Isi Kandungan
ToggleSetiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly.
Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Step 1:
Ambil tudung bawal dan pakai sama panjang.
Step 2:
Pin bawah dagu dan ambil tudung sebelah kiri dan bawa ke belakang.
Step 3:
Ambil tudung yang dibawa ke belakang tadi dan terus ke hadapan. Pinkan di sisi sebelah kiri dengan kemas.
Step 4:
Bawa pula tudung sebelah kanan ke kiri dan selitkan sahaja ke belakang. Boleh juga pakai dengan pelbagai gaya lain mengikut cita rasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Digelar ‘Gendut & ‘Monster’, Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 32 Kg Dalam Masa 3 Bulan!
Isi Kandungan
ToggleSetiap orang pasti mempunyai sebuah cerita mengenai kejayaan mereka sendiri. Tidak kiralah sama ada kejayaan yang besar mahupun kecil, pastinya ia memberikan sebuah inspirasi kepada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Malah, ia juga bisa dijadikan sumber aspirasi kepada orang lain untuk mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif.
Zulkhairi, 36 tahun, memiliki sebuah cerita yang begitu menarik untuk dikongsikan bersama. Berjaya menurunkan berat badan bukanlah sebuah proses yang mudah. Namun, bagi pemuda ini, ia merupakan sebuah perjalanan dan pengalaman manis yang harus disimpan untuk dijadikan sebagai motivasi hidupnya.
Pernah memiliki berat badan mencecah 105 kg, hasil usahanya yang tidak pernah kenal erti penat, berjaya menurunkan berat badannya sehingga 73 kg! Ikuti sebuah bingkisan cerita menarik Zulkhairi, pemuda yang pernah digelar sebagai ‘gendut’.
Permulaan perubahan hidup
Berbicara tentang titik permulaan yang membuatkan dirinya ingin berubah, Zulkhairi ataupun lebih mesra dengan panggilan Zul, mengatakan bahawa dia mula berasa tidak selesa dengan keadaan dirinya ketika itu. Berat badannya yang mencecah sebanyak 105 kg menyebabkan dia sukar untuk melakukan aktiviti harian serta berasa kurang yakin dengan dirinya.
Diejek ‘gendut’ dan ‘monster’..
Menurut Zul, ketika badannya bersaiz besar, dia seringkali diejek oleh rakan-rakannya dengan panggilan ‘gendut’ dan ‘monster’. Jujurnya, ia merupakan momen yang amat memalukan dan menyebabkan dirinya hilang keyakinan diri.
Langkah diatur untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Hanya dalam masa tiga bulan sahaja, Zul berusaha keras menurunkan berat badannya dengan melakukan rutin senaman yang teratur serta pelan diet yang sihat.
“Saya melalukan senaman lima hingga enam hari seminggu. Setiap hari saya akan membakar minimun 500 kalori dengan melakukan senaman berbentuk kardio. Selalunya, saya akan mengambil masa selama 45 minit hingga ke satu jam senaman bebasan bagi toning. Dari segi diet pula, sarapan pagi saya ialah roti bakar dua keping disapu bersama mentega dan kopi tanpa gula. Kemudian, bagi makan tengahari, saya akan mengambil nasi 1/2, bersama-sama sayur-sayuran dan ayam ataupun ikan bakar. Pada waktu malam, saya hanya makan buah-buahan sahaja untuk memastikan proses menurunkan berat badan saya berjaya”, terang Zul terperinci.
Jenis senaman yang dilakukan?
Menurut Zul, antara jenis senaman yang dilakukan sepanjang prosesnya menurunkan berat badan adalah seperti berlari dan berbasikal setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Bagi senaman jenis bebanan pula, dia akan melakukannya mengikut hari-hari tertentu, pada hari bekerja sahaja.
Tambahnya lagi, biarpun dia sudah berjaya menurunkan sebanyak 32 kg, namun dia mempunyai misi yang seterusnya untuk menurunkan peratusan lemak dari 14 peratus ke 11 peratus.
Cara untuk kekal motivasi?
Sudah terang lagi bersuluh, untuk menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Ada kalanya, rasa malas menyelubungi diri sehingga kecundang lari dari tujuan.
Akui pemuda ini, dia juga seperti manusia biasa yang lain. Rasa malas itu sentiasa wujud ketika dirinya ingin menurunkan berat badan. Namun, dia cepat tersedar dari lamunan dan menuruskan misi yang ingin dicapai.
“Jujurnya, saya pernah berasa malas. Namun saya sering berpesan kepada diri sendiri untuk sentiasa menjaga kesihatan demi kehidupan saya dan juga kebaikan di masa hadapan. Jika saya ditakdirkan jatuh sakit, saya mungkin akan kurang berasa kecewa kerana saya telah mencuba sehabis baik untuk memiliki corak gaya hidup yang lebih sihat dari sebelum ini.”
Faktor dorongan perubahan diri?
“Diri saya sendiri merupakan faktor utama yang mendorong saya untuk berubah kerana mahukan yang terbaik. Malah antara perkara yang saya suka dan gembira apabila perubahan yang diusahakan ini membuahkan hasil ialah saya dapat memberi inspirasi kepada orang untuk berubah ke arah kebaikan. Nasihat saya kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, pilihlah aktiviti yang anda suka. Kawal pemakanan dan yang paling penting, jika anda ingin menurunkan berat badan, lakukan untuk diri sendiri. Bukan untuk org lain,” kongsinya menutupi kalam bicara penulisan ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diana Amir Tunai Janji, Kongsi Tutorial Hijab Labuh Untuk Pengikut Di IG, Sempena Sambutan Harijadinya
Siapa tidak mengenali selebriti, Diana Amir. Dia yang merupakan salah seorang pengacara dan juga sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan atau sukarelawan. Sejak mengambil keputusan berhijab, Diana Amir dilihat begitu menjaga penampilannya agar sentisa tampil cantik, selesa dan paling penting menjaga auratnya.
Biarpun sudah berhijab, tidak membataskannya untuk tampil bergaya mengikut citarasa. Diana lebih senang memilih shawl yang dililit ringkas serta menutup aurat.
Dan sempena sambutan harijadinya, Diana telah membuat tutorial tudung khas buat followernya di laman sosial Instagram.
Menurutnya, dia penah berjanji untuk membuat tutorial tudung tetapi kekangan hal seperti rasa segan, ketidaan neck cover dan sibuk melayan anak-anak menyebabkan hasrat iu tertangguh.
Tetai sebagai birthday treat buat followernya yang bejumlah 1.3 juta, dia telah berkongsi tutorial mudah setiap kali menggayakan shawl panjang. Menurutnya dia selesa menyarung tudung dengan kepanjangan dua meter dan lebar 60 cm.
Malah bagi mengelakkan tudung dipakai sentiasa kemas dan on point, Diana memberi tip dengan memastikan meletakkan beberapa jarum di bahagian kiri kanan tudung agar kekal terletak sehingga akhir majlis dihadiri.
Perkongsiannya ini mendapat respon dari followernya. Malah masing-masing turut mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.
lin_ariffin Love kak d, tp byk tu pin
achecheq Alhamdulillah..mmg dh lama tnggu style shawl sis ni…tq..selesai bab shawl..pakai skincare apa la plak sbb x pernah x cantik
rozaa1514 Senang gila tengok kak diana pakai shawl, kalau saya pakai ni haru hahaha, entah kena pin mana satu dulu, tu smpai sekarang saya pakai tudung sarung je senang hihi..
dina_amani Alhamdulillah.. Finally I found toturial for shawl yg labuh
yuyujelaek stujuuuu…ske pin byk byk gakkk…sb t tudung ble begerak² misti tudung haruuu hahhaha…happy birthday sis d
kizi.mk Senangnya tgk kak diana lilit shawl..tq for the tips..boleh ikut ni…
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA AMIR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Rizalman Pernah Tinggal RM20 Dalam Dompet, Cerita Sedih Sebelum Bergelar Pereka Tersohor
Datuk Rizalman Ibrahim merupakan satu nama yang tidak asing lagi di kalangan para penggemar fesyen. Beliau sangat terkenal dengan karya seni rekaan kreatif dan bercita rasa tinggi.
Namun bukan mudah untuk mencipta kejayaan seperti yang dikecapinya sekarang. Pelbagai ranjau, onak dan duri yang terpaksa dilalui sebelum berjaya menempa kejayaan. Setiap kejayaan disulami dengan pengorbanan terutama oleh insan yang tercinta.
Bagi Datuk Rizalman Ibrahim, dalam catatan di Instagramnya, beliau ‘dikembalikan’ semula dengan kesusahan dan kepayahan sebelum beliau berjaya hingga ke tahap hari ini. Pengorbanan kedua ibu bapanya menjadi pemangkin kejayaan beliau hari ini.
View this post on InstagramA post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Tengah mengemas barang2 dalam kotak untuk berpindah rumah.. terjumpa fail2 lama. terselit satu2 nya surat yang pernah dikirim oleh bapak beserta dokumen yang berkaitan sepanjang saya menuntut di Uitm dahulu tersimpan kemas oleh Allahyarham yang sifat OCD nya di warisi oleh saya. Walaupun beliau tidak begitu bersifat bapa yang manja dan boleh bergurau namun figuranya tetap kami hormati.
Menyelak kembali fail ini saya merasa amat bertuah kerana ibu dan bapa telah melaksanakan apa yang mereka termampu untuk membesarkan anak2 selama 8 orang dan saya merupakan tugas terakhir mereka berdua. Dalam keadaan yang ‘cukup makan’ mereka gagahi juga menghantar saya serta memberi kebebasan penuh untuk saya melakar corak kehidupan saya.
Pernah suatu hari di cuti penggal semester ketika saya membancuh warna membuat tugasan fakulti di rumah.. emak pernah bertanya, “hang isok nak kheja apa la kalu bancoh2 warna ni Maman oi..?” “rasa menyesal kah mereka pada keputusan aku ni? atau mereka rasakan duit yang ada secupak itu di cubit oleh aku dengan sia2?
TINGGAL RM20
Lihatlah bank akaun saya ketika itu.. rm20 je yang ada.. kadang2 lapar seharian.. kadang2 dah tak tahan diangkat jugak ganggang talifon di fakulti meminta wang di masukkan kerana mahu terus hidup. Dari mana bapak dapatkan wang yang aku minta, aku tak pedulikan. Di dalam fail ini ada tertera nama2 individu yang terpaksa bapak pinjam sementara untuk melayan panggilan duit aku. Kini aku hidup senang, tapi mak bapak dah lama takde.
Aku rasa menyesal memikirkan kalau antara masa aku makan sedap di Uitm hasil kiriman wang bapak sedangkan mereka berdua di rumah terpaksa berkongsi sekeping roti di rumah. Aku kesal kalau ada masa aku gunakan wang itu untuk menonton wayang di KL sedangkan mereka bercatu beras. Buat mak dan bapak, sebagai yang telah di janjikan oleh Allah.. doa anak2 lelaki itu di angkat terus ke langit. Moga ‘bekalan’ yang lebih hebat serta lazat2 dapat dinikmati mereka ketika ini walaupun rezeki sekarang tidak dapat di kongsi bersama.
TERIMA KASIH BAPAK/EMAK
Buat bapak sekali terima kasih kerana membesarkan aku dan buat emak pula, terimakasih juga kerana menerima Maman seadanya. Merdeka lah kamu dari sifat pentingkan diri sendiri ❤️rizalman IBRAHIM
View this post on InstagramA post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Namun saya berjanji ketika itu mahu memperbaiki taraf kehidupan kami serta memberi kebanggaan pada kedua mak dan bapak untuk melihat anak mereka menjadi yang TERBAIK. Diharapkan UMAR dan AALI juga akan mengikuti langkah yang sama #downmemorylane *kiranya saya tapau hadiah miss world dengan miss national costume skali la tu…
Namun selepas 30 tahun membina jenama fesyennya, Datuk Rizalman mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen. Pengumuman tersebut dibuat pada Konsert Kesuma Jiwa 2020 di Panggung Sari, Istana Budaya.
“Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani.
“Faizul sudah 15 tahun bersama saya. Keputusan ini dibuat sejak tahun lalu. Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia fesyen.
“Selepas ini saya boleh fokus kepada cabang lain termasuk hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan,” katanya.
Sumber: Instagram Rizalman71 dan Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI