Setiap gadis itu pastinya mempunyai impian perkahwinan yang tersendiri. Beruntunglah si gadis jika ahli keluarganya sendiri menyokong impian tersebut.
Seperti anak kedua Rosyam Nor iaitu Nur Anis, dia sangat bertuah apabila bapanya itu banyak membantu malah merancang majlis perkahwinan anaknya yang tercinta itu supaya majlis berjalan dengan lancar. Siapa sangka bukan pelakon hebat Malaya ada bakat sebegitu?
Luah Anis,26, Rosyamlah yang merealisasikan impian perkahwinan dengan sentuhan imaginasinya yang tersendiri. Gurau Anis, siapa yang memerlukan wedding planner bolehlah hubungi papanya itu!
Tiada kata yang boleh menggambarkan betapa bersyukurnya saya mendapat Papa @iamrosyam dalam hidup saya. Dia telah merancang dan mengaturkan setiap majlis kahwin kami dengan kehebatan idea dan imaginasinya! Sangat sangat berbakat kadang-kadang sampai penat nak layan idea dia. Sebab tu sampai pengantin (Hariz) yang dari “macho” terus tiba-tiba jadi “pelakon teater”. Terima kasih Papa kerana buatkan perkahwinan impian saya menjadi realiti. p/s: siapa-siapa nak kahwin dan nak ada konsep perkahwinan sendiri boleh la hubungi Tailong.
Alahai… untungnya Anis dapat bapa yang memahami citarasa dan kehendak perkahwinan idamannya. Memang cantik sangat! Selamat pengatin baru diucapkan buat Anis dan selamat melayari bahtera perkahwinan sebagai seorang isteri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI