Kecantikan

Tak Perlu Berlapar Pun! Gadis Ini Kongsi Menu Makanan Yang Best Waktu Tengah Diet

Share

Siapa kata menu untuk orang yang menjaga diet semuanya tak sedap? Salah fakta tu. Sebenarnya kita boleh je menjadi kreatif dengan mengubah suai makanan harian kita.

Kalau keliru bagaimana hendak persiapkan makanan anda, bolehlah jadikan menu daripada Syabella Huda ini sebagai inspirasi. Selain sedap dinikmati, berat badannya juga dapat diturunkan dengan menu pengambilan makanan sihat ini.

Senarai menu dari saya selama saya makan. Meal ni kebanyakan saya tak makan nasi! Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang ❤️😘

Saya student, memang waktu makan tak menentu, kalau pagi saya ambik, lunch saya skip dan ganti dengan makan petang terus saja.

Kadang-kadang saya makan pagi dan lunch, petang dah tak makan ❤️😬 saya makan 2 kali sehari 🙆🏻‍♀️🙊.

90 KG – 69 KG

Terliur pulak tengok menunya. Siap ada makanan ala-ala western lagi!

Makanan yang dibakar adalah pilihan yang terbaik.

Bila makan spaghetti jangan lupa letak sayur sekali ya…

Buah-buahan yang mengandungi pelbagai khasiat berserta dengan air teh hijau untuk detoks.

Nasi pun boleh makan tau. Janji ambil dalam kuantiti yang sebetulnya.

Bila lihat menu yang dikongsikan terus rasa bersemangat untuk sediakan menu yang menarik sebagai makanan harian kita bukan? Baguslah kalau begitu! Moga sis terus istiqomah dalam mengamalkan pemakanan sihat agar kesihatan juga lebih baik.

 

Published by
QIST