Tak Sabar Nak Balik Rumah Selepas Kerja, Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu!

Share

Penyanyi popular, Ernie Zakri kongsi rasa sayu dan teruja saat pertama kali menatap wajah puteri sulungnya, Nur Khawla Soleha. Dalam temubual eksklusif bersama Hijabista, Ernie menyatakan bahawa dirinya tidak percaya bahawa dia kini sudah mempunyai tanggungjawab besar, seorang anak bersama suami tercinta Syamel.

Berbicara mengenai tanggungjawab, Ernie turut meluahkan rasa teruja dan gembira apabila sudah bergelar ibu. Ternyata, selepas suaminya, kini puteri sulungnya itu menjadi aspek utama dalam kehidupannya.

“Rasa sungguh gembira apabila bergelar ibu. Perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila saya tahu, saya sudah memiliki seorang cahaya mata. Semua yang saya lakukan untuk anak sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, semenjak bergelar ibu, dia pasti mahu pulang dengan segera kerana rindu akan anaknya itu. 

“Saya sentiasa tidak sabar untuk berjumpa dengan anak saya. Rasa teruja dan rindu pada Nur Khawla tidak dapat digambarkan. Kalau dahulu, bila jadual padat, diri fokus melakukan kerja. Tetapi, hari ini, apabila sudah tahu ada anak di rumah, membuatkan saya berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah berjumpa dengan anak serta suami,” tambah Ernie.

Menurut Ernie, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya saat pertama kali menatap wajah anaknya itu. Namun, jauh di sudut hatinya, dia berasa lega kerana selamat melahirkan seorang anak yang cukup sifatnya.

“Oleh kerana saya bersalin dengan menggunakan teknik pembedahan, pelbagai perkara yang bermain di fikiran kerana pelbagai masalah boleh berlaku.  Alhamdulillah, Allah SWT memberi ruang dan peluang kepada saya untuk memmiliki seorang puteri yang sihat tubuh badannya.

Ia bagaikan sebuah rezeki dan tanggungjawab besar yang diturunkan kepada saya. Jadi, saya anggap ini sebagai amanah yang harus saya lakukan dengan sebaik mungkin,” ujar Ernie menutupi ruang bicara.

Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra