Kecantikan

Tak Susah Pun Nak Jaga Kualiti Tudung Shawl. Buat Jer 5 Tip Mudah Ini. Senang Sangat!

Share

Rekaan hijab seperti shawl ataupun bawal menjadi trend pada hari ini. Walaupun ia sebahagian dari kewajipan kaum Hawa untuk menutup aurat, namun kini hijab merupakan sebuah simbolik ‘fashion statement’ yang mampu menaikkan seri stail seseorang. Oleh itu, sama juga seperti baju mahupun kasut, produk tudung juga harus dijaga dengan baik!

Sumber gambar: Steven

Walaupun rata-rata daripada kaum Hawa sudah memiliki banyak jenama tudung namun tidak ramai yang tahu cara menjaganya dengan betul. Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda cara mudah untuk menjaga tudung shawl ataupun jenis tudung lain supaya boleh dipakai lama. Selamat mencuba!

  1. Guna pelembut fabrik
Sumber gambar: Sh.vets

Untuk menjaga kelembutan tekstur fabrik tudung anda, basuhkan ia dengan produk sabun basuh baju yang diperbuat daripada jenis cecair dan campurkan dengan pelembut fabrik kemudian rendamkan selama lima minit. Elakkan penggunaan sabun basuh baju jenis serbuk kerana ia boleh merosakkan tekstur tudung. Malah, harus diingat. Rendaman yang terlalu lama juga tidak digalakkan kerana ia akan mengakibat tekstur rapuh atau fragile dalam jangka masa yang lama dan membuatkannya mudah koyak!

2. Jangan basuh terlalu kuat

Sumber gambar: Ganinph

Oleh kerana tekstur tudung begitu nipis dan halus, penggunaan berus tidak digalakkan kerana boleh mengubah tekstur fabrik tudung menjadi kasar jika diberus dan menjadikannya tidak selembut selalu. Elakkan menyental tudung dengan kuat. Cara yang paling ringkas, celupkan sahaja di dalam rendaman air, periksa tudung sama ada kekotoran di mana-mana dan gosok lembut bahagian yang ada kotoran.

3. Elakkan jemur di bawah matahari terik

Sumber gambar: Teona

Selain itu juga, elakkan menjemur tudung shawl di bawah matahari terik. Lebih elok sekiranya tudung dijemur di  tempat yang redup dan angin bertiup. Ia juga dapat mengekalkan kualiti tudung untuk tidak rapuh dan kekal kukuh supaya tidak mudah kuat. Langkah ini juga dapat menjaga warna tudung daripada luntur. Fabrik shawl biasanya terdiri daripada fabrik yang agak nipis.

4. Guna kaedah rendam dan jangan guna mesi basuh

Sumber gambar: Aandersen

Elakkan basuh pelbagai shawl menggunakan mesin basuh. Ini adalah kerana mesin basuh membasuh dengan agak kasar yang boleh menyebabkan tekstur berubah dan menyebabkan kedutan pada tudung. Cara terbaik adalah menggunakan tangan. Bila membasuh tudung di dalam mesin semestinya akan bercampur dengan baju yang lain, sekiranya warna luntur ke baju yang lain akan menyebabkan tudung tersebut tidak boleh digunakan lagi.

5. Jangan guna suhu yang tinggi ketika menggosok

Sumber gambar: Kaboompics

Sesetengah tudung  perlu digosok dengan seterika. Elakkan menggunakan suhu yang terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan tudung menjadi rosak dan kemungkinan tudung boleh terbakar ataupun berlubang kerana suhu seterika yang terlalu tinggi. Suhu yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan warna tudung menjadi pudar. Bagi anda yang memiliki tudung jenis pleated, elakkan menggosok terlalu kuat kerana ia akan merosakkan perincian pleated tersebut. 

Published by
Putra