Kewujudan tudung pleated memang memudahkan kehidupan seorang hijabi. Materialnya yang tidak perlu digosok menjimatkan masa kita untuk bersiap namun tetap membuatkan penampilan kita nampak berseri.
Namun, kadang kala timbul masalah juga apabila tudung tersebut meninggalkan kesan garisan lipatan terutama sekali ketika baru dibeli ataupun selepas dicuci.
Bagi mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba teknik yang disarankan oleh Kamalia ini. Berkongsi video di tiktok, dia telah menunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan pengering rambut sahaja boleh menghilangkan kesan lipatan tersebut.
Pengering rambut menjadi penyelamat situasi! Pastikan ia tidak bersentuhan ya dengan tudung kerana ia boleh merosakkan tekstur pleated tudung tersebut.
Kini semua kesan lipatan tersebut telah hilang! Mudah bukan? Jadi tak perlulah anda risau lagi mengenainya selepas ini. Ikut sahaja tip ini pasti menjadi!
Teknik ini tidak hanya terhad pada tudung malah boleh dicuba juga pada pakaian anda. Untuk video penuh tutorial tersebut, anda bolehlah melihatnya di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kembalikan Keaslian Warna Hitam Hijab & Pakaian Anda Dengan 3 Cara Berkesan Ini
Padanan warna dengan palet warna asas seperti hitam memang selalu menjadi penyelamat setiap orang, warna hitam memang menjadi investasi terbaik buat semua orang kerana padanannya mudah dengan pelbagai warna. Selain itu, baju, seluar, ataupun dress warna hitam selalu dapat terlihat hasil yang wow juga trendy dengan padanan hijab warna hitam.
Namun, masalah yang cukup sering ditemukan ialah jika sering menggunakannya baju berwarna hitam ini senang untuk pudar. Warna hitam sering dicuci dan dijemur sehingga menyebabkan tampak pudar sehingga warna hitam berubah menjadi kelabu. Hmm kalau sudah seperti ini, anda akan rasa menyesal pula membeli baju warna hitan, bukan?
Jangan kwuatir, anda tidak perlu membeli baju baru, semata-mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kali ini hijabista ingin memberikan beberapa cara mencerahkan pakaian hitam yang pudar. Teruskan membaca sis!
1. Menggunakan kopi
Cara alami yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan kopi. Pertama anda letak pakaian warna hitam ke dalam mesin basuh atau baldi yang berisikan air dingin. Lalu, dibancuh kopi yang sesuai dengan keperluan minimal dua cawan kopi. Setelah dibancuh, tuangkan terus kopi tersebut ke dalam mesin basuh atau baldi yang berisi air.
Buat anda yang memilih menggunakan mesin basuh, tuangkan bacuhan kopi ketika pakaian anda berpusing. Manakala yang di dalam baldi, boleh merendamnya seketika. Seterusnya, anda boleh terus mengeringkannya di jemuran. Sebelum menjemur ada 2 perkara yang harus anda perhatikan. Pertama, hindari sinaran matahari langsung dan kedua, terbalikan pakaian anda lalu baru boleh dijemur.
2. Menggunakan syampu
Kali ini anda cuma perlu menyiapkan baldi bersih yang diisi dengan air dingin. Anda boleh menggantikan sabun pencuci baju dengan syampu. Ya, kenapa menggunakan syampu? Kerana syampu tidak mengandungi kadar kimia yang tinggi. Jadi, pakaian warna hitam kesayanganmu selamat!
Setelah diisi air dingin anda boleh rendam terus pakaian dengan dengan syampu, rendam maksima 30 minit lalu anda boleh menggosoknya perlahan-lahan. Seterusnya, terus jemur!
3. Cuci pakaian dengan warna yang serupa
Cara terakhir sebelum mencuci pakaian warna hitam anda harus asingkan mengikut warna. Misalnya, pakaian dengan palet warna hitam boleh anda asingkan dengan warna-warna gelap sebelum mencucinya,
Itulah cara mencerahkan pakaian hitam yang pudar. Semoga bermanfaat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenal Pasti Jenis Tudung Sebelum Mengosoknya Untuk Elak Jadi Berlubang Atau Rosak. Hijabi Patut Tahu!
Untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kemas dan ‘on point’ anda perlu rajin menggosoknya. Lebih-lebih lagi jika menggayakan hijab satin yang mudah kedut. Namun sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok.
Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut. Kenal pasti jenis fabrik terlebih dahulu supaya kerja menggosok jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
TUDUNG BAWAL
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
TUDUNG LYCRA
Antara tudung yang terbaru dan paling mudah untuk digunakan. Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.
SELENDANG KAPAS SPANDEX
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.
SELENDANG JOJET
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis Muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.
TUDUNG AWNING BERMANIK
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.
TUDUNG AWNING
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga. Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak?
Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning. Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.
SELENDANG LICIN
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut. Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.
Harap tip di atas dapat membantu anda semua dalam menggosok tudung untuk digayakan Syawal nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kitar Semula Bahan Buangan Menjadi Sehelai Tudung Inisiatif Koleksi Terbaharu TudungPeople
TudungPeople dengan bangga memperkenalkan koleksi edisi terhad ‘Ocean Collection’ Langkah yang pertama dalam inisiatif jenama tudung yang dikenali di Malayisa, Tudung People untuk menuju ke arah produk yang lebih lestari dan mesra alam.
‘Ocean Collection’ mempunyai 10 selendang bercetak yang diperbuat dari 100% botol plastik kitar semula, dengan setiap keping selendang menjimatkan 8 botol dari berakhir di tapak pelupusan sampah atau lautan. Koleksi mercu tanda ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia.
Koleksi ini diilhamkan oleh pengasas dan pengarah kreatif TudungPeople, Fazrena Aziz perjalanan ke pulau Redang, di mana dia mengalami keindahan keajaiban semula jadi Malaysia. Fazrena juga terkesan dengan pencemaran yang dahsyat. Pengalaman itu mendorong Fazrena untuk bertindak dan memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk lebih peka terhadap persekitaran.
Sebagai jenama tempatan yang percaya mempunyai mesej kuat di sebalik setiap koleksi, TudungPeople mengambil langkah pertama untuk menghasilkan tudung lestari dengan memberi kehidupan baru pada botol plastik.
Helaian Tudung Kitar Semula
Koleksi edisi terhad ini adalah kain lestari yang bersumber melalui kerjasama TudungPeople dengan KLOTH Cares. Hasilnya adalah kain yang diperbuat daripada 100% dikitar semula botol plastik yang cantik dan lembut. Usaha ini menunjukkan bahawa anda boleh mencapai tahap tinggi bahan berkualiti dengan gaya yang setara, menggantungkan, dan mengalir dari sesuatu yang tidak mungkin seperti plastik botol minuman.
Koleksi ini disatukan setelah lebih dari setahun penyelidikan dan pengembangan. Reka bentuk yang unik menampilkan gambaran abstrak elemen bertema laut seperti karang, anemon, tongkang, gelembung, rumput laut, dan ombak. Reka corak koleksi ini mewujudkan corak yang tenang namun dinamik mencerminkan hakikat lautan yang berubah-ubah dan menangkap keindahan dan pergerakannya dalam cara moden, unik dan berani.
Pembukusan Dengan Bahan Berkualiti
Untuk pembungkusan, TudungPeople memilih kertas yang boleh dibuat dari kertas kitar semula. Sebahagian kempen memberi tumpuan kepada bagaimana pembungkusan dapat diberikan kehidupan kedua melalui penggunaan semula. Dibuat daripada bahan berkualiti tinggi yang direka bentuk untuk tahan lama, kukuh, dan estetika yang menyenangkan
malah boleh digunakan berulang kali dalam pelbagai cara. Pada akhirnya, pembungkusan itu bukan sekadar bekas untuk menghantar selendang dengan selamat, tetapi barang koleksi yang menjadi sebahagian dari produk.
Sebagai tanda sokongan anda menyangi keindahan alam, koleksi edisi terhad ‘Ocean Collection’ akan dilancarkan pada 26 Oktober 2020 dan akan tersedia untuk pembelian dalam talian dan di semua butik TudungPeople.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI