Allah menurunkan dugaan pada hambanya ada sebab dan kebarangkalian menguji hambanya dan memberi kesedaran ke dalam diri kita. Sepanjang tempoh PKP pelbagai aktiviti dan perkara yang positif telah berlaku dalam masyarakat seluruh dunia.
Hikmah Di sebalik Musibah
Ada hikmah di sebalik penularan wabak Covid-19 yang melanda serata dunia ketika ini. Seperti kisah hijabi ini yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wabak yang membawa maut itu.
Perkongsian foto nota-nota niat dan surah serta bacaan lain untuk menunaikan solat, yang tersusun kemas diletakkan di hadapan sejadah, mengundang rasa terharu netizen.
Menurut temubual beliau bersama Mstar, Nur’Rashima Murat, 27, berkata hatinya mula terdetik untuk menunaikan solat semasa hubungannya bersama tunang ketika itu mengalami masalah, sebelum putus pada Mac tahun lalu.
Solat Berpandukan Nota
Ikuti Perkongsian Shima di laman sosial
“Jujurnya, sepanjang saya hidup 26 tahun ketika itu, saya tak pernah sekali solat atau mengaji. Bukan ibu bapa tak nak ajar, tapi diri sendiri yang belum nak belajar solat.
“Gambar nota-nota tu di sejadah tu saya ambil pada April 2019, tapi baru saya ada keberanian untuk berkongsi kepada umum,” ujar warga Singapura itu.
Lebih mesra dengan panggilan Shima, dia mengakui selepas itu dia tetap mengalami kesulitan untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari.
Ads
“Mula-mula tu susah juga, terkial-kial. Saya cuma cuma solat Isyak dan Subuh. Saya belajar pada waktu malam sebab semua orang dah tidur.
“Saya rasa malu nak solat dengan nota-nota tu, tak yakin. Saya masih solat tapi tak ambil inisiatif untuk menghafal setiap bacaan,” katanya yang menetap di Choa Chu Kang.
Tempoh Dua Minggu Kuaratin Di rumah…
Shima semasa bercuti di Paris dan London, awal bulan lalu.
Kepulangannya ke Singapura selepas bercuti di Eropah pada awal bulan lalu memerlukannya untuk menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah-langkah pencegahan Covid-19.
Sepanjang tempoh dua minggu itu, Shima mengambil peluang untuk belajar solat secara serius.
Ads
“Saya banyak tinggal solat dan inilah waktu untuk perbaiki solat saya. Saya hanya duduk rumah semasa kuarantin dan nekad untuk belajar solat betul-betul.
“Alhamdulilah sekarang saya dapat solat dengan tenang. Saya tak pakai nota-nota tu lagi sebab dah hafal. Surprisingly, saya hanya mengambil masa sehari untuk hafal semua,” ujarnya.
Shima yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu syukur telah selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu tanpa mengalami sebarang gejala dan sihat sepenuhnya.
Shima menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu susulan penularan wabak Covid-19.
Bagi pembantu peribadi di sebuah syarikat Batam, Indonesia itu, terdapat hikmah di sebalik wabak C0vid-19.
Ads
“Saya rasa kalau tak kerana wabak Covid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.
“Saya juga gembira dapat mempengaruhi kawan yang sebelum ni pun tak pernah solat lima waktu. Sekarang saya nampak dia solat depan mata saya. Dia juga berjaya melakukannya!
“Dan sekarang ia menjadi satu kewajipan untuk solat dan saya tidak akan terlepas melakukannya,” ujar Shima sambil menambah Singapura ketika ini menyarankan penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Hikmah Sebalik Covid-19
Shima mengharapkan perkongsiannya menjadi iktibar buat semua. Hikmah Allah tunjuk bagi Shima untu terus berubah dan berharap kisahnya dikongsi untuk menjadi teladan pada hijabi semua.
Menurut Shima, perkongsiannya itu sebagai iktibar untuk memberi kesedaran bahawa setiap manusia tidak lari daripada membuat kesilapan dan tidak malu untuk memperbaikinya.
“Saya tak nak mereka malu untuk belajar solat walaupun umur sudah meningkat. Belajar solat dengan cara atau susah macam mana sekali pun kerana saya percaya suatu hari nanti semua usaha ini berbaloi… insyaAllah dosa kita dapat diampun olehNya,” katanya.
SUMBER: Mstar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia pelakon, Sheila Rusly telah mencecah 51 tahun. Dia yang menyambut ulang tahun kelahirannya itu juga mendapat sambutan ramai warganet apabila rupanya tidak sepadan dengan usia.
Sering memuat naik video memasak dan juga terkenal dengan rancangan masakan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, Sheila Rusly tetap ‘maintain’. Ramai yang ingin tahu rahsia awet muda pelakon itu.
Tetap sihat dan cantik di usia 51 tahun
Siapa sangka apabila Sheila Rusly memuat naik posting yang menunjukkan dia sudah mencecah umur 51 tahun. Pelakon wanita filem Diva Popular itu telah mengejutkan lagi orang ramai apabila dia kelihatan tetap cantik dan ‘maintain‘ pada usia itu.
Melalui posting di laman media sosial Instagram miliknya itu, Sheila mengucapkan rasa bersyukur kerana masih dapat menyambut ulang tahun yang ke-51. Ramai juga rakan artis yang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buatnya.
Video yang di muat naik sangat comel dan juga lucu apabila dia kelihatan agak tidak berpuas hati dengan belon berbentuk nombor yang menunjukkan angka 50 di mana sepatutnya menjadi 51 merujuk kepada umurnya. Masih lagi menghiburkan hati ramai peminat, Sheila Rusly menyatakan kesyukuran dengan caption ringkas dan padat.
“Thank you ALLAH for another day #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” titipnya di posting itu.
Seperti yang ramai tahu juga, Sheila Rusly juga cukup terkenal dengan rancangan masakannya setiap kali tiba bulan Ramadhan. Ramai yang suka akan telatahnya bersama rakan artis ketika memasak yang membuatkan lagi dia di hurungi ramai peminat.
Tidak juga melepaskan kesempatan ini, ramai rakan media dan rakan artis yang turut mengucapkan selamat ulang tahun buatnya. Rata-rata warganet juga turut menyelit di ruang komen untuk memuji penampilannya yang tidak kelihatan di mamah usia itu.
“Happy birthday beb, semoga bertambah seri hidupmu dengan kehadiran Bunga dan Elysya, semoga sihat dan cantik macam anak dara,
“Happy Birthday Sis! Mentor fit body for 51. Ingat ke 41.” berikutan komen rakan-rakan artis.
Jom lihat gaya hidup sihat Sheila Rusly
Ramai yang memuji Sheila Rusly yang masih tampak seperti lingkungan 31 atau 40-an. Siapa sahaja yang tidak mahu untuk kekal awet muda meski pun telah genap 50-an. Ayuh kita lihat gaya hidup Sheila Rusly.
Jika anda lihat, Sheila Rusly sering memuat naik rutin senamannya di laman sosial medianya. Pada usia itu, pelakon dan pengacara itu tetap melakukan aktiviti kehidupan yang sihat dan tidak pernah melepaskan peluang untuk kekal aktif. Dia juga kelihatan giat untuk menyertai pelbagai aktiviti lasak seperti jogging, mempunyai rutin senaman sendiri dan juga dia juga turut berlatih bowling walaupun untuk persiapannya bagi drama di astro, Ratu Ten Pin.
Sheila Rusly juga gemar berkongsi resepi masakan di laman sosial medianya, ramai juga yang gemar mengikuti perkembangan itu. Resepi yang di kongsikan juga mempunyai diet yang seimbang yang sesuai dengan gaya hidup yang sihat.
Kebanyakan juadah dan resepi yang di kongsikan akan ada hidangan yang berasaskan sayur-sayuran. Oleh dengan demikian, kita dapat ketahui bahawa Sheila Rusly pasti akan mengutamakan sayur-sayuran dalam diet pemakanannya supaya lebih seimbang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sekiranya anda cenderung mempunyai kulit yang rawan jerawat, pasti anda tidak akan sebarangan menyapukan skincare yang boleh menambahkan kulit anda kelihatan berminyak, atau lebih teruk lagi.
Sebenarnya penting untuk melembapkan muka dua kali sehari, tanpa mengira jenis kulit anda. Terutama jika anda menggunakan rawatan jerawat yang mengandungi benzoil peroksida dan asid salisilik, yang dapat mengeringkan kulit, pelembap adalah suatu keharusan.
Jadi apa yang harus anda cari semasa memilih pelembap untuk kulit yang berjerawat? Menurut pakar dermatologi, aturan praktis yang baik untuk semua jenis kulit adalah mencari losyen bebas minyak dan bukan komedogenik, kerana ia tidak akan menyumbat liang-liang anda atau menyebabkan jerawat. Pakar mencadangkan mencari bahan utama seperti asid hyaluronik, yang akan meningkatkan penghidratan, dan ceramida, yang akan memperbaiki lapisan luar kulit anda.
Tetapi terdapat begitu banyak serum, losyen, dan krim di luar sana sehingga pencariannya dapat dilakukan dengan sangat luar biasa. Berikut adalah pelembap terbaik untuk kulit yang berjerawat di pasaran:
Tambahan yang sempurna untuk rawatan jerawat anda, formula sutera ini akan menghilangkan liang-liang terbuka dan mengawal kulit wajah yang bersinar, sambil memberikan penghidratan sepanjang masa.
Jangan takut untuk menyapukan pelembap ini pada jerawat anda, losyen ini mengandungi niacinamide, yang akan menenangkan jerawat atau kemerahan yang meradang.
Rumusan ringan ini tidak akan meninggalkan sedikit minyak pada kulit anda, kombinasi shea butter, avokado dan minyak biji meadowfoam akan memberikan penghidratan total, sementara oatmeal koloid akan menenangkan kemerahan.
Anda sudah tahu bebas minyak dan bukan komedogenik, tetapi permata yang berpatutan ini juga mengandungi asid salisilat, yang akan mengatasi pori-pori yang tersumbat dan mengecilkan komedo dan whitehead.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering dan mudah terdedah, formula berkhasiat ini adalah jawapan kepada masalah anda. Mengandungi getah birch, yang menenangkan rawatan pasca jerawat kulit sensitif dan jengkel.
Jenis sensitif akan menyukai krim berkhasiat yang kaya ini yang diformulasikan untuk menenangkan jerawat anda dan pada masa yang sama mengunci kelembapan.
Sekiranya anda sudah mencuba Glow Recipe’s cult fave Watermelon Glow Sleeping Mask, anda tidak perlu meyakinkan untuk mencuba pelembap lazat ini yang dibungkus dengan ekstrak tembikai, asid hyaluronik, dan antioksidan untuk memulihkan kulit sepenuhnya.
Pelembap yang dapat menghidrat kulit anda, tetapi yang ini juga secara khusus mensasarkan noda dengan bahan semula jadi seperti kulit pohon willow dan minyak pokok teh.
Walaupun gel berasaskan air ini dengan jelas meningkatkan penghidratan, anda mungkin terkejut kerana ia juga menyerap ke dalam kulit dengan segera setelah digunakan.
Kulit wajah anda yang kering akan menyerap sepenuhnya krim tanpa melekit ini. Fove lama ini mempunyai tekstur yang kaya, tetapi tidak mengandungi gris atau kilauan.
Kami tahu apa yang anda fikirkan, tanah liat dalam pelembap anda? Nah, tanah liat benar-benar berfungsi untuk membersihkan senjata dari kulit anda dan melegakan semburan. Selain itu, anda pasti suka menepuk formula ringan ini ke kulit anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian ataupun outfit ketika menunaikan ibadah umrah perlu diambil perhatian oleh kaum wanita. Pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana.
Di samping itu juga ada beberapa perkara penting yang kaum wanita jangan sesekali terlepas pandang dalam soal pemilihan pakaian ketika berada di Tanah Suci. Seeloknya, jubah atau abaya perlulah selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal.
Berikut perkongsian daripada Masnira Ramli yang menyentuh tentang pemakaian ketika menunaikan umrah.
Datang umrah sudah boleh pakai jubah berwarnakah? Kalau ikutkan dari dahulu, tiada masalah untuk jemaah umrah/ haji wanita untuk pakai jubah berwarna selain dari warna hitam.
Kini, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong. Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selain dari jubah asalkan sopan.
Cuma menyentuh dari segi budaya, amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan design yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik. Terutama apabila datang umrah.
Solat di dalam masjid dengan jubah yang berwarna terang, design yang terlalu cantik juga boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.
Kita ulangkaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid. * Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan. * Tidak bersolek dan memakai bau-bauan. * Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami, atau kawan-kawan.
Jadi, jika bertanya pendapat saya untuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, design yang simple dan tidak sarat serta kurang hiasannya. Begitulah. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga.
Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat terawih di masjid berdekatan rumah, ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai.
Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat hari raya.
Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik termasuklah dalam soal berpakaian. Pilihlah warna pakaian yang tidak mengundang untuk banyak mata memandang.
Sumber kredit: Masnira Ramli Top image: Photo by rhyan-stark from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...