Aktres terkenal iaitu Fauziah Nawi hari ini menzahirkan rasa sedihnya menerusi siaran langsung di Facebook (Facebook Live) mengenai pemergian anaknya yang tercinta iaitu seorang pengarah filem, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif.
“Pitt, mama minta maaf sebab mama tak dapat jaga Pitt sebagaimana mama janji dengan arwah baba dulu. Berakhir sudah kehidupan anak saya di usia 43 tahun,” kata Fauziah.
Mayat anaknya itu ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang kira-kira jam 4.25 petang tadi. Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengarah filem Coast Guard itu dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai terbabit, 11 pagi, semalam.
IKLAN
Menerusi Facebook Live juga, Fauziah memaklumkan bahawa jenazah anaknya itu ditemui dalam keadaan yang sangat elok biarpun sudah dua hari berlalu.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jenazah anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok.
“Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi mayatnya sudah ditemui.
IKLAN
“Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jenazah secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air,” katanya.
Sementara itu, ramai rakan artis yang turut merakamkan ucapan takziah buat arwah Pitt termasuklah Fauziah Ahmad Daud, Tomok dan Dato Afdlin Shauki di laman media sosial masing-masing.
Pasti anda pernah mengalami masalah tahi mata yang terlalu banyak bila bangun tidur. Ada juga satu ketika mata anda tidak boleh buka langsung sebab perit tahi mata yang melekat di sekeliling kawasan kelopak mata.
Ia sering di anggap sebagai suatu perkara yang normal untuk setiap manusia menghadapinya setia kali celik mata selepas bangun tidur. Tetapi lain pula jadinya jika keadaan mata menjadi merah, rasa gatal, dan sukar untuk berkelip.
Penuh tahi mata sampai tak boleh bukak mata ini
Sumber gambar dari TheraLife
Mesti anda pernah tertanya kenapa mata kita ini perlu mengeluarkan tahi mata? Dahlah ia menyakitkan dan memedihkan mata bila hendak mencelikkan mata di pagi hari.
Sebenarnya, organ mata kita ini sememangnya berfungsi untuk menghasilkan mukus yang lebih cukup di kenali sebagai rheum (tahi mata). Ia akan di hasilkan pada setiap hari dan waktu bagi tujuan melindungi mata daripada anasir luar seperti debu, bahan kimia atau apa-apa benda asing.
Menurut hellodoktor, mukus ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan buat kita namun ia boleh mengering lalu berkumpul pada sudut mata sekirangan tidak di buang secara manual. Sewaktu kita mula mencelikkan mata, rheum akan tertanggal sedikit demi sedikit dengan sendirinya apabila pergerakan mata sewaktu berkelip.
Manakala pada waktu malam, rheum boleh juga mengering dan terkumpul akibat mata yang tidak berkelip sewaktu sedang tidur. Tidak menjadi satu masalah apabila mukus ini terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan mata menjadi merah, gatal dan sukar untuk berkelip.
Seperti yang anda sedia maklum, proses penghasilan mukus adalah normal bagi semua manusia. Tetapi ada beberapa punca yang boleh menyebabkan rheum pada mata menjadi lebih banyak di mana sekali gus menyebabkan mata merah dan mempunyai sensasi gatal.
Terdapat beberapa jenis punca yang boleh menyebabkan sakit mata sehingga mengeluarkan tahi mata yang terlalu banyak dan menyukarkan pergerakan mata untuk berkelip, antaranya:
1. Terdedah kepada anasir luar
Mata yang lebih terdedah kepada anasir luar yang berbahaya seperti debu, bahan kimia atau benda asing boleh menjadi punca merengsakan mata. Oleh kerana itu, organ di bahagian mata akan lebih kuat bekerja untuk menghasilkan banyak mukus bagi melindungi kawasan mata, lantas menyebabkan ia terkumpul dan mengering.
2. Perubahan cuaca atau iklim
Kondisi ini juga boleh terjadi akibat reaksi tubuh badan terhadap suatu perubahan cuaca atau iklim tertentu, seperti musim panas mahupun sejuk. Tindakbalas ini berkemungkinan boleh menyebabkan mata seseorang individu itu menghasilkan lebih banyak mukus pada mata secara tidak terkawal.
3. Penggunaan produk mata yang tidak sesuai
Ada beberapa produk mata seperti kanta lekap (contact lense), cermin mata, atau alat kosmetik yang mempunyai bahan yang tidak sesuai dan boleh merengsakan mata. Oleh dengan itu, pemilihan produk yang sesuai dengan kawasan mata perlu di ambil berat supaya ianya tidak akan memberikan kesan buruk terhadap mata.
4. Jangkitan pada mata
Kebanyakan yang mengalami masalah sakit mata adalah kerana masalah kondisi jangkitan mikroorganisme yang dari kumpulan virus (viral conjuctivitis) atau bakteria (bacterium conjuctivitis). Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja, jadi anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.
Bagi anda yang sering mengalami masalah penghasilan tahi mata yang terlalu banyak dan rasa gatal yang teramat, anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor. Ia kerana terdapat satu keadaan di mana mata seseorang itu boleh menjadi bengkak dan menghalang penglihatan. Jadi mata adalah satu organ yang penting untuk kita jaga bagi melindungi dan memelihara pancaindera kurniaan tuhan.
Sejajar dengan wabak COVID-19 semasa, MBO Cinemas telah mengambil langkah tambahan dengan memperkenalkan “Tempat Duduk Jarak Sosial” di panggung wayang MBO. Susunan tempat duduk baru ini telah dilaksanakan sejak 14 Mac 2020.
Untuk mengurangkan kapasiti tempat duduk dan untuk menjaga jarak yang lebih selamat di kalangan pawagam, MBO Cinemas telah menambah jurang antara dua tempat duduk seperti yang ditunjukkan di atas. Ini bermakna jika anda menempah satu atau dua tempat duduk, tidak akan ada sesiapa yang duduk di sekeliling perimeter terdekat anda.
Susunan tempat duduk baru dicerminkan pada kedua-dua laman web dan aplikasi Android mereka, namun, mereka masih berusaha mengemas kini versi iOS mereka. Anda masih boleh menempah dua tempat duduk di aplikasi iOS tetapi anda tidak boleh menempah kerusi tunggal.
Di samping itu, pawagam juga mengambil langkah berjaga-jaga tambahan yang termasuk meletakkan hand sanitizer di tempat mereka dan ruang KECIL. Lap tisu antiseptik juga disediakan atas permintaan di titik permulaan atau anda boleh meminta salah satu dari poin pawagam mereka sebelum memasuki panggung. Penonton filem disyorkan untuk mengelap tangan atau tempat duduk mereka untuk langkah berhati-hati.
Keseluruhannya, ia adalah langkah yang baik dari MBO untuk mengurangkan penyebaran wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, jika anda menunjukkan tanda-tanda influenza, disyorkan agar anda menjauhkan diri dari ruang awam. Setakat semalam, terdapat 428 kes yang disahkan dan 190 kes baru dilaporkan semalam.
Jika dapat rakan serumah yang pengemas dan pembersih, pastinya kita akan rasa seorang dan tenang je apabila pulang ke rumah. Namun, bagaimana pula jika dapat teman serumah yang pengotor? Haih, boleh tertekan rasanya!
Begitulah yang dirasai oleh gadis ini apabila mendapat rakan penyewa yang mempunyai sikap sambil lewa terhadap kebersihan persekitaran.
Dia berasa tertekan kerana niatnya mahu berehat selepas seharian penat bekerja terpaksa ditangguhkan apabila dia pula yang harus mengemas rumah tersebut kerana rakannya itu memberi alasan tidak reti mengemas rumah.
Tak guna jaga penampilan diri jika kita seorang yang pengotor. Jangan harapkan muka je cantik sis!
Tidak kiralah apa rupa anda sekalipun, jagalah kebersihan itu dengan sebaiknya. Kasihanilah pada mereka yang berada di sekeliling anda yang menjadi mangsanya. Tak susah pun untuk jadi pembersih guys!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.