Memiliki bentuk badan yang sihat bukanlah perkara yang susah. Malah, ia disarankan kepada semua untuk mendapat kesihatan yang sebaiknya. Tidak susah sebenarnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ada pelbagai cara mudah dan ringkas yang boleh anda amalkan.
Nak tahu cara mudah untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan? Jom baca rutin dibawah ini!
Minum air suam
Ada yang mengatakan setiap orang dewasa perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Namun begitu, menurut Michael Sawka dari Institute of Medicine Amerika Syarikat, keperluan air setiap orang adalah berbeza. Anda hanya perlu minum air selepas makan pabila dahaga. Itu sudah memadai untuk memastikan kandungan air untuk tubuh mencukupi.
Cuci tangan
Hampir 80 peratus penyakit seperti batuk, selesema dan bersin disebarkan melalui sentuhan. Maka seeloknya anda cuci tangan sekerap mungkin. Menurut kajian hanya 16 peratus orang di seluruh dunia yang mencuci tangan mereka dengan sempurna dan kerap.
Ketawa penawar duka
Ketawa menghasilkan endhorpins iaitu sejenis bahan kimia yang menghasilkan tenaga dan mengurangkan tekanan. Secara tidak langsung ia juga menurunkan hormon yang menjadi punca stres.Menurut Lee Berk dari Universiti of California, kesan positif ketawa boleh bertahan hampir 12 jam.
Berhenti merokok
Merokok itu tiada satu pun kebaikannya. Menurut kajian di Amerika Syarikat, satu perlima wanita di sana merokok dan hampir 200,000 daripadanya bakal mati disebabkan penyakit berkaitan dengan kesan merokok. Maka bagi anda yang merokok, mulakanlah usaha untuk berhenti.
Floss
Ia bukanlah aktiviti kesihatan yang popular namun banyak kebaikannya. Floss mengelakkan penyakit gusi dan juga mencantikkan senyuman. Hasil kajian, penyakit gusi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, strok dan juga kencing manis. Melakukan flossing seminggu sekali sudah memadai menurut Howard S. Glazer dari Academy of General Disease.
Luangkan Masa bersama teman
Secara tidak sedar, apabila anda dikelilingi teman-teman rapat anda berasa lebih segar dan sihat. Lebih-lebih lagi dengan teman yang boleh membuatkan anda tertawa. Menurut kajian, wanita akan menghasilkan dua jenis hormon, oxytocin dan prolactin yang mencetuskan rasa ingin menjalinkan persahabatan. Selain itu kajian juga membuktikan bahawa memiliki teman rapat yang ramai mampu memanjangkan hayat seseorang.
Tidur yang cukup
Nikmatilah tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap hari. Ia akan merehatkan tubuh dan minda. Oh ya, maksud tidur disini ialah tidur pada waktu malam bukannya di siang hari.
Kekalkan berat badan
Tentukan berat badan anda dalam keadaan yang ideal. Jangan biarkan berat badan turun naik kerana ia tidak baik untuk kesihatan anda.
Klimaks
Menikmati hubungan seks yang berkualiti juga baik untuk kesihatan. Orgasma akan mengubah bahan kimia dalam otak yang bertindak merehatkan minda dan tubuh. Menurut kajian mereka yang menikmati seks yang berkualiti akan menurunkan 50 peratus risiko diserang penyakit jantung.
Berurut
Berurut memberi kesegaran pada tubuh. Ia juga melancarkan peredaran darah dan dalam masa yang sama menghasilkan serotonin iaitu sejenis bahan kimia yang lebih baik untuk tubuh.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI