Penampilan selebriti popular, Lisa Surihani di majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penampilan ringkasnya.
Tak perlu belit hijab dengan stail yang sarat, gayanya yang bertudung bawal berwarna mustard mengingatkan ramai kepada fesyen mereka sewaktu zaman persekolahan dahulu. Memang manis sangat!
Lebih 1 juta tontonan, ribuan komen membanjiri laman instagramnya yang rata-rata memuji kerana sukakan gayanya yang sebegini termasuklah rakan artis, Tiz Zaqyah dan Fynn Jamal.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on
Sedondon bersama ahli keluarga.
View this post on Instagram“Freestyle” means Roar for Yeop. 😅
A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on
Masa dulu-dulu mesti ramai yang selalu pakai tudung macam Lisa ni. Sis pun sama juga dulu. Selepas ini pasti menjadi trend kembalilah gaya ini. Sopan pun sopan. Why not kan sis?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TUTORIAL: 4 Tip Gayakan Hijab Bawal Paling Simple Buat Hijabi Berpipi Tembam Supaya Nampak Lebih ‘On Point’
Setiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly.
Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Step 1:
Ambil tudung bawal dan pakai sama panjang.
Step 2:
Pin bawah dagu dan ambil tudung sebelah kiri dan bawa ke belakang.
Step 3:
Ambil tudung yang dibawa ke belakang tadi dan terus ke hadapan. Pinkan di sisi sebelah kiri dengan kemas.
Step 4:
Bawa pula tudung sebelah kanan ke kiri dan selitkan sahaja ke belakang. Boleh juga pakai dengan pelbagai gaya lain mengikut cita rasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dengar Penjelasan Ustaz Hukum Pakai Tudung Tutup Dagu & 10 Cara Berhijab Ikut Syariat
Sekarang bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Belum campur dengan pelbagai rekaan, ada yang instan, selendang labuh, paras dada ataupun sarung sahaja dengan menggunakan pelbagai fabrik. Sebagai perempuan memang rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika didatangkan dengan harga promosi sungguh di luar jangkaan.
Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai mengikut syariah yang ditetapkan agama? Terutama bahagian menutup bawah dagu yang ramai tidak ambil kisah perkara ini. Bagi mereka janji rambut ditutup sudah memadai dan dikira menutup aurat.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar adalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.
Selain isu bawah dagu, perlu tahu cara pemakaian hijab mengikut syariat. Di sini juga disertakan 10 panduan untuk diikuti sebagai seorang wanita Muslim.
- Tudung perlu labuh menutup bahagian dada.
- Kalau boleh pakai warna polos sahaja agar tidak menarik perhatian orang terutama lelaki.
- Jangan lupa pakai ‘inner neck’ sebelum menyarung apa-apa tudung.
- Pakai rekaan yang selesa sahaja dan tidak terlalu berbelit-belit.
- Menutup seluruh badan.
- Tidak memakai hiasan yang mengundang pandangan lelaki.
- Tidak memakai wangi-wangian.
- Lebar dan tidak sempit.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tebal dan tidak nipis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Gesa Isi Rumah Elak Gunakan Baking Soda Pada Enam Benda Ini
Daripada mengeluarkan acuan, untuk menangani bau, baking soda digembar-gemburkan untuk pelbagai tugas pembersihan. Walau bagaimanapun, apabila bercakap secara eksklusif, seorang pakar telah menggesa isi rumah untuk mengelak daripada menggunakan produk semula jadi ini untuk enam kerja pembersihan tertentu.
Soda penaik adalah pembersih semula jadi nombor satu untuk menanggalkan kotoran dan mengatasi kotoran degil semasa membersihkan rumah. Bermula daripada menyental grout pada jubin lantai, untuk menghilangkan kesan kuning pada bantal, terdapat banyak perkara yang mungkin tidak diketahui oleh isi rumah yang boleh mereka bersihkan dengan baking soda. Tetapi, di sebalik kuasa besarnya, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dibersihkan oleh isi rumah dengan baking soda.
Soda penaik agak kasar dan akan mencalar atau menyebabkan kerosakan apabila membersihkan permukaan tertentu. Untuk mengelakkan kerosakan dan kos, berikut ialah perkara utama yang digesa supaya tidak sekali-kali membersihkan dengan baking soda.
1. Kaca
Menurut pakar, isi rumah harus “mengelakkan kaca” dengan baking soda. Dia menjelaskan: “Soda penaik adalah pembersih yang kasar. Ini bermakna terdapat kemungkinan ia boleh mencalarkan kaca yang anda cuba bersihkan.”
Daripada baking soda, pakar mengesyorkan bahawa “lebih baik” menggunakan pembersih kaca atau cuka putih untuk menangani tugas itu.
2. Dapur seramik
Walaupun baking soda bagus untuk membersihkan kebanyakan bahagian atas dapur, ia yang mempunyai satu yang diperbuat daripada kaca seramik, hendaklah “tidak sesekali membersihkannya” dengan baking soda.
Soda penaik dengan mudah boleh mencalarkan bahagian atas dapur seramik dan akan meninggalkan filem putih di belakang yang boleh menjadi sangat sukar untuk dikeluarkan.
Pakar mengesyorkan, jika anda telah menggunakan soda penaik secara tidak sengaja untuk membersihkan bahagian atas dapur seramik, anda boleh mengeluarkan filem putih dengan cuka putih.
3. Marmar
Begitu juga, jangan sekali-kali menggunakan baking soda untuk membersihkan permukaan meja marmar atau apa sahaja yang diperbuat daripada marmar. Pakar menjelaskan, lama kelamaan, baking soda boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan pelindung pada marmar dan ini akan mengakibatkan calar mula kelihatan pada marmar.
4. Perabot kayu
Bagi mereka yang ingin menyerikan perabot kayu mereka, harus mengelak daripada menggunakan soda penaik. Pakar pembersihan memberi amaran, soda penaik boleh menjadi terlalu keras pada jenis perabot kayu tertentu atau ia boleh merosakkan sebarang pengedap atau kemasan pada kayu. Jika pengedap pada perabot haus, ini akan merosakkan perabot.
5. Kutleri bersalut emas
Bagi mereka yang ingin menjadikan kutleri berlapis emas atau pinggan mangkuk mereka berkilat, jangan bersihkannya dengan baking soda. Anda harus mengelak daripada menggunakan baking soda untuk membersihkan apa-apa dengan saduran emas. Emas adalah logam yang sangat lembut yang tidak akan dapat mengendalikan sifat kasar baking soda. Soda pembakar boleh menyebabkan calar dan kerosakan pada kemasan, tetapi ia juga boleh menyebabkan penyaduran emas lusuh sepenuhnya.
6. Apa-apa sahaja dengan alur atau rekahan yang dalam
Apabila membersihkan apa-apa yang mempunyai alur atau retak, isi rumah harus mengelakkan baking soda kerana ia biasanya meninggalkan sisa putih yang berdebu setelah ia kering.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI