Bila mula nak menyimpan duit, mulalah banyak cubaan yang mendatang. Jualan murah sana sinilah dan macam-macam lagi. Fuh! Susah jugak nak menahan nafsu membeli tu. Kalau tak menahan boleh kecundang misi menabung ini nanti. Hmm sabar jelah…!
Jika sis nak menyimpan duit tapi tak tahu bagaimana hendak mulakannya, bolehlah ikuti tip yang dikongsikan oleh Khai Muhaimin ini. Separuh tahun je dah boleh dapat beribu tau!
Tipnya ialah cepat-cepat simpan jika ada duit RM20 yang berwarna jingga itu.
Mindset haruslah betul dan kenalah konsisten baru menjadi!
Memang mudah kalau student ikut tip yang dikongsikan ini. Bila sudah ada simpanan begini, bolehlah digunakan untuk belanja makan harian ataupun pergi outing bersama teman-teman. Senangkan?
kredit: twitter @khai_muhaimin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir Setahun Cerai, Intan Liana Dah Boleh ‘Move On’ & Azam 2019 Cari Duit Berganda Untuk Sara Keluarga
Sepanjang tahun 2018, nama personaliti ini begitu popular. Bukan sahaja dengan berita perceraian, tetapi juga pelbagai perkara dilakukan pasti menjadi perhatian netzien. Tidak terkesan dengan cerita tidak enak didengar ini, pemilik nama Intan Liana Saleh terus berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi tahun 2019.
Ditanya ketika bertemu dengannya ketika sesi fotografi bersama majalah Nona, Intan memberitahu dia memasang impian untuk menjadi yang lebih baik di tahun depan. Semuanya dilakukan demi melihat kebahagiaan dirinya dan juga masa depan anak-anak-anak.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata tahun 2019 menjadi pemangkin untuknya terus kuat bekerja dan memajukan diri sendiri.
“Saya perlu jadi lebih kuat seperti hari ini. Mungkin kena kerja dua kali ganda bagi memastikan keperluan diri dan anak-anak terjamin. Insya-Allah berkat anak-anak saya akan berusaha mencari rezeki yang lebih,” ujarnya sambil ketawa.
Menurut Intan, tahun 2018 menyimpan memori tersendiri pada dirinya. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang kerana jika dia tidak berusaha, siapalah yang akan memberi rezeki pada dia dan dua anaknya itu.
Walau bagaimanapun wanita tinggi lampai ini tidak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat kerana Intan mahukan ciri-ciri yang terbaik untuk dijadikan Imamnya.
“Tak berani nak cakap untuk cari pengganti. Setakat kawan-kawan adalah. Kalau boleh saya mahukan kriteria Imam yang memahami diri Intan, terima Intan dan anak-anak seadanya.
“Sebenarnya Intan tidak begitu memilih, janji sedap mata memandang,” jelasnya lagi yang turut menyaksikan perubahan drastik pada dirinya sebelum dan selepas perpisahan dengan bekas suaminya awal tahun ini.
Jika dilihat, penampilan Intan sering di tunggu dalam setiap majlis dihadiri. Walaupun bukan bertaraf selebriti, tetapi dia yang mempunyai lebih setengah juta follower ini punya aura tersendiri.
Intan dilihat semakin cantik dan penampilannya juga semakin outstanding. Dia yang berkata life must go on dan apa yang dilakukannya adalah demi memastikan dia sudah boleh ‘move on’ dari cerita pahitnya sebelum ini.
Menurutnya dia kena fikir diri sendiri dan bagaimana untuk bahagiakan dirnya sebelum memikirkan orang lain.
“Sebenarnya dari dulu lagi Intan memang pandai bermekap. Tetapi lebih kepada untuk diri sendiri dan tak pandai nak mekapkan orang. Intan juga tidak ada bakat kalau nak cuba cari rezeki di bidang ini (menjadi jurusolek),” tambahnya yang turut terpalit dengan cerita kontroversi beberapa bulan lalu apabila gambarnya tidak berhijab jadi viral ketika menyertai satu pertandingan tarian di Johor.
Menurut Intan dia tidak mahu komen mengenai perkara itu kerana setiap manusia itu tidak terkecuali dari melakukan kekhilafan.
“Bagi Intan apa yang penting terus istiqomah dengan kuatkan iman. Maklumlah iman seseorang itu ada kalanya turun naik dan penting kekuatan diri kita untuk menghadapinya. Insya-Allah Intan akan terus kekal berhijab sampai bila-bila.
“Apa yang salah itu memang salah dan tiada guna kita pertahankan diri kerana nanti akan terus terusan dikecam netizen. Lagipun Intan hanya mahu lepas rindu pada dunia tarian dan buat itu pun secara suka-suka.
“Tak terfikir perbuatan akan jadi perhatian netizen. Sebenarnya Intan rindu untuk menari dan lepak bersama kawan-kawan. Itu sahaja dan tiada niat lain. Intan hanya mahu happykan diri setelah pelbagai dugaan yang dihadapi,” jelasnya yang mengambil ikhtibar atas setiap kejadian yang berlaku.
Walaupun berita perceraiannya antara kisah paling hangat tahun ini, namun Intan kembali bangkit bagi meneruskan kehidupan. Dan dia turut mengharapkan tahun 2019 akan terus memberi sinar kebahagiaan buat dirinya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM INTAN LIANA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Memang Setan, Jantan Dayus!,” – Netizen Sokong Puteri Sarah ‘Sekolahkan’ Shukri Yahya
Topik pergolakan perkahwinan, gangguan orang ketiga dan juga keganasan rumah tangga merupakan antara topik panas yang sering menjadi perbahasan dikalangan wargamaya sejak kebelakangan ini. Malah, ada sahaja cerita yang kita dengar tentang kegoyahan rumah tangga artis-artis tempatan.
Justeru, drama Andai Itu Takdirnya yang juga menceritakan tentang watak Aleeya yang dilakonkan oleh Hannah Delisha yang sungguh tabah mengharungi badai rumahtangga menjadi fenomena kini, meskipun baharu memasuki episod 7.
Lebih menarik lagi apabila dialog yang diungkapkan oleh Puteri Sarah yang melakonkan watak Umairah (Umi) ketika memarahi Syukri Yahya (Aizril) dalam drama itu telah menjadi sorotan dan perhatian ramai.
Garang Betul Puteri Sarah, Marah Macam Dah Lama Pendam Je?
“Kau memang setan! Tanya kawan awak yang tak guna ni, apa dia buat kat Leya?
“Kau ni jantan takde otak, kau bukan tidur dengan isteri kau, kau rogol dia! Kau ni memang jantan dayus, jangan kau nak salahkan Leya, aku memang jijik dan benci tengok muka kau lah!
“Kau ni memang jantan dayus, nak tunjuk hebat depan perempuan! Weh go to hell lah,” antara dialog yang dilontarkan Sarah tepat ke muka Shukri Yahya.
Malah, dialog dan nada suara Sarah yang menghamburkan kemarahan ketika melakonkan watak umi, dilihat seolah-olah kemarahan yang terpendam dari lubuk hatinya.
Tambahan, dialog yang diungkapkan juga tepat menggambarkan situasi yang dihadapi rumah tangganya bersama Syamsul Yusof baru-baru ini. Ada diantara wagranet yang mengatakan mungkin dialog ia ditujukan khas buat Syamsul Yusof atas perlakuan curangnya itu.
Artikel berkaitan: Pulang Dari Dubai, Puteri Sarah Dikejarkan Ke Hospital? – “Akhirnya Sarah Tumbang Juga!”
Berikutan itu, ramai wargamaya dan juga penonton Drama Andai Itu takdirnya yang menyaksikan babak pada episode kali ini meluahkan rasa puas hati dan menyokong Tindakan Puteri Sarah yang membela Nasib kawan baiknya!
Namun ada juga netizen yang meluahkan rasa terkejut kerana jarang melihat Puteri Sarah menyelap sedemikian rupa dan keluar dari zon selesanya yang sering mendampingi membawa watak gadis lemah lembut.
Sekadar info, terdahulu industry seni tanah air pernah digemparkan tentang pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dan menjadi bertambah buruk, apabila Syamsul yang curang mengambil tindakan menikahi Ira Kazar di Thailand.
Sumber: Instagram Andai Itu Takdirnya Official
Artikel berkaitan: Baru Keluar Hospital, Terus ‘Lincah’, Gigih Banting Tulang Cari Rezeki! Netizen Terinspirasi Lihat Semangat Puteri Sarah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duit Susut Waktu Belajar, Graduan Ini Terharu Siti Nurhaliza Promosi Kuihnya Hingga Laris
Tak semua beruntung menempuh jalan hidup yang mudah dan senang. Ada yang melalui liku-liku yang sukar dalam mengecap kejayaan. Seperti Ridzuan Khalid, dia memilih untuk berniaga kuih sewaktu zaman belajar kerana masalah kewangan. Namun, dirinya tidak pernah mengalah. Walaupun sibuk dengan perniagaan, dia tetap berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor sewaktu dalam pengajian Sarjananya.
Tak sangka kuih yang dibuatnya dipromosikan oleh Dato Seri Siti Nurhaliza…
KISAH PENJUAL KUIH
Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi
Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.
Tiada siapa boleh menduga rezeki Allah.
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.
Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!
Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Di samping itu, Dato Seri Siti Nurhaliza tidak ketinggalan meninggalkan ucapan di akaun Instagramnya.
View this post on InstagramTidur sambil tersenyum semalam.. Terima kasih semua yang telah membantu.. ???? @ctdk
A post shared by Ridzuan Khalid (@ridzuan2021) on
Benarlah katanya, rezeki Allah itu sangat luas dan tiada siapa yang mampu menduganya. Sentiasalah bersyukur kepadaNya dan berkongsilah nikmat Tuhan kerana dalam rezeki kita sebenarnya terselit rezeki untuk orang lain juga.
kredit: instagram Ridzuan Khalid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI