Tragedi banjir yang berlaku di negeri Selangor sehingga kini amat terkesan di sudut hati setiap insan yang melihatnya dari jauh apatah lagi yang berada di dalam situasi sebenar.
Bukan mudah untuk melengkapi apa yang telah hilang dihanyut bah, tetapi dengan adanya badan-badan NGO, sedikit sebanyak meringankan bebanan mangsa bencana alam. Tidak terkecuali di perkampungan Orang Asli di Sg Lui, Hulu Langat, boleh dikatakan sebahagian besar kawasan hapus dan rosak.
Elakkan pembaziran, ketahui situasi sebenar
Di awal tragedi ini ada juga yang bersuara, banyak barang bantuan yang datang membazir oleh kerana bukan semuanya diperlukan diketika itu. Dalam program yang berlangsung pada 30 Disember iaitu Munawwareen Prihatin mereka mengambil langkah bijak sebelum meghulurkan bantuan. Perlu tahu apa keperluaan yang mereka lebih perlukan buat masa ini, untuk menggelakkan pembaziran.
Bekalan elektrik terputus dan kawasan sukar
Munawwareen Holdings Sdn Bhd melalui program Munawwareen Prihatin, hari ini menyerahkan 30 unit lampu solar buat mangsa banjir di kawasan pedalaman Sungai Lui termasuk basikal elektronik (E Bike) untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas.
Pengasas Munawwareen, Datin Hjh Aliza Abu Bakar berkata, dua peralatan berkenaan disumbangkan selepas mengenal pasti situasi di sesetengah kawasan terutamanya pedalaman Sungai Lui, terputus bekalan elektrik akibat tragedi banjir kilat terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pada 18 Disember lalu.
Ads
“Bukan sahaja tiada bekalan elektrik, tetapi ada sesetengah kawasan sampai hari ini walaupun sudah dua minggu tragedi itu berlaku, namun masih sukar diakses oleh kenderaan pacuan empat roda gara-gara kemusnahan teruk.
Kakitangan Munawwareen komited mengagihkan sumbangan yang terdiri dari 23 jenis barangan.
“Kesukaran pihak PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (JPA) membuat rondaan dan menyalurkan bantuan di kawasan berkenaan, sekurang-kurangnya dapat bertugas dengan lebih efisien apabila adanya E Bike sumbangan Munawwareen. Solar sangat diperlukan kerana ada sesetengah kawasan yang langsung tiada bekalan elektrik.
Prihatin dengan keperluan ibadah
Menurut Aliza, setelah tiga kali berulang alik ke Hulu Langat beliau mendapati keperluan seperti telekung abaya, sejadah dan lampu. Menurutnya lagi mereka mungkin tinggal sehelai sepinggang dan berkemungkinan pakaian yang tinggal tidak dapat menutup aurat. Alhamdulilah dengan stok yang ada, Munawwareen yang terkenal dengan arbaya yang boleh dibawa terus solat dan telekung yang amat selesa dihulurkan pada mereka yang terkesan dalam tragedi ini.
Ads
Sejumlah 23 barangan keperluan asas lain turut disumbangkan program kendalian Munawwareen termasuk dapur, tong gas, peralatan mencuci rumah, pinggan mangkuk, towel, tikar, khemah, ‘mobile kitchen’ dan pelbagai lagi peralatan lain.
“Sebahagian sumbangan barangan ini akan diserahkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala sebahagian lagi akan diuruskan PDRM. Ini berikutan kawasan terjejas teruk di pedalaman yang sukar diakses dan hanya mampu dipantau pihak PDRM dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA).”
Pengasas Munawwareen, Datin Hajah Aliza Abu Bakar (tiga dari kanan); Pengarah Eksekutif Munawwareen, Datuk Mohamad Azri Abdul Rahman (tengah), menyerahkan 5 unit E Bike untuk kegunaan anggota PDRM dan APM.
“Kami difahamkan anggota PDRM dan JPA telah berada di kawasan pedalaman yang terjejas sejak hari pertama bencana lagi dan akan terus berada di sana menguruskan segala bentuk bantuan makanan dan keperluan sumbangan kerajaan, NGO dan orang perseorangan sehingga semua mangsa selamat pulang ke rumah,” katanya lagi yang turut merasa bertuah kerana program ini mendapat kerjasama erat PDRM dan JPA yang lebih arif dengan pengurusan bencana.
Ads
“Kerjasama ini antara lain membolehkan kita bertukar-tukar maklumat dan menganalisa barangan keperluan yang benar-benar diperlukan mangsa sekali gus mengelakkan pembaziran,” tambahnya lagi yang enggan mendedahkan nilai sebenar jumlah bantuan program terbabit.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Hassanuddin Mohd Yunus, menyerahkan bantuan tajaan Munawwareen Holdings Sdn Bhd kepada Tok Batin Kampung Paya Lebar Hulu Langat, Aning A/L Embong, sambil diperhatikan oleh Pengasas Munawwareen, Datin Hajah Aliza Abu Bakar (kanan); Pengarah Eksekutif Munawwareen, Datuk Mohamad Azri Abdul Rahman dan Datin Sharifah Mahiza Syed Abdul Kadir (kiri).
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dengan bantuan yang disalurkan ini, diharapkan kita dapat sama-sama meringankan beban yang dialami mangsa banjir sekali gus lebih memudahkan tugas pihak pasukan keselamatan PDRM dan JPA dalam mengakses kawasan terjejas di pedalaman sehingga semua mereka yang dilanda musibah dapat kembali ke kediaman masing-masing dan menjalani kehidupan seperti sediakala.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mengalami masalah breakout di wajah pasti akan membuatkan kita tak senang duduk. Selain hilang keyakinan diri, masalah ini juga membuat kita rasa tidak selesa. Malah kulit wajah terasa gatal hingga menyebabkan kita senang untuk menyentuhnya. Perkongsian gadis ini di twitter dengan nama @eyaatul_ yang turut mengalami masalah ini disebabkan tersalah pakai skincare. Namun dia tidak putus asa dan berusaha mencari produk bersesuaian.
Nak mekap pun tiada keyakinan.
Breakout sebab salah pakai skincare.
Lepas seminggu jerawat kecil-kecil membiak di wajah hingga menyebabkan kegatalan.
Walaupun jerawat kecil tetapi perit menanggungnya.
Lihat muka di cermin pun sampai tak bersemangat bila jerawat tumbuh macam ini.
Bila teman ajak keluar pun memang tak layan sebab kalau mekap pun jerawat masih tetap kelihatan.
Gatalnya sampai garu kepala kat dinding.
Semua yang cadangkan pakai produk itu dan ini, memang tak ambil endah.
Sampailah adik cadangkan guna satu produk skincare.
Bila pakai tak sampai berapa bulan kulit semakin elok.
Memang confident nak keluar rumah bila kulit dah cantik macam ini.
Tip ekstra, gunakan skrub kunyit dicampur tomato buat muka rasa lega terutama bila balik dari kerja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Betul kata orang cinta tak kenal siapa. Jika hati sudah suka, abaikan sahaja perkara lain. Seperti juga perkongsian wanita ini yang viral disebabkan jodohnya dengan seorang lelaki yang kacak iras muka penyanyi Shahir. Walaupun menyedari dirinya serba kekurangan, tetapi jika sudah jodoh ditentukan Allah, siapalah kita untuk menolaknya. Namun ikatan cinta antara dua jiwa ini cukup kuat, kerana sang suami sesekali tidak pernah merasakan bidadarinya serba kekurangan, malah sanggup menerima apa juga yang telah ditakdirkan untuknya walaupun bertudung senget dan baju terbalik.
Menurut Astiey Nurasiah, dia sebenarnya sangat beruntung bersuamikan seorang yang kacak dan jauh lebih cantik dari dirinya. Malah suaminya itu memang menyayangi dan mencintai dirinya seadanya.
Dia juga digambarkan sebagai suami yang tidak lokek berbelanja semata-mata mahu melihat isterinya gembira dan jadi cantik (untuk dirinya).
Perkongsian status kisah cinta mereka di laman sosial facebook mendapat butang like lebih 12 ribu dan share pula 5 ribu. Rata-rata mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Amnah Musa Hebatnya cinta dia semoga bahagia sampai ke jannah
Rohani Awang ZahariCik tie…. Alhamdulillah.. Tahniah… Moga kekal bahagia hingga jannah…
Bliesha Iesya Moga bahagia dan di murahkan rezeki hingga Jannah
Ada yang cakap kena kurus nanti suami cari lain
Tak eloklah cakap “Kak as kena kurus nanti suami cari lain” Hati perasaan ni Allah jaga. Awal-awal dah berprasangka buruk. Allah ikut apa yg kita fikirkan.
Kak as masa kenal suami berat dia 75kg. Semua orang ckp muka dia lg hensem dr shahir. Kak as berat dekat 100kg lebih besar dr sherry al hadad
Jerawat penuh di muka, selekeh & naik kereta buruk
Jerawat kak as penuh kat muka. Hitam. Pakaian plak seluar merah, baju oren tudung hitam. Selekeh. Naik wira buruk
Masa jumpa beliau kak as rasa nak patah balik je. Tak sangka mamat mata coklat galak nak kat kak as
Dia rupanya hafiz 30 juzuk
Bila tanya kenapa kak as? Yealah. Dia hafiz 30juzuk. Degree pun quran hadis. Kak as hafal yasin dan al-mulk je.
Ayat dia tak habis2 ulang “perempuan cantik tak bijak macam as” Maksudnya apa?? Maksudnya kak as tak cantik! Hahahhaa Kisah plak.
Lepas kahwin, dia ubah gaya hidup. Teman shopping & rajin bagi pendapat
Tapi lepas kawin dia ubah kak as terus. Dia tak kisah teman kak as shopping 10jam untuk pilih sehelai baju. Yealah orang badan besar mana nak jumpa saiz. Dia teman dan sentiasa bagi pendapat
Dia bukan jenis yang tanya “cantik tak?” dan jawab “cantik” Dia akan jawab “cantik tapi sayang sesuai warna bla bla. Sayang nampak cantik bla bla”
Sanggup belanja besar sebab nak nampak isterinya cantik depan dia
Nampak? Dia kawin dengan kaunselor tapi dia lebih faham dari kaunselor Dia tak kisah takde duit utk barang dia untuk hantar kak as pergi spa. Jujur cakap beli produk SKII sebulan spend Rm1k.
Dia bukan nak kak as nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap yang mahal mcm dior, mars jacobs dan segala mak nenek yg kak as pun tak kenal. Tapi tak bagi kak as guna sangat.
Tudung senget pun tak kisah sebab dia memang sayang
Beli untuk kak as rasa kepuasan. Padahal kak as beli yg rm5 dah okey (cheh! Kliche sgt ayat) Setiap hari ayat dia “sayang abang cantik dan baik”
Benda tu buat kak as jalan melangkah dengan percaya walau hari tu baju kak as terbalik dan tudung senget
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah tibalah waktu pelajar universiti pulang ke kampus atau asrama masing-masing untuk menghadiri kelas secara berdepan. Bila dah pulang, kenalah pandai berdikari dan berjimat cermat. Selalunya, pelajar rasa terbeban untuk mengisi perut dek kerana harga makanan yang mahal. Namun, bagi pelajar berdekatan dengan lokasi perniagaan satu ini, anda sangat berutung kerana masakan yang dijual sangatlah murah!
Mengimbas kembali satu video yang pernah tular di TikTok, mengenai ‘Warung Ibu’ yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah. Sehingga ada yang menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dan meminta pemiliknya menaikkan harga.
Menurut Haizum Hasan yang telah memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya iaitu Noorasiah Che Yusoff berusia 52 tahun. Warung yang diberi nama ‘Warung Ibu’ itu telah diusahakan sejak empat tahun lalu. Video itu telah mendapat 25.1K kesukaan serta 533 komen daripada warganet.
Melalui video yang telah dikongsikan tersebut, warung milik ibunya itu telah menjual menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup dengan berharga hanya RM3 setiap hidangan. Mustahil kan nak dapat harga serendah itu di zaman sekarang ini? Memang ‘heaven’ lah pelajar yang tinggal berdekatan situ.
“Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.” ujar Haizum melalui temubualnya bersama mstar.
Tambahan itu, Haizum juga menyatakan bahawaibunya pernah mengalami kesukaran kerana kenaikan harga barang, namun masih memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.
“Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.”
“Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal”. tambahnya lagi.
Mendapat respon positif daripada warganet
Haizum menyatakan bahawa dia sekadar ‘suka-suka’ untuk memuat naik video itu di aplikasi Tiktok, dan tidak menyangka perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian warganet.
Diantara komen warganet yang memuji Warung Ibu
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT”
“Semoga makcik nie. kaya raya. amin..”
“Harga-harga masakan panas macam tahun 2010 dulu”
“Ya Allah kak, boleh untung ke niaga mcm ni. Murah rezeki akak..”
Murah rezeki makcik kerana ramai yang turut mendoakan. Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Warung Ibu, anda boleh lah singgah ke warung ini. Warung Ibu by Kak Yah ini bertempat di Jalan Pondok, Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan beroperasi setiap hari seawal 6.30 pagi hingga 12 malam.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!