Sebuah lagi perkongsian tentang perjalanan menurunkan berat badan yang dapat memberikan inspirasi kepada semua mata yang membaca. Sungguh, penulisan artikel ini bukanlah sebuah bahan untuk mengatakan kurus itu cantik. Tetapi, ia merupakan sebuah bingkisan yang ingin mengajak anda semua berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
Perbezaan yang ketara. Siti Syahirah Abdul Halim atau Syera berjaya menurunkan berat badan dari 85 kg kepada 72 kg!
Siti Syahira Abdul Halim atau lebih selesa dipanggil Syera, 30, tidak kekok menceritakan tentang perjalanannya dalam menurunkan berat badan. Berjaya menghilangkan berat sebanyak 13 kg selama 4 tahun, bukanlah sebuah proses yang mudah. Ia memerlukan semangat yang kental dan prinsip diri yang teguh untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Eksklusif bersama Majalah Hijabista, Syera berkongsikan tentang kisah saiz badannya.
Misi saiz M
Pastinya setiap perubahan itu berlaku ada sebabnya. Sama juga dengan Syera yang merupakan seorang cikgu serta instruktor zumba, misi menurunkan berat badannya bermula apabila dia dan saudara-maranya berbual mengenai berat badan mereka.
Menurutnya, pada tahun 2016, ketika itu dia dan saudara-maranya yang lain membincangkan mengenai bentuk badan mereka yang bersaiz besar. Tidak selesa dengan saiz yang dimiliki ketika itu, mereka terus berazam untuk menjayakan ‘Misi Saiz M’. Akhirnya, Syera berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg!
Langkah pertama, senaman untuk kurus!
Saat Syera pertama kali menceburi zumba. Namun, disebabkan tubuh bersaiz besar, dia merasakan pergerakan zumba terlalu sukar dan cepat.
Bertanyakan mengenai senaman yang dilakukan saat mula-mula menurunkan berat badan, senaman zumba serta aerobik menjadi pilihan dirinya. Tidak berkeseorangan, dia ditemani oleh saudara rapatnya menghadiri kelas zumba dan aerobik di Kompleks Paralimpik, Ampang. Pun begitu, oleh kerana saat itu tubuh badannya besar, senaman zumba memberi sedikit masalah kerana pergerakan senaman yang laju. Tidak menjadikan itu sebagai noktah dalam misi mencapai saiz M, dia cuba beralih fokus kepada senaman aerobik selama sebulan. Selepas berjaya menurunkan sedikit berat badan, dia kembali mencuba melakukan senaman zumba sehinggalah dirinya jatuh hati pada senaman itu.
Langkah diatur, pada tahun 2017, dia mengambil sijil untuk menjadi seorang instruktor zumba. Sehingga hari ini, rasa cintanya pada dunia zumba tidak pernah padam dan menjadi salah satu motivasi bagi dirinya untuk kekal sihat, cergas dan aktif! Malah, untuk dirinya mendapat tubuh yang fit, Syera juga turut menyertai sesi ‘personal training’ secara berkumpulan di One More Step Gymnasium, Sri Serdang.
Ads
Dari 85 kg turun sehingga 72 kg!
Usaha yang mendatangkan hasil! Syera berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg dalam tempoh 4 tahun!
Berbicara mengenai senaman yang dilakukan ketika mula-mula melakukan proses menurunkan berat badan, Syera melakukan senaman zumba sebagai salah sebuah senaman jenis kardio dalam rutin hariannya. Tambahan pula, sebagai instruktor zumba, jadual hariannya tidak pernah henti dengan zumba. Untuk menjadikan rutin senamannya lebih berkualiti, dia juga melakukan ‘weight training’ bersama pelatihnya selama 4 kali seminggu.
Kini, dia meletakkan misi yang baru untuk mencapai berat sebanyak 67 kg!
Memiliki ‘shape’ yang menarik, punca inspirasi diri..
Ads
Genggam bara biar sampai menjadi arang. Memulakan sesuatu itu haruslah dilakukan sehingga tamat dan disulami dengan usaha dan semangat yang kental, supaya kejayaan boleh diraih dan membuatkan kita tersenyum di akhir nanti.
Sama seperti Syera, sepanjang proses mencapai misinya, pastinya rasa culas, malas dan kurang bermotivasi hadir dalam diri. Namun, saat dia melihat semula gambar-gambar lama dan mula merasakan dirinya sudah sedikit berisi, menjadi salah satu faktor untuk kekal berdisiplin. Malah, kadang-kala, dia rasa tidak selesa ketika memakai baju. Itu juga salah satu petanda untuk dirinya bersemangat melakukan rutin hariannya yang sihat!
Sempat juga penulis bertanyakan tentang perkara yang membuatkan dia suka apabila berjaya mencapai misinya. Jawapannya;
“Dapat memakai pakaian tanpa risau tentang saiz. Selain itu, saya gembira apabila melihat bentuk badan yang sudah memiliki ‘shape’ yang menarik dan fit! Dari aspek dalaman pula, saya tidak mudah berasa penat seperti dahulu dan boleh melakukan kerja dalam tempoh yang lebih lama.”
“Jangan paksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit..”
Ads
Menutupi ruang penulisan ini, Syera berpesan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya sentiasa kekal berdisiplin untuk meraih berat badan yang diimpikan.
“Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, tidak mengapa jika ada kalanya, anda kurang bermotivasi. Namun, carilah punca inspirasi untuk bangkit kembali dan terus kekal sihat dan fit. Fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Sesungguhnya, senaman yang kita lakukan itu untuk memberi kebaikan hingga ke hari tua. Percaya ataupun tidak, saya selalu jadikan anak murid yang menyertai kelas zumba saya sebagai contoh. Ada diantara mereka yang sudahpun mencecah usia 50 tahun dan ada juga yang hampir 60 tahun. Namun, mereka masih kelihatan muda dan bertenaga! Ia juga antara salah satu motivasi saya untuk terus melakukan senaman. Apa yang penting, jangan terlampau memaksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit. Ada baiknya anda luangkan masa untuk kaji dan fahami kehendak tubuh badan anda. Percayalah, ia mungkin sakit di permulaan saat ingin berubah, namun manis di hujungnya apabila kita berjaya mencapai apa yang diimpikan. Oleh itu, jangan pernah berputus asa!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi sebaiknya memperhatikan warna darah haid ketika jangka waktu mentruasi anda. Kenapa? Ternyata, warna darah yang keluar ketika datang haid boleh menjadi pengukur keadaan kesihatan anda. Bukan itu sahaja, setiap warna haid juga ada pelbagai warna.
Selain warna darah, beberapa perkara juga dapat menjadi “petunjuk” berkait dengan kesihatan. Antara lainnya, putaran dan jangka waktu menstruasi, jumlah dan konsistensi darah, serta teksturnya. Secara umumnya warna darah menstruasi berwarna merah. Akan tetapi, kalau diperhatikan, warna darah haid mempunyai banyak variasi.
Beberapa warna memang masih dianggap normal, tapi ada yang menyatakan perkara-perkara lain. Misalnya, terjadi perubahan berat badan yang secara mendadak, tekanan dan jangkitan atau penyakit lain yang dihadapi.
Penting untuk anda memeriksa warna darah haid sepanjang tempoh datang bulan. Adakah warnanya berubah dari putaran haid sebelum-sebelumnya, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan boleh minta pendapat doktor pakar.
Sebelum anda panik dan tertanya-tanya, berikut ada beberapa warna darah haid dan erti warna menstruasi yang perlu diketahui.
1. Merah Gelap
Ketika anda tersedar pagi hari dan kelihatan darah menstruasi berwarna merah gelap, jangan khuawatir. Ini terjadi kerana darah tersebut tersimpan cukup lama di uterus, sehingga teroksida. Perkara tersebut tidak membahayakan. Selain itu, warna merah gelap juga dapat menjadi tanda bahawa menstruasi anda di bulan itu akan selesai. Ini seiring dengan berkurangnya jumlah darah yang keluar.
2. Merah Terang
Warna merah terang dalam darah menstruasi umumnya terjadi pada awal datang haid. Ertinya, darah tersebut masih segar dan mengalir dengan cepat. Warna merah terang ini dapat bertahan selama menstruasi haid atau dapat berubah warna menjadi lebih gelap ketika menstruasi akan selesai. Ini diiringi jumlah darah yang semakin berkurang. Namun, warna merah terang juga dapat menjadi tanda adanya jangkitan tertentu, seperti klamidia atau gonore. Kedua jenis jangkitan tersebut dapat menyebabkan pendarahan di tengah kitaran menstruasi. Contoh flek atau perdarahan di luar jadual haid anda.
3. Merah Muda
Penyebab warna haid berubah menjadi warna merah muda ialah akibat putaran haid lebih singkat atau jumlah darah lebih sedikit. Rendahnya tingkat hormon estrogen dalam tubuh juga dapat menyebabkan warna darah menjadi merah muda. Selain itu, faktor-faktor seperti tekanan dan perubahan fizikal yang drastik juga dapat membuat warna darah menstruasi menjadi merah muda.
4. Jingga
Jika darah menstruasi berwarna jingga, tak perlu khuawatir. Ini disebabkan oleh percampuran darah menstruasi warna merah dengan cairan jernih di pangkal rahim. Warna jingga boleh terjadi di awal menstruasi. Namun, tidak menolak kemungkinan warna ini terjadi adanya tanda jangkitan menular seksual di daerah vagina atau mulut rahim.
5. Coklat Tua
Biasanya, warna darah menstruasi coklat tua menandakan bahawa durasi menstruasi akan berakhir. Anda tidak perlu panik ketika mengalaminya.
6. Hitam
Walaupun mungkin tampak mengerikan, darah haid berwarna hitam umumnya menandakan darah perlu waktu lama untuk keluar. Darah yang tersimpan dalam rahim akan mengalami oksidasi, sehingga perlahan-lahan berubah warna dari merah menjadi merah tua, kecoklatan, kemudian hitam.
Akan tetapi, waspadalah jika darah berwarna hitam disertai bau busuk, demam, gatal, atau bengkak pada area sekitar vagina. Boleh jadi, perkara ini menandakan adanya sumbatan pada saluran reproduksi tersebut.
7. Kelabu
Warna kelabu pada darah menstruasi merupakan warna yang harus anda waspadai. Ini kerana warna tersebut pertanda adanya jangkitan bakteria di vagina. Apalagi kalau warna darah menstruasi itu muncul bersama dengan gejala tertentu. Misalnya, demam, gatal dan bau amis pada cairan vagina.
Sebaiknya, sekiranya anda tidak pasti akan warna darah haid dan sepanjang putaran mentruasi mengalami genjala yang disbutkan di atas, segera berjumpa dengan doktor agar anda tidak berisiko dijankiti kuman dan penyakit lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nurul Nabila Farhana, adalah gadis yang berjaya mencuri dan memiliki hati Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dan kini menjadi isterinya yang sah dengan sekali lafaz, menerusi majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM 1,312 yang bertepatan dengan tarikh hari ini iaitu 13 Disember 2022.
Hijabista difahamkan majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua mempelai serta beberapa kenalan rapat mereka.
Nabila Adalah ‘Orang Kuat’ Yang Menyokong Karier Latif Sebagai Atlet
Latif yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memaklumkan perkara itu dengan berkongsi detik-detik terindah menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) miliknya sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat serta pengikut Latif, berikut adalah antara komen yang ditinggalkan.
“Selamat pengantin baru datuk dan pasangan semoga kekal bahagia hingga akhir nyawa.”
“Alhamdulillah, selamat berkahwin Latif dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah.”
Untuk rekod, Nabila merupakan seorang guru dan merupakan antara orang kuat yang menyokong jatuh bangun karier atlet paralimpik yang berasal dari Perlis itu.
Difahamkan, Latif mengenali Nabila sejak zaman persekolahan lagi, ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
Terdahulu, Latif dan Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021
Belum lagi selesai bahang viral muzik video Ku Ikhlaskan, Dato Seri Vida (DSV) bakal melancarkan sebuah lagi karyanya yang sememangnya akan menggegarkan industri hiburan tanah air.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, DSV memuat naik sebuah video pendek ala ‘teaser’ yang membuatkan ramai teruja untuk menonton muzik videonya yang terbaru. Bakal hadir dengan muzik video raya, Muah Muah Raya, pastinya ia akan menjadi viral seperti sebelum ini.
Dalam video ‘teaser’ itu, kelihatan DSV mengenakan solekan bahagian mata yang tampak unik dan menarik ala badut. Tidak lari dengan konsep ‘blink blink’ nya, DSV juga turut mengenakan solekan bibir yang dihiasi dengan perincian butiran ala berlian.
SIAP SEDIA ESOK, BAKAL BERMAIN DI FIKIRAN UOLLSSSS PUKUL 11 MALAM
MUAH MUAH RAYA
MUAH MAH SALAM RAYA..
SAVE BEST FOR THE LAST..
Menggunakan slogan trademark ‘Muah Muah” sebagai tajuk lagu raya terbarunya, rata-rata netizen juga turut tidak sabar untuk menonton kehadiran Muah Muah Raya.
“Get ready guyssss,” komen itserfan.
“Dato suka tengok cite Alice In Wonderland eaa…saya pun suka,” komen tasha.ttsyiee.
“Tak sabar nak tengok esok,” komen Wan Mohd Ruzaidi.
Selebriti tanah air seperti Janna Nick kelihatan juga turut memenuhi ruang komen hantaran ini.
“Hahahaha dia buat lagi!,” komen Janna Nick.
Bakal ditayangkan di saluran Youtube DSV Entertainment pada jam 11 malam ini, Muah Muah Raya merupakan single raya kedua dari DSV selepas Lavida Raya yang mendapat jumlah tontonan melebihi 8 juta penonton di Youtube.
Team Hijabista juga tidak sabar untuk mendengar dan menonton Muah Muah Raya! Agaknya kali ini, bagaimana pula busana DSV dalam muzik video ini ya?Masih ada bingkai gambar ke ya? Sama-sama kita nantikan!
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!