Kulit yang cantik macam kaca yang biasa dipanggil glass skin memang menjadi impian semua. Iyelah, kulit licin kot. Siapa yang tak nak kan?
Kita boleh je dapatkan kulit sebegitu jika rajin menjaga kulit wajah dengan baik. Seperti yang dikongsikan oleh @bqishamin di twitter, dia telah mendedahkan rutin kecantikan hariannya bagi mendapatkan wajah yang sangat glowing yang penting haruslah rajin.
ARTIKEL BERKAITAN: Impikan Wajah Glowing Dan Glass Skin, Perbetulkan Dahulu Cara Cucian Muka Anda.
Wow, cantiknya!
Dia juga beruntung sekali kerana memang sudah dikurniakan kulit yang flawless secara genetik.
Ingat semua, hidrasi itu penting ya!
Baginya, memakai sheet mask sebelum menggunakan pelembap membuatkan wajahnya menjadi lebih anjal.
Pakai sudu sejuk pun elok tau untuk hilangkan sembap di bahagian mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Kering & Sensitif, Hijabi ini Kongsi Rutin ‘Glass Skin’ Ala-ala Gadis Korea. Guna…
Lip tint buat bibir tampak cantik secara natural.
Tapi jangan lupa skrub bibir juga tau!
Kredit: twitter @bqishamin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Masalah Tak Kuat…Nak Pakai, Pakai Sahaja” – Izara Aishah Kongsi Tip Istiqamah Berhijab
Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi outfit of the day buat para hijabis di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
Artikel berkaitan: Hannah Delisha Faham Kesukaran Untuk Kekal Istiqamah – “Lumrah Iman Manusia Turun Dan Naik…”
‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah
Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja,
“Tapi bila dah pakai…pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat,
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.
Artikel berkaitan: Kekal Istiqamah Meski Pernah Rasa ‘Give Up’, Puteri Sarah Menjadi Inspirasi Bagi World Hijab Day Kali Ini
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal,
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat,
“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
@user637484748 cantik nya Izara, soft spoken MashaAllah 🤍 #izaraaishah #izaraworld ♬ original sound – user6374
Sumber: TikTok @user637484748
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah Berhijrah Buang Semua Baju Seksi, Kini Mulan Jameela Selesa Berjubah & Hijab Labuh. Cantiknya!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela. Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Setelah berhijrah juga, Mulan Jameela kini gemar berkongsi dakwahnya di media sosial kepada followernya yang kini berjumlah 1.1 juta.
Rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Mulan Jameela yang lebih sopan dan santun berbanding sebelumnya.
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Dia yang kini memberi sokongan padu pada suaminya, Ahmad Dhani yang kini dipenjarakan selama 18 bulan di sebuah penjara selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial.
Ayuh, kita lihat #OOTD Mulan Jameela yang memang sedap mata memandang.
#1. delailaloaa Masha’Allah sangat cantik sekali pakaiannya
#2. moscorner18 Masya Allah cantiik sekaliii
#3. wnitaperindusurga Alhamdulillah..tteh sllu terlhat cntik Dgn Pakaian Syari. Maha Sempurna Allah yg mmbrikn kt Sgla Kenikmatan. trutama nikmat Iman Islam
#4. mariamarali1505 Berhijab tambah cantik mbak mulan
#5. danned_fashion Smoga terus istiqomah y ambal Mulan. Menjadi Wanita muslimah yg menginspirasi
#6. ewidyaoetami Duuuhhh teteh @mulanjameela1 tambah cantik aja iihh ?? semoga Istiqomah ya teh
#7. am_trendz_ MasyaAllah .. cantik.. semoga Istiqomah…
#8. firdhasyabrina_ I love u teh mulannnnn istiqomah selalu ya tehh..smg teteh sehat terus, diberkahi
#9. yandi_1991 aku sangat mengagumi teh Mulan yg sabar cantik dan kuat selalu bahagia semoga Allah terus melindungi th Mulan aminnnnn
#10. misterhisyam1 Cantiknya idolaku
Artikel Berkaitan: Mulan Jameela Jual & Lelong Semua Baju Seksi Lepas Hijrah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MULAN JAMEELA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serum Ini Mampu Selesaikan Masalah Bintik-bintik Hitam Dan Kulit Wajah Yang Kusam
Wanita di Malaysia seringkali berhadapan dengan masalah kulit kusam dan tidak bermaya yang disebabkan oleh munculnya bintik-bintik hitam serta kotoran yang adapada kulit wajah.
Usah risau! Ketepikan semua pilihan produk yang anda miliki! Jenama produk penjagaan muka, Eucerin tampil dengan sebuah produk baharu yang berteknologi tinggi dan lebih berkesan merawat masalah bintik hitam.
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum merupakan sebuah produk serum yang diperkaya dengan kuasa Thimidol serta diformulasi dengan Pro-Brightening System. Mampu untuk menghilangkan bintik hitam sehingga 75% dalam masa hanya dua minggu, produk terbaru dari Eucerin ini adalah pilihan wajib bagi anda yang inginkan wajah cerah berseri!
Keunikan Spotless Brightening Booster Serum dari Eucerin.
Spotless Brightening Booster Serum mengandungi dua bahan aktif yang inovatif untuk memberi kebaikan kepada kulit wajah anda! Bahan Thiamidol merupakan sebuah bahan eksklusif dalam kandungan serum ini. Keberkesanannya telah terbukti secara klinikal mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% tanpa perlu melakukan rawatan laser dan memberikan kulit mulus berseri seawal 2 minggu.
Berdasarkan kajian klinikal terhadap 35 wanita, dalam tempoh 12 minggu dengan kekerapan penggunaan dua kali sehari. Thiamidol merupakan bahan efektif yang lembut terhadap kulit wajah. Ia mempunyai kebolehan menyerikan wajah sebanyak 10x ganda dan mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya selain mengekang berlakunya hiperpigmentasi,
Apa yang menariknya lagi tentang produk terbaru ini, jenama Eucerin telah menaik taraf serum ini dengan bahan tambahan Sistem Pro-Brightening, untuk memberikan keberkesanan yang lebih baik di mana ia mampu membaiki kulit secara mendalam. Sistem Pro-Brightening ini berkesan untuk meningkatkan tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam. Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkan produk terbaru dari Eucerin ini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI