Solekan boleh diibaratkan sebagai sebuah metafora pelangkap gaya anda! Jika sempurna teknik solekan yang dikenakan, maka sempurnalah keseluruhan penampilan anda, dari bawah hinggalah ke bawah. Jika di Barat, selebriti di sana menjadikan solekan sebagai faktor utama dalam menghasilkan gaya yang mewah dan eksklusif.
Untuk menghasilkan teknik solekan yang baik, pelbagai perkara yang harus anda tekankan untuk memastikan solekan tampak kemas, rapi dan sempurna. Ada pelbagai perkara yang tidak seharusnya anda lakukan! Nak tahu apa dia? Jom baca!
Ramai yang menganggap fungsi foundation adalah untuk menukar tona kulit anda Tetapi sebenarnya, fungsi sebenar foundation ialah untuk meratakan tona kulit (asli) untuk lebih rata dan kemas. Jangan sesekali menggunakan warna yang berbeza dari tona kulit anda kerana ia akan memebri kesan yang buruk. Tetapi, anda sebenarnya boleh mengenakan foundation yang lebih terang dari warna kulit natural, asalkan dengan mengikut trik berikut ini:
2. Usah taksub dengan ‘Liquid Lipstick’!
Liquid lipstick mampu menjadikan bibir and alebih mungil dan seksi! Tetapi, usah digunakan untuk membentuk bibir anda dengan menggunakan ‘liquid lipstck’ kerana ia boleh menjadikan solekan anda tidak kemas dan tampak hodoh. Sebaiknya, gunalah lip liner untuk menghasilkan garis yang benar-benar kemas. Ia juga dapat mengelakkan dari wajah anda menjadi comot.
3. Salah teknik ‘Contour’
Ramai yang ingin tampil cantik persis KIm Kardashian!Ataupun mungkin juga barisan selebriti lain yang teknik ‘contour’nya benar-benar ‘on-point’! Tetapi, harus diingat, setiap bentuk wajah memiliki teknik yang berbeza. Jangan terlalu obses dengan teknik ‘contour’ sehinggakan anda salah mengenakannya! Berikut ialah trik mudah yang boleh anda lakukan untuk memastikan teknik ‘contour’ anda rapi!
4. Shimmer yang berlebihan!
‘Shimmer’ tidak hanya berfungsi untuk membuat kulit ‘glowing’, tetapi juga ia mampu untuk menonjolkan area wajah. Harus diingat, jika anda mengaplikasikannya secara berlebihan, maka tekstur kulit yang tidak rata, jerawat, dan garis halus semakin jelas kelihatan! Maka, atasinya dengan memilih produk ‘shimmer matte’, agar lebih menempel pada kulit.
5. Kesalahan pada alis mata.
‘Full eyebrow are still on the hot list!’ Tetapi harus diingat, jika alis mata yang terlalu ‘keras’, ia akan memberikan solekan anda plastik! Setiap bentuk wajah memerlukan bentuk bulu mata yang berbeza! Jadi anda harus tahu dan fahami bentuk wajah anda terlebih dahulu!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe