Siapa yang tidak mengenali penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul. Setiap lagu yang dihasilkan pasti ‘berhantu’ sehingga menjadi siulan ramai orang. Namun, bukan sahaja soal suara dan lagunya yang menjadi bualan ramai, malah penampilan fesyennya juga kini menjadi buah mulut orang apabila Aina dilihat seringkali tampil dengan gaya fesyen yang ‘pelik’. Ramai yang sudah mula teruja menanti penampilannya walaupun fesyen yang digayakan sedikit berbeza!
Seringkali menyarungkan rekaan busana yang serba ‘pelik’ terutamanya di acara karpet merah, baru-baru ini Aina Abdul, 29, sekali lagi menjadi ‘viral’ dengan fesyen yang digayakan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36).
Rekaan ala ‘comforter’, ‘winter coat’ dan ‘igloo’ antara yang menjadi bualan ramai ketika ini. Malah, penampilannya pada malam kedua SFMM36 juga turut menjadi isu utama netizen apabila ramai yang mengutarakan pendapat tentang rekaan yang dihasilkan oleh pereka fesyen tersohor, Melinda Looi.
Rekaan fesyen yang berunsurkan elemen ‘avant-garde’ dan ditambah dengan ciri-ciri ‘couture’ itu menjadikan persembahannya bersama Khai Bahar untuk lagu Nafas Cinta lebih dramatik dan unik!
Netizen juga tidak henti-henti memberi komen pada rekaan baju itu di laman Instagramnya.
Sama ada suka ataupun tidak, itulah Aina Abdul. Seringkali hadir dengan imej yang berlainan dan pastinya menjadi ‘viral’ setiap kali tampil di mana-mana acara sekalipun. Baru-baru ini juga, busana Aina yang direka oleh jenama BEHATI turut mendapat tumpuan ramai.
Bunga ros kembang hitam yang menghiasi wajah Aina saat berjalan di atas acara karpet merah untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (abpbh34) juga menjadi isu hangat ketika itu sehingga ramai yang membuat parodi tentangnya!
Apa-apapun, team Hijabista mengucapkan tahniah kepada Aina Abdul kerana berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke 36- dengan dua buah lagunya.
Sumber gambar: Instagram Aina Abdul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe