Siapa sangka bulu kening juga merupakan salah satu bahagian yang sebenarnya memainkan perana penting untuk memastikan seseorang itu kelihatan jelita dan menarik. Hari ini banyak rawatan moden yang menyediakan perkhidmatan untuk mencantikkan bulu kening.
Namun, penjagaan bulu kening juga hanya boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa menggunakan sebarang bahan kimia yang mungkin memudaratkan kulit wajah kamu! Apa yang penting, kamu harus tahu cara yang terbaik dan teknik yang sesuai untuk mendapatkan jenis bentuk bulu kening yang seksi dan menggoda!
Bentuk kening cantik serta sempurna akan memberi penampilan lebih lebih anggun! Jom amalkan cara tradisional ini di rumah!
1. Buah keras
Dengan menggunakan sebiji buah keras, kening anda akan jadi lebat secara semula jadi. Caranya ialah:
Ambil buah keras dan sagat, kemudian air buah keras itu tadi boleh disapu di bahagian kening. Kamu boleh amalkan pada setiap malam sebelum masuk tidur. In Shaa Allah kening akan berubah jadi lebat dan cantik.
2. Kelapa tua
Kelapa tua yang memiliki banyak khasiat dipercayai dapat mencantikkan bulu kening. Caranya ialah:
Bakar buah kelapa tua, ambil minyaknya dan sapu pada bulu kening.
3. Aloe Vera / Lidah Buaya
Bukan sahaja terkenal dengan kelebihannya untuk merawat masalah jerawat mahupun pigmentasi, malah ia juga dapat melebatkan buku kening serta menghitamkan lagi warna bulu kening supaya tampak lebih kemas dan jelita. Caranya ialah:
Ramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam. Aloe vera ini hanya ambil lendirnya sahaja, lakukan beberapa hari dan lihatlah hasilnya.
Selain itu juga, ada beberapa teknik mahupun langkah lain yang boleh kamu amalkan untuk mencantikkan serta melebatkan bulu kening kamu!
Pastikan Bentuk Kening Sesuai Dengan Bentuk Wajah
Jika kamu tidak pernah merapikan bulu kening, inilah masanya untuk mau belajar teknik terbaik untuk merapikan buku kening kamu supaya tampak lebih kemas dan teratur. Usah risau, tonton sahaja di mana-mana video yang boleh kamu pelajari tentang merapikan buku kening. Setelah merapikannya, barulah kamu menjalankan proses penjagaan kening secara sendiri. Cabut bulu kening mengikut kesesuaian wajah dan pastikan jangan cabut hingga terlalu nipis. Ingat, hanya cabutkan bulu kening yang berada di bahagian bawah kening anda sahaja.
Penjagaan Warna Bulu Kening
Jika mewarnakan rambut, harus perhatikan warna bulu kening. Kamu harus pastikan agar warna bulu kening tidak lebih terang atau pun lebih gelap daripada warna rambut untuk tidak kelihatan pelik dan tidak sesuai.
Ingat Memilih Alat Solek Yang Tepat
Untuk kesan yang menarik, kamu juga harus menggunakan pensil kening bagi menghasilkan bentuk kening yang lebih menarik walaupun ia hanya untuk sementara waktu sahaja. Pilihlah yang paling mudah untuk digunakan dan pastikan tidak menjadikannya terlalu tebal. Ia akan membuatkan kening kamu kelihatan tidak “natural” atau semulajadi.