Tak Perlu MALU Hadir Ke Pertunjukan Fesyen. Nah, 9 TIP Untuk Mereka Berbadan BESAR Nak Kelihatan KURUS!

Share

Viral bebeberapa hari lepas apabila seorang pengulas fesyen menyelar mereka yang berbadan besar untuk tidak hadir ke majlis pertunjukkan fesyen. Ini kerana menurutnya daging berlebihan di kiri kanan peha akan terlepas pada kerusi bersebelahan menyebabkan orang yang duduk di situ tidak akan rasa selesa. Ramai yang mengecam kenyataan berani dari pengulas fesyen wanita ini. 

Tidak salah sebenarnya mereka yang berbadan besar untuk hadir ke majlis sebegitu, asalkan tahu cara atau etika berpakaian yang sesuai. Diambil dari blog Lala Rahim yang sudah 9 tahun dalam dunia blogger, memberi tip fesyen bagaimana sesuai untuk mereka yang berbadan besar supaya nampak kurus.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka bertubuh Plus Size memilih pakaian bersesuaian dan tidak akan diperlekehkan atau rendah diri dalam setiap majlis yang dihadiri.

Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ni bolehlah ikut tips berpakaian bagi nampak kurus. Aku saja je nak kongsi macam mana cara berpakaian dengan betul supaya nampak effect slim! Plus, aku rasa orang acah-acah gemuk tapi kurus pun boleh la cuba tips ni. Actually pakaian kita sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.

1) Black is sexy
I mean not just black jelah tapi baju yang berwarna gelap tu boleh bagi effect kurus tau. Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri korang untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.

Kredit foto: Pinterest

2) Pilih fabrik material chiffon bukan spandex
Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra lah material dia ketat tu. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain kapas dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.

Idea OOTD. Kredit foto: Pinterest

3) Cetakan berjalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang mungkin korang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan  menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Sekiranya korang peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk korang yang bertubuh besar. Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya  tubuh tidak kelihatan semakin melebar.

Kredit foto: Pinterest

4) Aksesori Pilihan
Untuk kelihatan lebih langsing, korang boleh memakai perhiasan atau aksesori  seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan lebih ramping. Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh korang kelihatan lebih tinggi sehingga korang akan nampak lebih ramping dan langsing.

Selain itu korang boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan korang kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala korang akan nampak lebih kecil. Di samping itu juga, korang disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan korang kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut korang itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.

Kredit foto: Pinterest

5) Nak pakai jeans atau skirt? 
Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki korang. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki korang. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki korang. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. Jangan lupa denim pun perlu berwarna gelap ya! Entah la tapi kalau ikutkan aku, bagi yang berpunggung besar seeloknya pakai lah kain barulah nampak ayu sikit haha. Kalau nak pakai skirt pun biarlah skirt berwarna gelap juga.

Kredit foto: Pinterest

SUMBER: INSTAGRAM ZAITON FUAD & BLOG LALARAHIM.BLOGSPOT.MY

Published by
Siti Zurina