Kita perlu sentiasa meletakkan keyakinan bahawa setiap doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT tidak akan ditolak. Apabila kita yakin Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, tentu kita juga akan yakin Dia mampu memakbulkan apa sahaja yang kita hajatkan.

Sebab itulah kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang baik mengikut keperluan doa itu.

Tak Rugi Banyak Berdoa Kerana Allah Beri Apa Yang Kita Perlu Bukan Yang Kita Mahu – Ustazah Asma Harun

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)Kita perlu sentiasa meletakkan keyakinan bahawa setiap doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT tidak akan ditolak. Apabila kita yakin Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, tentu kita juga akan yakin Dia mampu memakbulkan apa sahaja yang kita hajatkan."

Sebab itulah kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang baik mengikut keperluan doa itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)

Ads
Tak Rugi Banyak Berdoa Kerana Allah Beri Apa Yang Kita Perlu Bukan Yang Kita Mahu – Ustazah Asma Harun

Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah yang mana dia tidak melakukan perbuatan dosa dan tidak pula memutus silaturrahim, melainkan Allah akan memberinya salah satu dari tiga hal;

1- Segera dikabulkan doanya,
2- Disimpan baginya di akhirat kelak,
3- Atau dihindarkan dari keburukan yang semisal dengan doanya."

Ads

Para Sahabat berkata, "Jika demikian, kita akan banyak berdoa." Baginda bersabda, "Allah jauh lebih banyak (pemberianNya)."
– HR. Ahmad, Hadis Hasan –

Tak Rugi Banyak Berdoa Kerana Allah Beri Apa Yang Kita Perlu Bukan Yang Kita Mahu – Ustazah Asma Harun

Kita memang akan bahagia bila doa kita dimaqbulkan seperti yang dihajatkan, namun hakikatnya kita lebih bahagia jika ia disimpan, kerana ia akan menjadi nikmat kekal, dan sudah tentu kita lebih perlu dijauhkan daripada keburukan yang kita tak mampu tanggung.

Ads

Maka, banyak berdoa tak pernah rugi. Ia hanya antara 3 perkara di atas. Jangan berputus asa, hilang keyakinan atau bersangka buruk kepada Allah SWT Allah beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu, Dia yang cipta dan pemilik mutlak kita sepenuhnya. Maka terpulang padaNya untuk mengatur–ngatur kehidupan kita.

لا حول ولا قوه الا بالله

Tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah SWT.

Sumber kredit: Ustazah Asma Harun

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI