Isi Kandungan
ToggleBukan senang untuk menurunkan berat badan. Tetapi tiada yang mustahil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan yakin. Seperti perkongsian gadis ini di laman twitter. walaupun hanya berjaya lenyapkan 10 kg, tetapi sudah cukup memberi maksud mendalam pada dirinya. Dari 60 kg, kini gadis yang mengunaka nama akaun kind memiliki berat 48 kg. Kisahnya cukup beri inspirasi untuk mereka yang terlebih makan raya nanti dan cara terbaik untuk turunkan berat lepas Syawal nanti.
Ayuh ikuti thread yang dikongsi di laman twitternya. Perkongsian di medium sosial ini mendapat lebih 5 ribu retweet menggunakan cara yang cukup mudah tetapi dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Berjaya kurangkan 12 kg dalam masa dua bulan.
Inilah dirinya sekarang dengan berat ideal.
Metabolisme rendah jadi mudah untuk turunkan berat badan. Cara pertama minum air lemon panas setiap pagi. Boleh juga letakkan hirisan serai kemudian direbus. Diingatkan jangan skip guna cara ini.
Tip media minum air bank-banyak supaya rasa kenyang sebelum makan. Kalau takpun makan buah. Paling bagus makan avocado untuk sarapan pagi.
Tetap makan tiga kali sehari, tapi makan sayur. Say No To Nasi, mula-mula payah tapi lama kelamaan akan terbiasa.
Jangan lupa ambik carbo, dia nasihatkan makan roti ketika makan tengahari. Say No juga untuk makanan bergoreng sebaliknya ambil ikan yang dibuat sup.
Tip seterusnya adalah exercise. Tapi kena ingat 80% pemakanan dan 20 % adalah exercise.
Ini antara exercise yang dicadangkan. Buat tak sampai 3 minit dan boleh dilakukan sebelum tidur.
Tip paling last adalah minta doa dari Tuhan supaya istiqomah untuk kurus.
Boleh juga banyakkan pembacaan dari google untuk mengetahui cara terbaik turunkan berat badan. Walaupun hanya dua bulan dan turun 12 kg tetapi kisahnya cukup beri inspirasi kepada mereka yang mahu turunkan berat terutama selepas Syawal nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Menghilangkan Rasa Mengantuk Untuk Berjaga 10 Malam Terakhir.
Isi Kandungan
Toggle10 malam terakhir bukan senang untuk mengekalkan momentum untuk berjaga dan bermunajat mencari malam lailatul qadar. Sekiranya mengantuk segala ibadah menjadi tidak fokus. Pelbagai perkara cuba anda lakukan tapi masih tidak berjaya.
Nah, Hijabista cadangkan 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk agar misi mencari malam lailatul qadar tercapai.
1. Ambil Snek
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk.
2. Jalan-Jalan Sebentar
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
3. Quick Nap
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
4. Berborak Dengan Kawan
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
5. Dengar Alunan Zikir
Mendengar alunan zikir ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar zikir menyentuh jiwa kan.
6. Minum Air
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
7. Alihkan Pandangan Daripada Phone Atau Tablet.
Menatap Al Quran di dalam telefon atau tablet dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihatnya. Cuba lakukan perkara lain. seperti basuh muka atau melihat pokok yang hijau.
8. Minum Kopi
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
9. Lampu Yang Terang
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
10. Stretching
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simpan Duit Dengan 11 Hack Ini Untuk Hadapi Tahun 2020, No 11 Memang Berbaloi!
Isi Kandungan
ToggleMenjelma tahun baru antara yang paling popular yang ingin dilaksanakan dan yang pasti kebanyakan dari kita berazam untuk menyimpan lebih duit sebagai salah satu azam tahun baru.
Perkongsian kali ini ialah bagaimana 11 hack ini dapat membantu anda untuk simpan duit anda. Saving Hack ini sekiranya dilakukan dengan displin insyallah anda mempunyai pendapat lumayan.
1. Sistem sampul surat
Bagaimana ia berfungsi? Benda pertama ialah dapatkan sampul surat kosong atau lebih baik, kitar semula kertas yang ada. Anda memerlukan lebih kurang 4 sampul surat; duit barangan rumah, duit barangan kecantikan, duit minyak kereta dan duit belanja makan. Duit komitmen tetap (bil dan simpanan) biarkan di dalam akaun anda.
Selepas mendapat gaji, bahagikan duit gaji kepada setiap kategori ini. Setiap perbelanjaan bulanan anda harus tidak melebihi duit yang telah diletakan di dalam setiap sampul.
2. Sarapan di rumah
Memang budaya masyarakat kita lebih gemar makan diluar, apatah lagi sarapan kerana untuk membuat sarapan kita perlu bangun lebih awal. Begitu juga amalan suka membeli kopi di kafe. Cuba anda kira semula purata sarapan dan kopi anda sehari berapa? Sebulan? Katakan RM8 sehari untuk sarapan, seminggu anda sudah berjaya menjimatkan duit anda sebanyak RM48!
3. Gunakan duit sebenar
Menggunakan kredit kad atau debit kad memang lebih mudah berbanding duit sebenar. Namun apabila kita menggunakan duit sebenar, kita akan nampak lebih jelas duit yang dikeluarkan. Anda juga boleh menetapkan jumlah duit yang anda ingin bawa untuk mengawal penggunaan duit semasa ingin makan di luar.
4. Bandingkan
Jadilah pengguna yang bijak! Sekarang terdapat banyak iklan mengenai harga jualan serta terdapat juga aplikasi atas talian yang membolehkan kita membuat perbandingan harga. Dengan ini, kita dapat memilih tempat beli belah yang lebih menjimatkan.
5. Kupon
Selain membandingkan harga, anda juga boleh membeli-belah menggunakan kupon! Di surat khabar serta laman sosial terdapat banyak kupon promosi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan kupon-kupon ini.
6. Cabaran
Terdapat banyak trend cabaran mengumpul duit yang anda boleh lakukan. Contohnya cabaran 52 minggu, cabaran memenuhkan botol minuman 2 liter dengan duit syiling, atau mengosongkan poket anda dari syiling setiap pagi dan isikan di dalam bekas khas. Tanpa anda sedari, anda sudah mula menabung!
7. Hari tanpa belanja
Ini mungkin kedengaran tidak logik, tetapi sebenarnya tidak mustahil. Jadikan sehari di dalam seminggu sebagai hari tanpa belanja anda. Ini bermakna, di dalam tempoh 24 jam anda tidak boleh membelanjakan duit anda. Ini juga bermakna, bersarapan di rumah, membawa bekalan dari rumah serta makan malam di rumah.
8. Menyertai program pelanggan setia
Tahukah anda kebanyakan pasaraya menyediakan keahlian program pelanggan setia? Kebanyakan program ini akan melayakan anda untuk mendapat harga istimewa, jualan khas, serta kupon eklslusif. Sertai program mereka dan dapatkan lebih penjimatan dan simpan duit anda.
9. Catatan kewangan
Catatkan perbelanjaan mingguan anda, masukan semua maklumat seperti jika anda ada meminjam duit orang atau meminjamkan duit kepada orang, atau menggunakan duit untuk membayar sesuatu seperti bil. Dengan catatan sebegini, anda akan lebih berwaspada di mana anda patut kurangkan belanja.
10. Cari peluang
Kini anda sudah mempunyai catatan kewangan anda jadi anda boleh mencari ruang atau peluang untuk lebih berjimat dan simpan duit anda!
11. Jualan terpakai
Daripada anda membuang atau terus menyimpan barangan atau pakai yang tidak digunakan lagi, jualkan ia! Jualkan pakaian atau barangan anda yang masih elok di atas lain atau di aplikasi atas talian seperti Carousell. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapat duit daripada terus membiarkan barangan atau baju terus rosak.
Kaji selidik ‘Power Of Secondhand Gifts’ dari Carousell mendedahkan barangan terpakai kini diterima baik
Carousell, salah satu daripada pasaran jual-beli antara pengguna dan pengiklanan barangan terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menyeru para netizen untuk mempertimbangkan idea untuk menjual-beli “barangan terpakai” di kala ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli belah pada jualan akhir tahun. Hasilnya menunjukkan bahawa Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia sebenarnya A-OK dengan hadiah dari barangan terpakai, malah boleh menjadi satu pilihan dalam menguruskan pemberian hadiah yang berpatutan serta mesra alam.
Kaji selidik Power Of Secondhand Gifts dari Carousell telah dijalankan secara atas talian pada November 2019 dengan seramai 2,419 responden di Malaysia.
Secara keseluruhannya, jelas sekali idea pemberian hadiah dari barangan terpakai ini semakin diterima ramai – 88.9 peratus berkata mereka akan berasa gembira menerima hadiah dari barangan terpakai, sementara 84.8 peratus mengatakan mereka memilih barangan terpakai yang mereka benar-benar mahu berbanding barangan baru yang tidak diperlukan.
Ini semestinya berita baik buat mereka yang sering kali keliru dalam mempertimbangkan keperluan untuk mencari hadiah yang bersesuaian dan juga yang menepati bajet. Ini disebabkan barangan terpakai itu mampu menawarkan harga mampu milik bagi pengguna, berkualiti dan terdapat pelbagai pilihan.
Dua pertiga daripada responden memperakui nilai-untuk-wang sebagai insentif utama, kerana kini mereka dapat mencari barangan berkualiti dari jenama yang baik dengan harga yang berpatutan. Lebih separuh mengatakan ia adalah alternatif penjimatan kos yang baik, dan juga cara terbaik untuk mengesan barangan yang jarang ditemui.
Selain keseronokan dalam proses tawar menawar atau penantian dalam menyempurnakan sebuah koleksi item yang jarang dimiliki, 33 peratus daripada responden juga melihat ini sebagai cara yang lebih mampan dan mudah untuk membeli belah, dengan ramai yang bersetuju bahawa ia mampu untuk mengurangkan pembaziran.
“Hasil kaji selidik dari Power Of Secondhand Gifts adalah sangat menggalakkan, kerana ia menunjukkan lebih ramai orang menghargai nilai dan sentimen di sebalik pemberian hadiah, yang bebas daripada nilai materialnya,” kata Tang Siew Wai, Ketua Negara, Carousell Malaysia. “Di Carousell, kami ingin memberi peluang kedua bagi barangan terpakai supaya ia memberi manfaat kepada penjual dan juga pembeli. Pada masa yang sama, barangan terpakai sebagai hadiah bukan sahaja praktikal dan kosnya efektif, malah dan ada kalanya lebih bermakna buat penerima; respon positif ini memperkuatkan lagi misi kami dalam mengimaginasi semula pasaran iklan kecil dan menjadikan urusan jual beli barangan terpakai sebagai pilihan utama.”
Pada hujung spektrum ini, sesetengah golongan berpendapat bahawa hadiah mestilah baharu; satu pertiga mengakui alasan utama untuk membeli barangan yang baharu adalah atas sebab kebimbangan bahawa pembeli akan dilihat sebagai seorang yang ‘kedekut’, dan penerima pula mungkin akan berasa tersinggung.
Walau bagaimanapun, apabila menjelang penghujung tahun, pembelanjaan untuk musim percutian pula semakin meningkat. Justeru itu, membeli belah barangan terpakai memainkan peranan yang penting dalam penjimatan masa dan wang, dan mungkin menjadi suatu norma satu hari nanti. Berikut adalah senarai pilihan barangan terpakai yang terbaik dari hasil kajian tersebut:
- item antik dan vintaj, 57.2 peratus
- barangan koleksi, 39.4 peratus
- pakaian, 33 peratus
- berangan elektrik dan mudah alih, 27.8 peratus
- buku, 27.7 peratus
Bagi meraikan musim cuti ini, Carousell mengumumkan kempen “’Tis the Season to Carousell”! Miliki barangan bertemakan perayaan khas istimewa termasuk barangan buatan tangan, barangan fesyen dan kecantikan, barangan yang sukar untuk ditemui seperti plat Krismas yang klasik, cawan HRH Queen Elizabeth II Silver Jubilee, buku muzikal yang klasik, koleksi kad rekod vinil dan banyak lagi tanpa perlu berhadapan dengan masalah mencari tempat letak kereta, kesesakan orang ramai dan beratur panjang.
Carikan barangan-barangan ini dan ribuan lagi sempena jualan akhir tahun ini di https://my.carousell.com/ atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, ikutilah Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau di Instagram @carousell.my.
Selamat Mencuba
Sumber: The Asian Parent
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SAH Ke Mandi JUNUB Dengan Kuantiti AIR Yang Sedikit? Ini PENJELASAN Ustaz Azhar Idrus
Pelbagai persoalan dan kekusutan melanda warga Selangor apabila Syabas mengumumkan tiada bekalan air di sekitar negeri Selangor bermula hari ini sehingga 9 Mac 2018. Memang runsing dibuatnya bila tiada bekalan air ini terutamanya pada kaum wanita yang mahu mandi wajib. Dengan kuantiti air yang terhad, tentunya anda teragak-agak untuk mandi wajib. Tetapi anda tidak perlu risau kerana Hijabista ada penyelesaiannya. Berikut merupakan antara soalan lazim yang sering ditanyakan apabila tiada bekalan air.
Soalan:
Jika saya berjunub, namun saya hanya memiliki sedikit air, apakah saya tetap perlu mandi dengan air tersebut sebagaimana mandi junub atau saya hanya perlu bertayamum tanpa mencuci kemaluan?
Jawapan:
Para ulama mengatakan, jika seorang yang junub mendapati air yang sedikit dan tidak mencukupi untuk mandi, maka wajib baginya untuk beristinjak (mencuci kemaluan) dan berwudhu lalu bertayamum dengan thurab (debu yang ada di permukaan).
Jadi, beristinjak dengan air tersebut untuk mencuci kemaluan dan sekitarnya, lalu berkumur-kumur, mencuci muka dan kedua tangannya, lalu mengusap kepalanya dan kakinya. Jika masih ada air tersisa, maka gunakan untuk mencuci bahagian tubuh yang lain. Setelah itu lalu bertayamum.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“bertaqwalah kepada Allah semampu kalian” (QS. Ath Taghabun: 16).
Berdasarkan ayat ini maka lakukanlah yang bisa dilakukan.
Sumber: Fatawa Munawwa’ah Syaikh Abdul Aziz Ar Rajihi, 8/47.
Catatan:
• Demikian ini adalah pendapat madzhab Hambali dan Syafi’i, dan merupakan pendapat yang lebih hati-hati insyaAllah.
• Hal di atas dilakukan jika air tidak cukup untuk membasuh seluruh anggota badan. Jika air yang sedikit masih cukup untuk membasuh semua anggota badan, maka itu sudah sah untuk mandi janabah.
Bersuci Dengan Air Musta’mal
Soalan:
Adakah sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi? Menurut mazhab syafie air tersebut adalah musta’mal kerana tidak melebihi 2 kolah. Tetapi daripada artikel yang saya baca di dalam internet, air mustakmal tersebut masih sah digunakan berdasarkan hadis dan riwayat selagi tidak berubah sifat, rasa, bau dan warna kerana Nabi s.a.w sendiri menggunakannya.
Jawapan:
Sebelum menjawab berkenaan hukum sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi , elok kiranya kita jelas terlebih dahulu perbezaan pendapat ulama berkaitan pengertian air musta’mal dan apakah hukumnya.
Sebahagian pendapat mengatakan air musta’mal adalah air yang kuantitinya kurang daripada dua kolah dan telah terkena sebahagian anggota badan atau yang telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Sebahagian yang lain mengatakan air musta’mal itu adalah air yang kurang dua kolah dan telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Hukum air musta’mal juga terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ . Ada yang menyatakan bahawa air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini makruh dan tidak harus bertayamum sekiranya wujud. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan atau tidak ada beza diantara air mustakmal dan air mutlak . (Lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Setelah meneliti beberapa pandangan, saya lebih tenang mengambil pandangan bahawa hukum air musta’mal ini adalah suci lagi menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah warna, bau atau rasa dan padanya tidak bercampur dengan najis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI