Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
KREDIT FOTO: TWITTER TUNKU AZIZAH AMINAH
SUMBER: BERNAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingin Cuba ‘Work From Anywhere’? 5 Negara Ini Tawarkan Peluang Yang Cukup Menarik!
Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan di seluruh dunia yang lebih kearah penggunaan teknologi moden. Banyak juga kelebihan dan kemudahan yang diperkenalkan sejak dari itu.
Gaya pekerjaan juga tidak seperti dahulu, ada sesetengah syarikat yang masih lagi mewujudkan WFH iaitu work from home. Ada juga yang memberikan kebebasan sehingga bekerja di mana-mana iaitu WFA (Work From Anywhere), membolehkan anda hidup sebagai pekerja nomad digital di luar negara!
Artikel berkaitan: Melancong Tanpa Rabak Poket, Lelaki Ini Kongsi Jelajah 6 Negara 12 Lokasi Dengan Bajet Kurang 7K. Mana Nak Dapat?
Merantau sambil bekerja dengan tenang…
Work From Home suatu norma baharu gaya bekerja selepas diperkenalkan ketika Pandemik Covid-19. Apa yang lebih menarik lagi beberapa syarikat yang memberikan kebebasan Work From Anywhere ini turut menyediakan visa kepada pekerjanya untuk ke luar negara.
Visa nomad digital itu merupakan permit yang membolehkan pekerja untuk bekerja dari jauh (remote) di luar negara tanpa perlu membayar cukai. Terdapat beberapa buah negara yang memperkenalkan cara pekerjaan ini, antaranya:-
1. Colombia
Negara colombia menawarkan visa nomad digital yang paling mudah diantara negara-negara di dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menunjukkan bukti pendapatan sebanyak AS$684 (RM2,810.93) sebulan dan perlu membayar sebanyak AS$52 (RM227.69) bagi yuran pendaftaran.
Visa selama 2 tahun ini diberikan kepada pekerja untuk meneroka negara Colombia dari Medellín, hab nomad digital yang turut dikenali sebagai ‘City of Eternal Spring’ ke Cartagena yang penuh dengan warna-warni hinggalah ke Valle del Cocora yang cukup indah!
2. Ecuador
Negara Amerika Selatan ini menawarkan visa nomad digital yang cukup mudah seperti Colombia. Visa itu juga juga mempunya kadar masa yang sama iaitu 2 tahun.
Namun, visa nomad digital Ecuador mempunyai kadar bayaran serta kelayakan yang lebih tinggi berbanding Colombia. Tetapi ia masih berpatutan untuk ramai mengunjungi yang rata-ratanya dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.
Bagi memohon visa nomad digital di Ecuador, seseorang individu itu perlulah mempunyai AS$1,284 (RM5621.86) selama sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$460 (RM2012.27).
3. Hungary
Visa nomad digital yang ditawarkan negara ini kepada mereka yang ingin tinggal dan bekerja di Eropah timur. Visa ini juga sah selama 1 tahun dan boleh melanjutkan lagi masa.
Bukti pendapatan perlulah mempunyai sebanyak AS$2,048 (RM8958.98) sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$112 (RM489.94). Kos sara hidup di Budapest City juga rendah berbanding ibu kota Eropah yang lain. Anda boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan dengan sedikit kemewahan di Hungary.
4. Croatia
Salah satu visa nomad digital yang terbaik di Eropah adalah dari negara Croatia. Negara ini telah menjadi salah satu negara yang diberikan nama hab nomad digital teratas pada tahun 2023!
Croatia sahaja telah banyak menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana keindahan pulau dan pantai yang indah, taman negara yang menakjubkan, serta bandar bersejarah yang menawan seperti Dubrovnik.
Visa nomad digital Croatia memerlukan anda menunjukkan pendapatan sekurang-kurangnya AS$2,465 (RM10783.14) selama enam bulan. Anda juga perlu mempunyai AS$29,588 (RM129432.71) dalam akaun bank anda. Tempoh masa visa ini hanyalah 1 tahun sahaja.
Artikel berkaitan: Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti
5. Costa Rica
Costa Rica juga menjadi salah satu negara yang cukup menarik menawarkan visa nomad digital untuk dipohon. Negara ini juga menjadi destinasi pelancongan yang utama di Amerika Tengah kerana pantai yang indah, hutan yang subur, juga terdapat hidupan liar dan kepelbagaian biologi. Anda perlulah menunjukkan sekurang-kurangnya AS$3,000 (RM13123.50) sebulan bagi memohon visa nomad digital ini.
Sumber: CNBC Indonesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerana Biadap Dengan Ibu, Lelaki Ini Doakan Anak Tersebut Dapat Hukuman Yang Setimpal Dengan Perbuatannya!
Seorang anak seharusnya menghormati ibu yang telah bersusah payah melahirkan, menjaga dan membesarkannya. Ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil lagi, seorang anak sepatutnya menjaga perasaan ibunya sebaik yang mungkin.
Berdosa besar sekiranya seorang anak itu mengguris perasaan ibunya. Apatah lagi apabila air mata ibu jatuh dek kerana kecil hati dengan sikap kita. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad, baru-baru ini dia telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli buah.
Sewaktu berada di pasar raya tersebut, dia terdengar seorang ibu meminta anaknya untuk membelikan ikan. Tetapi jawapan yang diterima sungguh mengejutkan hingga lelaki ini berdoa agar anak yang biadap itu diberi hukuman yang setimpal di atas kekasaran terhadap ibunya itu.
Ikuti perkongsian Khairul Hakimin Muhammad. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Hormati ibu yang telah berpenat lelah menjaga kita. Jangan diabaikan ibu yang satu itu kerana ibu, tiada galang gantinya.
Aku tak tahulah apa benda yang Tuhan nak beri aku atas apa yang aku lalui hari ini. Dari pagi ada sahaja yang tak kena.
Sampailah tadi, keluar dari Putrajaya dalam jam 6.45 petang, kena jem pula. Aku tekad nak singgah ke sebuah pasar raya kerana stok buah dalam peti ais dah habis.
Elok parking, azan Maghrib. Aku jalan selaju mungkin. Ambil troli dan terus ke belakang, bahagian buah. Sedang elok aku capai plastik dan kemudian nak pilih-pilih, tup tup ada makcik sebelah aku duk bercakap dengan anak dia.
“Ma, ambillah 2 keping je ikan tu, mak teringin sangat.”
Makcik tersebut dah cakap 2 hingga 3 kali dan anak dia boleh jawab:
“Mak kalau nak makan, mak beli sendiri. Anak saya semua makan ayam. Mak duduk rumah saya, kena ikutlah apa saya makan.”
Kurang asam. Aku terus menyampuk.
“Hoi, ini mak kau kan? Pasal apa kau cakap macam tu?”
Dia terdiam. Makcik itu pun terdiam. Terus dia cakap ke emak dia.
“Tengoklah, mesti semua orang ingat saya ni kejam kan? Mesti mak happy kan?”
Aku pun seluk duit, beri dekat makcik itu. Suruh pergi beli ikan. Kemudian aku angkat tangan dan cakap kuat-kuat:
“Ya Allah, kau hukumlah perempuan ini sama seperti dia pernah layan ibu dia hari ini. Biarkan anak-anaknya pula melayan dia begini suatu hari nanti.”
Pang! Kahkahkah. Mujurlah tak kena muka aku. Makcik itu lempang tangan aku. Pedih woih. Hahaha. Makcik itu ketap gigi dan cakap, “Dah dah. Itu anak aku.” Huhu. Air mata dia bergenang.
Aku tahu dia sayang anak dia sangat-sangat. Walau anak dia blah tinggalkan dia masa aku buat-buat doa begitu, tengoklah ibu dia juga yang pertahankan dia.
Aku tak tahulah kenapa aku boleh berani macam itu. Aku pun blah. Haram sebiji buah pun aku tak beli.
Masuk dalam kereta, aku terfikir benda ini. Emak aku duk layanlah semua benda aku nak makan. Sampai ke tahap kalau aku balik kampung, dia mesti masak benda yang aku suka.
Aku tahu dia tak pernah cakap dia sayangkan aku, namun dia buktikan semua itu dengan perbuatannya.
Ini emak kita minta nak makan woih. Gila apa kau boleh betah macam itu. Kau tolonglah tak sampai ke momen yang Tuhan ambil alih tempat kasih sayang kau itu. Dengan ambil emak kau, dengan buang semua anak kau. Dan kau jadi sendiri seorang.
Ingat kawan, hak ibu bapa kepada anak ini tolonglah tidak sampai mereka meminta-minta kepada kita. Mana yang kita tahu mereka suka, buat dan belikan siap-siap. Tolonglah.
Itu syurga. Kau dapat laki kaya, kerja hebat dan anak-anak power bagaimanapun, itulah tempat yang Tuhan angkat darjatnya, yang mana Tuhan kata, menyayangi mereka itu akan sampai ke tahap Tuhan juga akan menyayangi kau.
Tolonglah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbezaan Antara Minyak Muka Dengan Serum Malam, Jangan Keliru. Manfaatnya Mungkin Sama!
Sekiranya anda ingin meningkatkan rutin penjagaan kulit anda dengan produk yang menawarkan dos bahan aktif yang lebih besar dan lebih kuat daripada pembersih atau pelembap, serum wajah mungkin adalah jawapannya.
Direka untuk menyuburkan, melindungi dan menghidrat kulit anda, serum wajah adalah langkah seterusnya yang baik selepas membersihkan dan sebelum melembapkan. Ini bertujuan untuk memberi kulit menyerap bahan-bahan kuat secara langsung. Oleh kerana serum terdiri daripada molekul kecil yang dapat meresap ke dalam kulit dan memberikan bahan aktif dalam kepekatan tinggi, ia sesuai untuk tugas ini. Inilah sebabnya mengapa serum juga bagus untuk menyasarkan masalah penjagaan kulit tertentu seperti kedutan.
Mari kita manfaatkan penggunaan serum wajah dan bagaimana pelbagai jenis serum dapat memberi manfaat kepada kulit anda. Sebelum itu ketahui perbezaan antara pelembap, minyak muka dan esen.
Serum sama seperti pelembap
Ya, serum mengandungi banyak bahan pelembap seperti ceramides dan asid hyaluronik yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa serum dapat menggantikan pelembap sepenuhnya. Krim dan losen muka kaya dan untuk menyimpan semua bahan yang baik, bagi membantu mewujudkan penghalang di bahagian atas kulit.
Perbezaan antara minyak muka dan serum malam
Terdapat kedua-dua serum berasaskan air dan minyak yang terdapat di pasaran, dan semakin banyak minyak muka dipasarkan sebagai serum. Serum berasaskan air harus digunakan di bawah krim dan ini penting kerana mempunyai molekul kecil yang membantu ia menembusi dan menyuburkan lapisan dalam kulit. Sebaliknya, serum berasaskan minyak mempunyai molekul yang lebih besar, jadi serum ini berada di atas pelembap. Serum ini membiarkan kulit kekal lembap sepanjang hari. Bergantung pada anda untuk memilih produk mana yang sesuai berdasarkan gaya hidup anda.
Adakah esen sama dengan serum?
Esen dan serum sangat serupa, berdasarkan fungsi apa yang ia digunakan dan di mana ia datang dalam rutin penjagaan kulit anda. Walaupun, teksturnya berbeza. Esen mempunyai tekstur yang lebih lancar, menjadikannya sedikit basah sedangkan serum lebih pekat dan leket.
Apa kegunaan serum malam?
Mengetahui cara menggunakan serum dan menambahkannya ke dalam rutin penjagaan kulit dapat membuat perbezaan yang drastik terhadap cara dan penampilan wajah anda. Ini adalah bagaimana:
Keberkesanan serum
Serum mengandungi kepekatan bahan aktif tertinggi yang anda akan dapat tanpa preskripsi. Oleh itu, anda pasti akan menampakkan hasil sama ada ingin mengurangkan garis halus atau menegangkan kulit, menghilangkan bintik-bintik gelap dan sebagainya.
Tidak mengandungi pengisi lain
Serum tidak mengandungi pengisi seperti petroleum dan minyak mineral kerana ini direka khusus untuk berfungsi sebagai sistem penyampaian. Tugas serum adalah memastikan bahawa semua bahan aktif mewah ini harus sampai ke lapisan kulit paling dalam dan menyuburkannya. Oleh itu, anda boleh berhenti bimbang tentang serum yang mengandungi agen penyekat yang murah.
Baik untuk kulit yang berminyak
Perkara terakhir yang ingin kita lakukan ketika kulit kita berminyak adalah melembapkannya dan tidak menjadikan wajah lebih berminyak. Tetapi kelenjar sebum kita diprogram sedemikian rupa sehingga ia menghasilkan lebih banyak minyak daripada biasa untuk mengimbangi apa yang difikirkannya adalah kekeringan. Ini adalah ketika serum mula memainkan perananya. Kerana ia jauh lebih ringan daripada pelembap, membantu anda menjaga kulit agar sentiasa terhidrat dan menghasilkan sebum yang berlebihan!
Bebas jerawat
Tidak seperti kebanyakan pelembap tradisional, serum mempunyai lebih banyak konsistensi berair yang menyebabkannya menyerap residu dengan lebih cepat yang menjadikan kulit anda bebas jerawat.
Pelaburan jangka panjang
Ya, serum lebih mahal daripada kebanyakan produk penjagaan kulit, lalu bagaimana pelaburan jangka panjang? Setelah anda mengetahui cara menggunakan serum, anda akan mendapat hasil yang dapat dilihat dan tidak perlu mengeluarkan wang untuk produk lain yang hanya melakukan pekerjaan biasa-biasa saja.
Secara keseluruhan, terserah kepada anda bagaimana anda ingin membelanjakan wang anda. Sama ada anda ingin membeli lima produk berbeza, lebih murah atau satu produk baik yang sedikit mahal tetapi berfungsi hebat untuk kulit anda.
Berapa kerap anda mesti menggunakan serum?
Biasanya, sekali sehari cukup untuk kulit anda, tetapi itu boleh berubah dari serum ke serum, jadi anda boleh merujuk pada label untuk melihat petunjuknya. Sapukan serum dengan lembut ke wajah dan leher. Serum akan memperbaiki kulit semasa anda tidur.
Adakah serum cepat habis?
Serum mengandungi bahan-bahan tertentu seperti asid askorbik yang mungkin menjadi tidak stabil apabila bersentuhan dengan udara. Tetapi dengan kemajuan sains, versi yang diubahsuai dari bahan-bahan ini digunakan yang tahan lebih lama dan bagus untuk kulit anda. Intinya adalah, anda harus menghabiskan serum anda dalam tempoh enam bulan hingga setahun dan menyimpan botol serum anda di tempat yang sejuk dan kering.
Serum mana yang sesuai untuk anda?
Kami mencadangkan agar anda mencuba serum malam Vitamin C yang ringan dan mudah diserap. Melalui formula nongreasy yang dapat melawan sebarang kerosakan persekitaran atau penuaan awal kulit.
OLEHENRIKSEN Dewtopia™ 20% Acid Night Treatment
Serum pelembab semula asid dan pengisian semula yang paling transformatif kami. Dewtopia ™ 20% Acid Night Treatment kami dirancang untuk membantu menampakkan kulit yang lebih sihat dan licin yang kita inginkan. Dewtopia mengandungi campuran asid 20% AHA 10% dan PHA 10%. Menghasilkan kulit yang lebih halus, diperbaharui dan lebih cerah. Melicinkan tekstur kulit, menegangkan, meningkatkan keanjalan dan mensasarkan penampilan bintik-bintik gelap, pori-pori, garis-garis halus dan kedutan.
Pixi Overnight Glow Serum
Serum yang berfungsi semasa anda tidur untuk mengelupas dan menenangkan kulit agar kulit lebih cerah pada waktu pagi. Overnight Glow Serum by Pixi membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan memudarkan bintik matahari dari masa ke masa dengan formula kaya nutrien termasuk mentimun dan ekstrak lidah buaya yang menenangkan, serta vitamin A, C dan E. yang berkhasiat.
Tatcha Violet-C Brightening Serum
Serum semulajadi yang membantu melembutkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit anda. Formula jenis kulit yang sangat pekat ini menghasilkan kesan penuaan dan pencerahan yang tahan lama. Dua jenis vitamin C memberikan aktiviti antioksidan untuk melawan perengsa dan pencemaran sementara Japanese Beautyberry meningkatkan dan menstabilkan kesannya. AHA dari tujuh buah superfrface muncul kembali kulit kusam, tidak rata, dan ekstrak akar angelica Jepun membantu meredakan hiperpigmentasi, bintik-bintik, perubahan warna dan parut, tanpa memerlukan agen pencerah yang keras. Tekstur cecair serum menyerap dengan cepat, untuk penggunaan yang mudah.
Farmacy Honeymoon Glow AHA Resurfacing Night Serum
Serum tiga dalam satu, menghidrat, dan membersihkan kulit kusam semasa anda tidur, diformulasikan dengan campuran asid AHA, BHA, bunga 14% yang berkesan menampakkan semula kulit kusam untuk membantu memperlihatkan kulit yang kelihatan sihat. Campuran AHA dan BHA mengurangkan penampilan pori-pori, garis-garis halus dan kedutan, sementara asid bunga lembut menghaluskan dan melekatkan semula kulit. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit, formula ini diselitkan dengan madu penghidratan dan asid hyaluronik untuk memastikan kulit tidak kering atau terlucut.
Skin Inc Serum-infused Night Oil
Formula serum dan minyak ringan untuk memperbaiki dan merawat kulit semalaman. Skin Inc ini berfungsi ketika proses pemulihan kulit anda berada di puncaknya iaitu semasa anda tidur. Direka untuk meniru keseimbangan minyak dan air semula jadi kulit, lapisan minyak mengandungi minyak biji zaitun dan minyak lavender.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI