Kini semakin ramai yang lihat kecantikan beberapa individu yang terkenal yang tidak seperti usia mereka. Sudah tentu ramai yang akan tergamam apabila raut wajah tidak sepadan dengan umur.
Begitulah reaksi ramai warga maya apabila melihat imej First Lady Korea Selatan, Kim Kun-Hee, yang kelihatan cantik dan anggun. Masih cantik dan ada yang kata persis artis-artis di sana.
Artikel berkaitan: Kurus Bukan Tanda Sakit, Bonda Rozita Tetap Jaga Kecantikan Tak Kira Usia
Ramai yang terkejut melihat isteri kepada Presiden Korea Selatan, Kim Kun-Hee, yang kelihatan sangat cantik. Penampilannya di khalayak ramai sungguh menawan dan ada juga yang tidak percaya umurnya yang telah cecah 50 tahun.
Bukan sahaja di puji oleh keadaan kulit yang anajl dan cantik itu, bahkan, gaya fesyennya juga turut di puji. Sentiasa bersedia dan tampil dengan gaya yang mempersona, itulah dia First Lady
Korea Selatan.Pakar perunding imej dari Korea Selatan juga turut mengekspreskan keterujaannya apabila mendapat peluang untuk menggayakan fesyen Kim Kun-Hee. Dia mengatakan imejnya sangat melambangkan seorang wanita yang berdikari dan profesional.
Artikel berkaitan: Mulan Jameela Berjaya Terima Ijazah, Terkenang Susah Payah Sewaktu Belajar Dalam Usianya
“Kim, on the other hand, portrays the image of a classy, sophisticated, independent and professional woman.” katanya.
Jadi apa rahsia Kim Kun-Hee untuk mengekalkan keremajaan kulit wajahnya? Sebenarnya, beliau sangat mementingkan kesihatan kulit wajahnya. Antara khabar angin yang menyatakan petua baginya untuk menjaga kulit adalah beliau sering mengamalkan Kimchi dan sup rumpai laut! Besar kemungkinan itulah salah satu rahsia kecantikan kulitnya.
Sumber: Diva.my
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.