Kecantikan

Tak Sangka, Campuran Tomato & Susu Buat Wajah Jadi Cerah Dalam 1 Malam!

Share

Kulit yang cerah dan bersih tanpa cela memang menjadi idaman kebanyakan para wanita. Memang rasa seronok habis kalau dapat kulit yang flawless! 

Kalau tidak mahu berbelanja mahal untuk dapatkan kulit yang cantik, amalkan saja petua mudah ini. Dapat semalaman je boleh nampak perubahannya.

Bahan : tomato & susu segar (jika tiada susu segar, boleh ganti dengan yogurt)

Photo by Arina Krasnikova from Pexels
Photo by Charlotte May from Pexels
Photo by Burst from Pexels

1. Lenyekkan tomato hingga hancur
2. Campurkan sedikit susu segar hingga jadi pes (jangan cair sangat, cukup cukup untuk sapu dan melekat dekat muka)
3. Tunggu 30-40 minit.
4. Bilas dengan air bersih.
.
.
Bukan hanya mencerahkan, banyak lagi manfaatnya tau antaranya adalah mengecutkan jerawat dan memudarkan parut.

Manfaat masker tomato dan susu segar :-

-Kecutkan jerawat
-Mencerahkan kulit muka
-Pudarkan parut perlahan-lahan
-Jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing
-Menyerap lebihan minyak .
-Menyejukkan kulit

Banyakkan kebaikannya? Bolehlah cuba malam ini sis!

Photo by Mateus Souza from Pexels

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

kredit: Farain Mohammad

Published by
Team Hijabista