Tak Semua Kempen Diterima Ramai. Ini Antara Pilihan Kempen Yang Pernah Cetus Kontroversi.

Share

Berapa banyak kempen pengiklanan di seluruh dunia? Sama ada di dalam industri fesyen, automobil mahupun makanan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan kempen yang mampu menarik minat orang ramai. Namun, ada juga kempen yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia melalui gambar mahupun isi yang terkandung di dalam sesebuah iklan itu.

ALL NIPPON AIRLINES (ANA) RASICT COMMERCIAL

Sumber gambar: Gaijin Pot

Video selama 30 saat ini menjadi kontroversi hebat di antara negara Barat juga negara Jepun. Perubahan lelaki pendek memakai blond wig juga hidung palsu  selepas ayat “Let’s change the image of Japanese people”, menjadi perbualan orang ramai sehingga mencetuskan isu kontroversi dalam penghasilan video kempen oleh syarikat penerbangan ini. 

AMERICAN APPAREL

Sumber gambar: Charisma News

Bukan pertama kali jenama pakaian ini mencetuskan kontroversi dalam industri fesyen, juga di kalangan orang awam. Penggunaan imej yang seksi juga dan sensual menjadi buah mulut orang ramai terhadap imej iklan ini. Bukan hanya di saman malah tahap penjualan jenama ini merosot impak dari imej pengiklanan yang agak liar itu.

BENETTON

Sumber gambar: Medium

Apa yang tidak menjadi isu apabila melihat window display jenama Benetton ini memaparkan imej Pope Benedict XVI mencium Iman Masjid Al-Azhar, Ahmed el-Tayeb. Bukan hanya mendapat tohmahan malahan rata-rata amsyarakat sedunia turut merasa marah dengan iklan dari jenama ini. Setelah mendapat perintahan dari Vatican, Benetton menarik balik kempen pengiklanan ini.

DUNKIN’ DONUTS’

Sumber gambar: Buzz Feed News

Kempen Dunkin’ Donuts’ Thailand ini mecipta isu bila mana menggunakan imej seorang gadis dengan menggunakan make-up berwarna hitam. Gara-gara itu, iklan ini mendapat tohmahan dari masyarakat sedunia apabila ia seolah-olah berbaur perkauman yang melambangkan black people. Ia bagai mengingatkan kepada abad ke 19th/20th di mana ia menjadi stereotaip bagi orang-orang berkulit hitam yang menjadi offensive symbols of a racist era.

Published by
Putra