Kewujudan tudung pleated memang memudahkan kehidupan seorang hijabi. Materialnya yang tidak perlu digosok menjimatkan masa kita untuk bersiap namun tetap membuatkan penampilan kita nampak berseri.
Namun, kadang kala timbul masalah juga apabila tudung tersebut meninggalkan kesan garisan lipatan terutama sekali ketika baru dibeli ataupun selepas dicuci.
Bagi mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba teknik yang disarankan oleh Kamalia ini. Berkongsi video di tiktok, dia telah menunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan pengering rambut sahaja boleh menghilangkan kesan lipatan tersebut.
Pengering rambut menjadi penyelamat situasi! Pastikan ia tidak bersentuhan ya dengan tudung kerana ia boleh merosakkan tekstur pleated tudung tersebut.
Kini semua kesan lipatan tersebut telah hilang! Mudah bukan? Jadi tak perlulah anda risau lagi mengenainya selepas ini. Ikut sahaja tip ini pasti menjadi!
Teknik ini tidak hanya terhad pada tudung malah boleh dicuba juga pada pakaian anda. Untuk video penuh tutorial tersebut, anda bolehlah melihatnya di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Terbaik Rawat Barangan Kulit Supaya Tak Cepat Nampak Buruk & Rosak. Hijabi Kena Tahu!
Barangan kulit memang jadi pilihan hijabi kerana kualiti serta sifatnya yang tahan lama. Namun jika tidak kena gaya penjagaannya akan menyebabkan barangan kulit ini cepat rosak. Periksa item fesyen seperti kulit yang ada dalam almari anda untuk dikemas kini agar boleh digayakan semula. Rata-rata ramai yang menggunakan pencuci biasa untuk menghilangkan kesan kotoran pada produk kulit.
Namun, inisiatif ini penyebab sisa pencuci menutup permukaan liang-liang hingga menjadi kering dan pecah-pecah. Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
Kaedah Disarankan:
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.
Ini Yang Perlu Anda Buat:
- Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.
- Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.
- Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.
- Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.
- Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.
- Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.
- Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.
- Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.
- Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Tutorial: 2 Gaya Hijab Satin ‘Pin Less’ Tak Sampai 1 Minit Idea Influencer, Adira Salahudi. Senang Sangat!
Hijab dari fabrik satin memang sering jadi pilihan ramai. Ini kerana tudung jenis ini sangat selesa untuk dipakai disebabkan materialnya yang lembut dan tidak panas. Namun ada kalanya fabrik yang terlalu lembut menyebabkan agak sukar untuk digayakan dan perlu banyak penggunaan pin. Malah perlu lebih masa untuk berhias depan cermin.
Bagi penggemar tudung jenis satin, usah risau. Ini kerana anda masih boleh gayakannya dengan stail ringkas tetapi menawan hanya dalam singkat iaitu satu minit sahaja.
Hijab digayakan influencer terkenal, Adira Salahudi memberi idea gaya yang bersesuaian. sama ada untuk majlis santai atau formal. Malah hanya menggunakan satu pin, stail digayakan cukup ringkas dan mudah.
Ayuh kita lihat dua gaya hijab styling dari Adira yang memang gemar menggayakan stail begini kala bersantai bersama teman-temannya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ADIRA SALAHUDI (TOP IMAGE)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan LENGKAP Gaya Hijab Ikut Bentuk KACA MATA Buat Gadis Hijabi Saat BERCUTI
Tidak lengkap rasanya kalau sedang bercuti tanpa pemakaian kaca mata hitam. Bercuti di negara panas mahupun tika musim luruh menyebabkan kita wajib membawa kaca mata hitam bagi melindungi mata kita daripada teriknya mentari yang akan mengakibatkan kerosakan retina mata. Lebih daripada itu, wanita berhijab kini juga menjadikan kaca mata hitam sebagai aksesori penambah gaya agar tampak lebih menarik dan ‘trendy’. Namun, harus diingat, ada beberapa tip yang anda harus ambil peduli sebelum mengenakan kaca mata ini. Sebagai menyemarakkan ‘mood’ bercuti anda. Ayuh, semak beberapa tip yang HIJABISTA kongsikan!
1. Hijab Lilit
Jika anda memilih untuk memakai hijab lilit, anda boleh memakai kebanyakan bentuk kaca mata hitam kerana kainnya longgar, serta anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian kaca mata hitam tersebut.
Prettyy @fateennorliyana in our Lhea Satin Shawl & @dreemika_ Raisa Luxe dress ✨
A post shared by Radiusite® (@radiusite) on
2. Hijab ‘Instant’
Jika anda memilih untuk memakai tudung Syria atau Al-Amira hijab, elakkan daripada memakai kaca mata hitam berbingkai kecil kerana ini akan menyebabkan kepala anda kelihatan lebih besar. Namun, gaya tudung ini menyerlahkan bentuk wajah anda. Oleh itu, gunalah panduan pemilihan bentuk kaca mata hitam mengikut bentuk muka anda seperti berikut.
Boleh teka colour apa @rnadiasabrina is wearing utk Madison 2.0 Sofia?
A post shared by Iconic Headscarves 1159313-K (@sugarscarf) on
3. Hijab Bawal
Hijab empat segi sesuai dikenakan dengan kebanyakan bentuk kaca mata hitam, tetapi elakkan bentuk yang terlalu kecil atau segi empat sama supaya muka anda tidak tenggelam di dalam hijab tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih kaca mata hitam yang menepati lebar muka anda supaya apabila hendak menanggalkan kaca mata hitam tersebut, hijab tidak ikut tertanggal atau terkeluar. Oleh itu, sangat penting untuk anda mencuba kaca mata tersebut dahulu sebelum membelinya.
EKSTRA TIP:
- Gaya ‘classy’ hendak bersantai bersama rakan: Cermin mata hitam ala Paris Hilton menyerikan lagi wajah si hijabi.
- Gaya hendak membeli-belah bersama ‘BFF’: Cermin mata ‘oversized’ dipadankan dengan tudung lilitan ‘turban’.
- Gaya ranggi ketika mahu ke pesta atau bazaar: Gaya gadis hijab ranggi. Cermin mata besar dan baju ‘camouflage’, ada gayalah! Ah, teknik samar yang pastinya terkesan ranggi!
- Gaya si hijabi yang juga ‘hipster’: Gayakan kaca mata bulat ala John Lennon yang dipadankan dengan ‘turban’ ala Yuna. Memang ‘cool’!
Opps! Namun, haruslah pastikan bahawa anda menutupi dada dengan sehelai hijab lagi, ya?
P/S: Fabrik tudung daripada jenis sifon ketika bercuti satu pilihan yang bijak kerana teksturnya yang lembut, beralun dan ringan sentiasa memberikan keselesaan yang berpanjangan ideal dengan cuaca panas dan lembap. Anda yang memakainya pasti terlihat hebat dan bergaya, anggun serta terserlah personalitinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI