Tak Pernah Tak ‘Cantik’, Qasrina Kassim Dedah Hanya Amalkan Dua Perkara Ini Dalam ‘Skincare Routine’ Setiap Hari!

Share

Nama semakin naik di dalam industri seni Malaysia, pelakon Qasrina Karim menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.

Sudah tentu ramai yang ingin ketahui rutin kecantikan Qarina meski pun sedang sibuk membuatkan rakaman drama terbaru, jadi apakah rahsianya?

Qas Sangat Menjaga ‘Rutin Kecantikkan’ Meski Sibuk!

Ditemu bual bersama Hijabista, Qasrina Abdul Karim menjelaskan dia harus lakukan rutin kecantikannya walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment yang di buat untuk kekalkan kecantikan dirinya.

“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah,

“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.

Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen vit C sahaja untuk kekal bertenaga. Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.

“Suplemen yang saya ambil adalah Vit C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bile shooting,

“Saya juga suka makan buah-buahan seperti blueberry, strawberi dan juga salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.

Qasrina ditemui pada majlis Alhumaira dalam memperkenalkan koleksi ekslusif ‘Sally & Remy’. Pelbagai koleksi tudung yang banyak di inspirasikan dari hasil karya seni Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Masih mengekalkan warna-warna pastel

yang menjadi identiti Alhumaira namun di sulam bersama motif batik flora sebagai penyeri dalam koleksi itu. Qasrina juga masih menjadi penyeri bagi jenama Alhumaira. Majlis itu bertempat di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir