Bak lirik lagu Afgan, ‘jodoh pasti bertemu’, tidak kiralah di mana sekali jarak kita, jika sudah takdir pasti akan bersama jua.
Begitulah kisah buat wanita yang bernama Ayu Abdullah ini yang kisahnya tular di TikTok apabila dia memaklumkan bahawa bakal suaminya itu merupakan seorang warga Aceh dan mereka mula berkenalan ketika sesi siaran langsung Bigo ketika dia menjual pakaian di aplikasi tersebut.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Azhari itu kemudian meminta nombor telefon Ayu dan pada mulanya dia teragak-agak untuk memberinya kerana tak mahu terluka lagi angkara cinta.
“Saya ambil masa dua,tiga hari juga fikir sebelum beri nombor telefon. Tapi saya fikir positif dan anggap niatnya sekadar nak berkawan.”
Tambah Ayu, pada mulanya dia hanya menganggap Azhari sebagai teman biasa namun tanpa diduga pada bulan Disember lalu bakal suaminya itu bertanya soalan yang membuatkannya berdebar serta-merta.
“Dia tiba-tiba tanya ‘nak jadi bini aku tak?”
“Masa tu ragu-ragu juga niatnya. Bukan apa, sebab sebelum ini pernah lalui episod putus cinta, malah pernah putus tunang. Tak semua lelaki pandang plus size. Ada yang hanya pandang duit.
Sudah menjalankan bisnes pakaian sejak tiga tahun lalu, Ayu akhirnya terbuka hati menerima cinta lelaki dari seberang itu dan telah pun mengikat tali pertunangan pada 9 Januari lalu.
Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Ayu mengakui berasa terharu kerana menerima banyak komen positif yang mendoakan agar mereka selamat mendirikan rumah tangga dan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya.
“Saya doakan bagi mereka yang masih mencari jodoh agar urusan mereka juga dipermudahkan. Jangan down, InsyaAllah jodoh pasti ada..sama ada lambat atau cepat saja,” kata Ayu yang khabarnya akan disatukan dengan cinta hati tidak lama lagi.
kredit: mStar Online
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.