“Berlengah-lengah tiada dalam kamus hidup saya”
Begitulah pegangan hidup yang dikongsi oleh Irdina Shariman, penerima biasiswa Yayasan Tenaga Nasional yang konsisten mencapai purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 sewaktu dalam pengajian Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik di Virginia Tech (VT) di Amerika Syarikat dari 2018 hingga 2021.
Pencapaian itu membuatkannya mengungguli kursus pengajian itu bagi beberapa tahun berturut-turut kerana dia menduduki tempat pertama mengatasi hampir 10,000 pelajar lain.
Walaupun ada awalnya takut dengan sistem pendidikan tinggi di negara asing serta kekurangan perwakilan wanita dalam kursus pengajiannya, namun itu tidak pernah menghalangnya untuk terus berusaha keras mencapai kejayaan dalam hidup.
Ia juga menyaksikan pelajar berusia 24 tahun itu menerima pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan yang mana anugerah tersebut dianugerahkan kepada graduan senior dengan kedudukan akademik tertinggi.
Mengimbas kembali perjalanannya setelah menamatkan pengajian pada Disember tahun lalu, Irdina menjelaskan bahawa sikap tabah dan percaya pada dirinya sendiri telah membantunya mengatasi ketakutannya untuk terus mencuba dan melakukan kesilapan.
“Saya bukanlah ‘genius’ secara semula jadi, oleh itu saya bekerja keras. Saya tidak ponteng kelas, saya mengambil nota dengan teliti dan yang lebih penting, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas saya agar dapat benar-benar meningkatkan pemahaman saya tentang perkara itu,” jelasnya kepada StarEdu.
“Hayati proses pembelajaran, itulah yang paling penting. Sentiasa tetapkan niat anda dengan betul dan terjemahkannya ke dalam tindakan,” tambahnya lagi.
Setelah pulang ke Malaysia, Irdina yang berasal dari Subang Jaya, Selangor kini sedang menunggu penempatan pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad.
“Saya teruja untuk meneruskan kerjaya saya dalam kejuruteraan kuasa dan menyumbang keringat kepada peralihan tenaga negara ke arah sumber elektrik yang lebih mampan,” katanya.
Tidak lokek berkongsi ilmu,Irdina juga ada menitipkan pesanan kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
“Percaya pada kebolehan anda. Setiap orang mempunyai kekuatan dan langkah mereka sendiri dalam hidup. Ingatlah bahawa sifat manusia untuk berdaya saing dan bahagian paling penting dalam bersaing adalah bukan untuk bersaing dengan orang lain, tetapi diri sendiri,” luahnya.
sumber: TheStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee