Konsep dan tujuan bersedekah adalah bertujuan membantu golongan yang lebih memerlukan dari diri kita. Malah, rezeki lebih midah datang sekiranya kita sering berkongsi rezeki bersama orang lain. Tidak kisah samada pemberian itu banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keihklasan diri kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Selain itu, dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Begitu jugalah dengan perkara yang dilakukan oleh lelaki dermawan ini.
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Tindakan murah hati, lelaki ini yang memberikan ais krim percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah tular di laman sosial.
Hantaran video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @ruimeilo, memaparkan lelaki berkenaan meletakkan tanda “Ais krim percuma kepada OKU” di motorsikal miliknya menjadi tular.
Hijabista difahamkan bahawa lelaki ini merupakan seorang penjual ais krim yang mencari pendapatan lebih untuk menyara isteri dan anaknya dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai.
Artikel berkaitan: Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi
Ketika disoal mengapa dia memutuskan untuk melakukan tindakan sedemikian, lelaki itu menjelaskan bahawa dia mendapat inspirasi berkenaan kerana dia juga turut mempunyai seorang anak OKU yang pernah terlantar sakit sebelum meninggal dunia.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit dan meninggal dunia. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mrndapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa sebak dan mengagumi semangat serta kemuliaan lelaki berkenaan yang sanggup berkongsi rezeki meskipun serba kekurangan.
Sekadar info, lelaki tersebut menjual aiskrim berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Di sini dapat kita simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang yang pemurah serta rajin bersedekah tidaklah perlu menjadi kaya dahulu, bahkan orang-orang biasa juga mampu melakukannya.
Apa yang penting, sumbangan yang ikhlas tidak dinilai daripada jumlah yang diberi, sebaliknya dilihat daripada keihklasan hati si pemberi.
Sumber: TikTok @ruimeilo
Artikel berkaitan: Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini. Paling Mudah Baca Al-Fatihah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.