Aktres terkenal iaitu Fauziah Nawi hari ini menzahirkan rasa sedihnya menerusi siaran langsung di Facebook (Facebook Live) mengenai pemergian anaknya yang tercinta iaitu seorang pengarah filem, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif.

“Pitt, mama minta maaf sebab mama tak dapat jaga Pitt sebagaimana mama janji dengan arwah baba dulu. Berakhir sudah kehidupan anak saya di usia 43 tahun,” kata Fauziah.

Ads

Posted by Fauziah Nawi on Sunday, 27 October 2019

Mayat anaknya itu ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang kira-kira jam 4.25 petang tadi. Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengarah filem Coast Guard itu dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai terbabit, 11 pagi, semalam.

Menerusi Facebook Live juga, Fauziah memaklumkan bahawa jenazah anaknya itu ditemui dalam keadaan yang sangat elok biarpun sudah dua hari berlalu.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jenazah anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok.

“Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi mayatnya sudah ditemui.

Ads

“Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jenazah secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air,” katanya.

Sementara itu, ramai rakan artis yang turut merakamkan ucapan takziah buat arwah Pitt termasuklah Fauziah Ahmad Daud, Tomok dan Dato Afdlin Shauki di laman media sosial masing-masing.

Ads

View this post on Instagram

Ya Allah, Pitt.. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

sumber: facebook Fauziah Nawi, instagram selebriti & Harian Metro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI