Isu depresi atau sakit mental masih lagi kurang di ambil endah dalam masyarakat kita meski pun ramai yang sering berkongsi kisah mereka menghidap salah satu penyakit mental.
Gusar dengan komen yang boleh memudaratkan, pelakon Hafreez Adam nasihatkan supaya berpada-pada dalam berikan nasihat seperti mengaji atau menjaga solat untuk melawan sakit mental.
Di temu bual bersama Harian Metro, Hafreez Adam Aizat Zahalan tidak menghalang sesetengah individu untuk memberi nasihat untuk jaga ibadah tapi perlu mengikut situasi yang di hadapi seseorang.
“Bila orang kongsi atau cerita pasal isu kesihatan mental, jangan pergi kepada mereka dan cakap seperti jaga solat, banyakkan mengaji dan sebagainya,
Artikel berkaitan: Bukan Sakit Mental Jika Cakap Dengan Sendiri Depan Cermin, Ini Apa Pakar Kata
“Sebab anda tak tahu apa yang mereka lalui, anda tak tahu apa mereka sudah lalui untuk rasa lebih baik. Anda tak tahu apa-apa. Saya tidak cakap ia salah, sebab ia sememangnya betul,
“Tapi anda kena ingat satu perkara, tak semua orang ‘post’ gambar atas sejadah. Tak ‘post’, tak bermakna orang tak buat. Bayangkan kalau orang itu buat semua itu, solat, mengaji dan sebagainya, tapi masih ada isu.” katanya.
Tambahnya lagi, kita tidak tahu bagaimana perjuangan mereka. Mungkin individu tersebut telah berusaha sedaya mungkin dan bertarung dalam diam.
“Dengan anda beritahu semua itu, sementara mereka sudah pun melakukannya sebab hanya Allah yang tahu bila. Bagaimana anda fikirkan itu akan buat mereka rasa?” ujarnya.
Pelakon berusia 33 tahun itu juga menegaskan supaya masyarakat tidak patut mengendahkan apa-apa perkara yang boleh membawa kepada masalah dalam kesihatan mental.
“Dan ingatkan, setiap orang, ujian dia berbeza. Perkara terakhir yang anda boleh lakukan, berdoa untuk mereka. Secara peribadi. Jangan ambil ringan sangat isu kesihatan mental ini,
Artikel berkaitan: Dah Tak Ada Masa Untuk Rehatkan Diri, Kenapa Seksa Mental Anda Sebegitu Teruk…
“Rasa dia tak ‘best’. Kamu putus dengan teman lelaki dan wanita pun menangis 13 hari. Sampai tak nak makan apa semua. Itu, sekurang-kurangnya kamu tahu kenapa kamu rasa macam tu,
“Bayangkan orang yang rasa ‘down’, tapi tak tahu punca? Senangkah nak okay kalau punca pun tak tahu? Berbuat baik.” jawabnya lagi berkenaan isu ini.
Sekadar info, Hafreez Adam merupakan salah seorang Hero Remaja 2011/2012. Dia juga antara peserta Hero Remaja yang berjaya melakar nama di industri seni seiring bersama Fattah Amin, Syafiq Kyle, dan Hafidz Roshdi.
Sumber: Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.