Kerohanian

Tak Sangka, Pengijrahan Sudah Setahun Lebih! Peminat Doakan ELEENA SUI Terus ‘Istiqamah’

Share

Dahulu nama Nor Eleena Hamzah atau nama pentasnya Eleena Sui sempat memuncak ketika memegang watak antagonis Inara dalam sebuah drama fenomena ‘Suri Hati Mr.Pilot’ bersama Neelofa dan Fattah Amin. 

Namun, semenjak melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan yang juga seorang peguam, Ahmad Faisya Mohd Bustamam pada 4 Februari 2017. Perjalanan karier seni, bekas model dan pengacara program hiburan Hlive itu dilihat mulai perlahan.

Tak Terasa, Sudah Setahun Setengah Berhijrah

Malah, apa yang membuatkan peminat terkejut dalam masa sama teruja dan gembira apabila tahun lalu, Eleena berkongsi sebuah berita gembira menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik sebuah video memperlihatkan perjalanan serta momen bahagia dalam hidupnya termasuk detik penghijrahannya mengenakan hijab.

Artikel berkaitan: “Saya Bukan Ustazah” Lisa Surihani Konsisten Hijrah, Gementar Kongsi Tip Istiqamah!

Sebuah portal infortainment, turut melaporkan bahawa ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu kini sudah berhijab sepenuhnya dan masih kekal istiqamah sehingga kini sejak setahun setengah yang lalu.

Harap Allah Kurniakan Istiqamah, Meski Tak Mudah

Sepanjang tempoh berkenaan, Eleena tidak henti-henti memohon agar orang ramai terus mendoakan dia agar kekal istiqamah dan terus patuh pada perintah agama.

“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya”, ujarnya.

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia kini sedang dalam fasa memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik meskipun sedikit sukar.

Mengintai ruangan komen hantaran-hantaran Eleena yang terbaru, dilihat ramai peminat dan rakan-rakan artis mendoakan serta memberika kata-kata semangat kepada Eleena.

HIJABISTA juga mendoakan agar segala urusan Eleena Sui dipermudahkan dan semoga kekal istiqamah.

Sekadar info, dilahirkan dalam keluarga campur dimana ibunya berbangsa Cina dan bapanya yang berbangsa Melayu, Eleena Sui merupakan seorang model, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Sumber foto: Instagram @eleenasui , Oh Bulan

Artikel berkaitan: Nurida Suraya Kenang Detik Penghijrahan, Syukur Masih Kekal ‘Istiqamah’ Berhijab Walau Pernah Di Kecam!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir