Tak perlu tunggu lama, itu rahsia rebus nasi impit jimat masa dan gas. Hari Raya hampir tiba, semua orang menantikan makanan yang lazat. Nasi impit antara juadah paling popular setiap hari raya! Ia juga dimakan bersama rendang daging lembu yang lazat dan juga mudah disediakan.
Tetapi memasak mengambil masa yang lama dan menggunakan banyak gas.
Artikel Berkaitan : Ubat Kerinduan Rendang Di Kampung, Resipi Ini Menjadi Tumpuan Utama Ramadan Dan Syawal
Jangan risau, kami ada rahsia cara memasak nasi himpit dengan cepat, mudah, dan menjimatkan masa dan gas. Jadi lepas tu tak payah risau nak masak nasi impit!
Berikut ialah petuanya:
- Didihkan air sehingga mendidih, kemudian masukkan beras yang telah ditekan tadi.
- Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.
- Biarkan nasi impit di dalam periuk dan tutup dengan tudung. Biarkan rendam selama 30 minit.
- Selepas 30 minit, buka api semula selama 5 hingga 10 minit bergantung kepada keadaan nasi impit.
Jangan lupa kongsikan petua ini dengan rakan-rakan anda!
Nasi Himpit mungkin kelihatan seperti hidangan biasa dan ringkas bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk menyediakan hidangan yang sempurna.
Artikel Berkaitan : Berseri Menjelang Raya, Cara Penjagaan Kulit Wanita Jepun. Wajah Kusam Menjadi Cerah!
Rahsia yang kami kongsikan ini akan menjadikan memasak nasi impit cepat dan mudah serta menjimatkan masa dan gas. Jangan lupa cuba rahsia ini semasa hari raya dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Idea OOTD ‘Classy’ Ala SASHFIR Tampil Anggun & Bergaya Setiap Hari
Sashfir, seorang pempengaruh fesyen yang sering memberikan inspirasi ‘OOTD’ classy dengan sentuhan moden. Ia juga mudah digayakan.
Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
Monokrom Minimalis Dengan Sut Kelabu
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Warna Bumi Dengan Baju Coklat & Skirt Putih
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
All Black Elegan
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Penampilan Chic Dengan Warna Neutral
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
BACA JUGA: Ratu ‘OOTD’ Ruba Zai Cetus Inspirasi Gaya Kasual & Formal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Yang Suka ‘LIKE’ Gambar Wanita Seksi Jenis Isteri Tak Hormat Isteri & Ini Hukuman Sesuai Untuk Mereka
Kadang-kadang sudah lama hidup berumahtangga dan asyik melakukan perkara sama akan membuatkan hidup terasa bosan. Kata orang ‘tiada color’ dalam kehidupannya yang kalau sudah 10 atau 20 tahun tetap begitu caranya. Ada pasangan yang nakal terutama lelaki akan mula membuat aktviti sendiri salah satu melayan media sosial. Kalau setakat melihat sahaja tidak mengapa tetapi bagaimana pula yang rajin ‘like’ dan ‘share’ bahan lucah seperti wanita seksi walaupun sesama mereka dalam grup ‘whatsapp’.
Perkongsian dari seorang lelaki ini juga sepatutnya boleh diambil perhatian terutama kepada pasangan yang sering berbuat demikian. Walaupun tak semua bersifat demikian, tetapi bak ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lelaki sepatutnya menjaga, melayan dan menghormti isteri dalam apa jua cara.
Tidak kisah apa bentuk fizikalnya, dia tetap wanita dan isteri yang anda kanal ketika mula-mula lafaz hijab dan Kabul. Bagi pemilik akaun facebook Akhtar Syamir menulis bukan untuk menyalahkan kaum lelaki tetapi menyedarkan mereka yang bersifat begini. Jom baca perkongsiannya.
“Isk! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
YANG ADA ANAK DERET PUN BUAT
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
ISTERI DAH TAK CANTIK
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.
“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.
SUAMI TAK JAGA
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
TIADA RASA HORMAT
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
MINTA MAAF PADA ISTERI
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Senarai Barangan Daiso Yang Best Untuk Kegunaan Rumah. Anda Wajib Dibeli!
Jika menjejakkan kaki sahaja ke kedai Daiso, kita mesti akan hilang arah! Mana tidaknya, segala barang yang dijual di situ nampak sangat menarik dan lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, barang-barangnya juga sangat berguna dalam kehidupan seharian.
Jika anda keliru tak tahu nak membeli yang mana satu, bolehlah lihat barang yang dicadangkan oleh Azlin Ramli ini. Semuanya best!
Halau segala nyamuk!
2. Mudahkan kerja pembuangan sisa sampah
3. Haaa tisu basah untuk mop lantai pun ada!
4. Tak payah nak berkejaran dengan tikus dah bila guna perangkap ni
5. Lebihan minyak masak akan lebih mudah untuk dibuang apabila dikeraskan
6. Sinki takkan tersumbat lagi bila menggunakan perangkap rambut ini.
kredit: Azlin Ramli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI