya kulit sis menjadi kering, kusam, dan bersisik
Hiperpigmentasi
Ciri-ciri yang satu ini sekilas pandang akan terlihat seperti bekas luka terbakar pada wajah, tetapi itu bukan sekadar luka terbakar ya. Hiperpigmentasi ini disebabkan kerana sering terdedah atau terkena pancaran sinar matahari secara langsung. Sehingga munculnya melasma gelap di bahagian wajah, biasanya di sekitar pipi atau dahi.
Proses Rejuvenasi Kulit Lambat
Apabila pelindung kulit semakin lemah dan tidak mampu lagi untuk melindungi permukaan kulit wajah, hijabi akan mengalami proses regenerasi dan rejuvenasi kulit yang lebih lama, kerana pelindung kulit sudah tak mampu melakukan tugasnya dengan baik.
Contohnya, luka ringan di kulit yang sepatutnya hanya mengambi masa yang singkat untuk sembuh, kini memerlukan waktu yang lebih lama dari kebiasaanya.
Oleh itu, kulit adalah bagian tubuh terpenting yang perlu anda lindungi. Saat kulit anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang Hijabista telah senaraikan diatas.
Adalah lebih baik jika sis lebih mengambil berat dan menjaga kesihatan kulit dengan lebih teliti.
Ikan masak singgang memang menjadi pilihan menu untuk mereka yang sedang berdiet. Ianya sajian yang berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Tiada santan dan minyak, sajian ini sesuai buat mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Terbaharu ikan masak singgang dikatakan mampu merawat penyakit Covid-19.
Ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob,” kata Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Azizah berkata, banyak pihak yang menghubunginya untuk mengesahkan mengenai kenyataan yang dibuat itu.
“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.
“Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.
“Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya.
Katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.
“Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu ikan singgang itu mujarab kerana hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.
“Oleh itu saya harap orang ramai jangan keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.
Katanya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.
Sumber kredit: Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...