Hot mommy and real superwoman! Itulah ungkapan paling tepat layak diberikan kepada pelakon jelita Puteri Sarah Liyana.
Nama Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai apabila kisah kemelut rumahtangganya dengan pengarah tersohor Samsul Yusof menjadi perbualan hangat suatu ketika dulu.
Namun kini, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat semakin bahagia bersama kehidupan barunya. Kerjaya pun semakin berkembang dan rezeki kian mencurah-curah!
WANITA BERDIKARI
Melihat kepada keperibadian dan perwatakannya, Puteri Sarah tidak hanya cantik bahkan seorang wanita bijak serta pandai berdikari.
Ads
Gaduan Ijazah Pengurusan Hotel dari UiTM Shah Alam ini dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Selain berlakon, Puteri Sarah pernah bergelar model serta duta produk untuk beberapa jenama terkenal.
KELUARGA BUKAN CALANG-CALANG
Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada empat adik beradik di mana dia memiliki dua adik perempuan serta seorang adik lelaki.
Ads
Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang.
Ibu bapanya terlibat dalam bidang kerjaya profesional.
Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea merupakan seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.
Ads
Puteri Sarah juga dianggap sangat bertuah kerana walaupun sudah bergelar ibu tunggal dia masih menjadi kesayangan mentuanya, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.
Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Puteri Sarah dan anak-anaknya yang sangat comel iaitu Syaikhul Islam (6 tahun) dan Sumayyah (4 tahun).
Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mikha Tambayong atau nama penuhnya Maudy Mikha Maria Tambayong merupakan seorang pelakon kelahiran Jakarta, Indonesia. Namanya mula dikenali di Malaysia setelah berlakon dalam sinetron Nada Cinta.
Pelakon jelita dari seberang tersebut berkongsi khabar bahagia apabila dia sah menjadi isteri kepada Deva Mahenra, yang juga merupakan seorang pelakon. Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan di Hotel The Ritz Carlton, Bali pada Sabtu lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut mengejutkan rata-rata netizen di Indonesia kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan ‘santai’ di media sosial dan tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk berkahwin.
Detik bahagia tersebut dikongsikan melalui laman Instagram miliknya. Mikha terlihat begitu menawan mengenakan gaun perkahwinan sang ibu serba putih dengan sentuhan mutiara sambil memegang sejambak bunga. Suaminya, Deva juga terlihat menawan dengan kot putih dan seluar yang berwarna coklat.
“28.01.2023. Menikah dengan sahabat karibku dalam gaun ibuku. Bagaikan mimpi” tulis Mikha.
Dapat dilihat tema pernikahan pasangan tersebut dihiasi dengan warna putih dan hijau, serta sedikit warna kebiruan, yang merupakan warna kegemaran kedua mempelai.
Perancang perkahwinan mereka iaitu Gisela Setyawan menyatakan bahawa idea dekorasi untuk majlis tersebut diinspirasikan daripada cinta pasangan tersebut terhadap pantai dan juga warna biru.
Tiga Busana Pengantin Daripada Pereka Fesyen Terkenal
Apa yang menarik, Mikha dan Deva dilihat menyarungkan tiga busana yang berbeza daripada pereka fesyen ternama Indonesia.
Busana yang pertama adalah kebaya, yang direka oleh pereka Vera Angreni. Kebaya ini mempunyai warna kebiruan keperakan yang sebati dengan panorama lautan yang menjadi latar belakang tempat perkahwinan.
Busana kedua adalah gaun istimewa yang mempunyai makna sentimental bagi Mikha. Seperti yang diketahui, pakaian A-line putih klasik ini adalah milik mendiang ibunya, Deva Sheila Malaihoro, direka oleh Samuel Wattimena.
Untuk resepsi perkahwinan dan sambutan selepas parti, Mikha memakai gaun putih dan emas oleh pereka terkenal Jeffrey Tan.
Ketika ditemu bual oleh sebuah portal Indonesia, Mikha sempat meluahkan rasa syukur kerana dia dan suaminya mempunyai cita rasa yang sama, yang membuatkan proses persiapan perkawinan mereka berjalan dengan lancar.
“Nasib baik saya dan Deva mempunyai cita rasa yang sama, jadi kami tidak menghadapi banyak masalah semasa memilih vendor dan tema perkahwinan kami. Deva juga sangat ‘supportive’ dan mahu terlibat secara langsung dalam pelbagai keputusan persiapan kahwin, jadi ia sangat membantu,” jelas Mika.
“Proses persiapan perkahwinan kami agak ketat dari segi masa, terutamanya kerana kami sibuk dan mempunyai pelbagai projek(kerja) yang perlu dilakukan semasa proses persiapan kahwin ini,” kata Deva Mahenra.
Dibanjiri ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis tumpang gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
“So beautiful! Congrats Mikha”
“Bajunya simple2 tapi sungguh cantik, anggun, so… So pretty”
“Terlalu indah my beautiful mikha.. peluk sayang, bahagia untuk kalian.”
Sekadar info, Deva Mahenra terdahulu mengakui menjalani hubungan cinta bersama Mikha Tambayong semenjak tahun 2020. Meski berbeza agama, hubungan cinta mereka semenjak dahulu sering menjadi sorotan ramai hingga akhirnya pasangan ini disatukan dalam ikatan perkahwinan.
Siapa sangka dalam usia 28 tahun anak jati Kota Bharu, Kelantan ini sudah pun memiliki segalanya bahkan bergelar jutawan!
Namun di sebalik kesenangan itu pastinya ada kisah yang boleh kita jadikan inspirasi.
Menjadi anak yatim kerana kematian bapa ketika usianya baru mencecah 10 tahun serta dilahirkan dalam keluarga susah menjadi turnig point kepada kebangkitan usahawan kosmetik cantik ini.
Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan atau Sha Hasan merupakan ibu kepada seorang anak lelaki. Sha Hasan kini gigih membina legasi bisnesnya, Shalicious termasuk cabang bisnes lain.
nama Sha Hasan pernah tular kerana pernah mengadiahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) Mitsubishi Triton kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.
Untuk info, Abang Viva merupakan sukarelawan yang terkenal kerana usahanya dalam misi menyelamat dan membantu mangsa-mangsa banjir beberapa tahun lalu.
ANAK PENIAGA JALANAN
Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan menjadi pencetus semangat buat Sha Hasan untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya kepada yang lebih baik.
Sekurang-kurangnya mereka sekeluarga dapat hidup selesa dan cukup makan minum.
“SAYA BERASAL DARI KELUARGA SUSAH. ARWAH AYAH DULU PENIAGA JALANAN, HANYA BUKA GERAI TEPI JALAN. AYAH MENINGGAL KETIKA SAYA BERUMUR 10 TAHUN.”
“Bermula saat itu, ibu terpaksa bekerja demi menyara kami sekeluarga. Tak sanggup tengok kepayahan ibu, saya nekad nak ubah nasib keluarga.
“Sejak dari sekolah lagi saya suka berniaga. Apa saja rasa nak jual saya jual. Bukan saja di sekolah rendah malah sekolah menengah juga.
“HABIS SPM SAYA DAPAT PELUANG SAMBUNG BELAJAR DI NEGERI SEMBILAN TAPI SAYA PILIH UNTUK BELAJAR DI KAMPUNG (KELANTAN) SAJA.”
“Ikutkan keluarga tak galakkan saya berniaga sebab nak saya ada kerja tetap. Tapi saya terus berniaga sambil belajar.
“Sebab itulah saya pilih sambung belajar di kampung sebab dekat dengan rumah dan mudah nak berbisnes. Apa pun, pelajaran tetap diutamakan sebab tak nak kecewakan keluarga terutama ibu.”
Sha Hasan mendedahkan ketika bisnesnya makin berkembang sehingga tak menang tangan, pelajarannya sedikit terjejas dan dia kerap ponteng kelas.
“BILA TAK SEMPAT NAK MASUK KELAS SEBAB NAK KENA COD BARANG, SAYA TERPAKSA PONTENG KELAS.
“Waktu itu saya sedang struggle membina jenama Shalicious. Setahun selepas itu, saya berjaya membina Wisma Shalicious di Kelantan.”
Kini Sha Hasan memiliki beberapa cabang bisnes lain yang membantu orang ramai khususnya warga kampung dalam menambah pendapatan mereka.
Selain Malaysia, Shalicious juga berjaya menapak ke pasaran Indonesia secara sah.
OBSES BELI TANAH
“Saya memang ‘gila’ beli tanah. Kalau ada sesiapa yang nak jual tanah murah-murah di Kelantan saya akan beli. Tapi saya akan tengok dulu ikut kesesuaian dan harganya.
“Itulah aset paling bernilai sebab kita boleh buat macam-macam. Selain bisnes, boleh jana pendapatan.
“Selalunya bila berjaya capai target, saya akan membantu beberapa tahfiz serta kampung-kampung yang saya pegang untuk berikan sumbangan. Itulah reward sebenar bagi saya.”
Sha Hasan turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berjaya dalam bisnes.
“JANGAN ADA BANYAK ALASAN. KALAU TAK PECAHKAN KETAKUTAN DAN RASA MALU, SAMPAI BILA-BILA PUN KITA TAK AKAN DAPAT TENGOK POTENSI DIRI.”
Kredit Foto: Instagram Sha Hasan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebak membaca perkongsian daripada penyanyi Bienda di Instagram peribadinya tentang kisah pemergian adik kesayangannya, Nurfazlinda Ahmad Fazli atau Alin yang meninggal dunia pada 28 Mac lalu akibat kanser hati.
Segalanya berlaku terlalu pantas. Bienda dan ahli keluarga sempat menjaga arwah Alin selama sebulan di hospital dan kemudiannya arwah ‘dijemput’ oleh Pencipta pada bulan mulia.
Arwah yang masih bujang kembali kepada Pencipta-Nya pada usia 24 tahun. Paling tersentuh, arwah Alin berjaya khatam Quran sehari sebelum pulang ke Malaysia ketika mengerjakan ibadah umrah. Masha-Allah!
Dalam hantarannya, Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut Sheeda meluahkan kesyukuran apabila hajat arwah adiknya untuk menunaikan umrah tercapai.
Bienda juga bersyukur apabila arwah adiknya kelihatan gembira sepanjang beribadah. Arwah juga sempat khatam Quran di tanah suci.
“Alin adik Kak Bienda yang paling cantik. Alin nak sangat pergi umrah walaupun waktu tu Kak Bienda last minute nak cancel dan tunda trip umrah tu tahun ni. Nak jadikan cerita memang trip umrah tu jemputan untuk Alin rupanya.
“Tak tahu kak Bienda kalau Alin memang betul-betul nak pergi. Sampai menangis masa tahu nak cancel, tambahan siap dia survey travel umrah lain nak pergi sendiri.
“Memang nampak effort Alin dalam ibadah. Sebab syarat Kak Bienda satu saja, you kena khatam Quran then kita pergi.
“Bersungguh-sungguh la Alin baca dari Malaysia sampai ke Makkah then sampai ke Madinah walaupun ada waktu Alin demam on off. Alhamdulillah, Alin khatam sehari sebelum kami berangkat balik ke Malaysia,” kongsi Bienda.
Alin ‘Pergi’ Lebih Awal
Setiap yang pergi takkan kembali. Bagi Bienda, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan yakin Allah SWT lebih sayangkan arwah.
“Alin pergi paling awal dari kita adik beradik. Sampai semua terkejut dan tak percaya Alin dah tak ada. Tempat Alin sekarang tempat yang paling baik,” ungkap Bienda.
Untuk info, Allahyarhamah Nurfazlinda meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi pada 28 Mac 2024 dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aal-fatihah (dibaca).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...