Seringkali kita disyorkan untuk menggunakan produk penjagaan kulit (Skincare) yang tepat untuk mengatasi masalah kesan penuaan, garis halus dan kedutan.
Namun, tanpa kita sedari pemakanan juga memainkan peranan penting yang menentukan garis masa kesan penuaan seseorang individu itu cepat atau lambat, terutamanya bagi kaum hawa.
Apa yang anda makan akan memberi kesan yang sama seperti apa yang anda sapukan pada kulit. Hasil kajian dari beberapa pakar kulit bersetuju bahawa terdapat makanan dan minuman tertentu yang perlu dielakkan kerana dikenalpasti membuatkan kesan penuaan menjadi lebih pantas. Jom semak senarai makanan dan minuman berkenaan!
Menurut pakar kulit selebriti di Delhi, Dr Kiran Sethi berkata, gula terkenal kerana meningkatkan proses AGE (Advanced Glycation). Ini salah satu cara yang membuatkan proses penuaan kulit menjadi lebih pantas.
Jelasnya lagi, ketika AGE diakumulasi oleh badan, ia juga memberi kesan merosakkan protein di sekitarnya. Ini membuatkan kolagen dan keanjalan kulit tidak berfungsi dan kering, sekaligus memberi kesan kepada kulit anda dan membentuk garis-garis halus, kedutan dan menjadikan tekstur kulit kendur.
Makanan segera seperti KFC, McDonald’s atau makanan yang telah diproses seperti sosej, nugget atau jejari kentang yang hanya perlu dimasak dengan waktu singkat atau dipanaskan menggunakan microwave merupakan ancaman kepada kulit kerana makanan-makanan seperti ini mempunyai kandungan garam dan bahan pengawet yang tinggi.
Kandungan garam dan MSG yang terkandung dalam makanan segera dan makanan yang sudah di proses mempunyai natrium yang mengakibatkan masalah water retention dan menjadi punca kepada bloated, mata bengkak dan radang kulit.
Artikel berkaitan: Di Usia 40-an, Scha Alyahya Akui ‘Dua Perkara’ Ini Jadi Amalan Untuk Atasi Kesan Penuaan!
Bagi penggemar produk berasaskan tenusu atau susu, perlu anda ketahui bahawa pengambilan susu yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan pada tubuh, yang merupakan faktor utama terjadinya proses penuaan.
Susu menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam sistem badan wanita, meningkatkan kadar hormon IGF1 yang mengakibatkan peningkatan kesan penuaan kulit secara mendadak.
Hasil kajian pada tahun 2019 yang diterbitkan dalam Journal of American Academy of Dermatology, menunjukkan bahawa amalan meminum kopi mempunyai beberapa manfaat kepada kesihatan, seperti penurunan risiko kanser kulit bukan melanoma.
Bagaimanapun, jika kopi diminum secara berlebihan ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit wajah.
Ini demikian kerana, Kafein merupakan punca utama penyebab proses penuaan. Sekaligus membuatkan kulit anda menjadi kusam dan kering. Kopi mempunyai sifat diuretic yang menyebabkan dehidrasi sehingga berlakunya radang kulit dan garis-garis halus pada wajah.
Artikel berkaitan: Mencegah Penuaan Kulit Pada Usia 20-an, Ini Petuanya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.