
Walaupun ramai hijabi yang hanya membiarkan wajah nampak polos, tetapi tidak ada salahnya memberi sentuhan warna bagi menceriakan penampilan. masih boleh bermekap tetapi hanya perlu kurangkan kepekatan dan bilangan produk yang kita gunakan untuk disesuaikan dengan cuaca di luar.
Selain sapuan bedak dan sedikit pemerah pipi, bahagian mata juga jangan dipinggirkan. Untuk mata, gunakan eyeliner sahaja sudah mencukupi. Tidak perlu beriya dengan eyeshadow bagai. Ingat, ‘less is more’.
Mari lihat tutorial ini untuk dapatkan winged eyeliner that always on fleek!
SUMBER: Youtube (Hijabs By Hanan)
P/S: Define mata anda dengan winged eyeliner yang ringkas dan tidak terlalu panjang. Manis dan amat sesuai untuk Ramadan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Bahan-Bahan ‘Semulajadi’, Penyegar Wajah Ini, Buat Kulit Hijabi Pinkish Berseri!

Isi Kandungan
ToggleSeronok bila tengok orang kulit putih muka merah-merah bila panas kan? Comel je persis artis Korea. Sudah la, golongan K-poppers ini memiliki ‘glass skin’ lebih memukau apabila kulit mereka pinkish dan berseri.
Tapi tahukah hijabi, selain melaburkan wang ringgit membeli produk kecantikan bagi mendapatkan hasil kulit yang berseri dan pinkish ini. Anda juga boleh melakukanya dirumah secara semulajadi! Malah, ianya lebih selamat dan bebas dari anasir-anasir yang boleh merosakkan kulit anda.
Justeru, Hijabista berkongsikan semula tips yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan khas untuk hijabi yang sayangkan kulit wajah anda, kerana tips ini menggunakan bahan semulajadi.
Cara Membuat ‘Penyegar’ Semulajadi Agar Kulit ‘Pinkish’ Dan Berseri!
Cara untuk menyediakan penyegar ini juga cukup mudah sekali. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan yang tersedia dirumah sahaja.
Selain membuatkan kulit kelihatan ‘pinkish’ semulajadi, antara kebaikan lain penyegar ini, adalah membuatkan kulit lebih licin dan mulus.
Malah, kulit anda juga akan berasa segar dan sentiasa lembap, memudarkan parut bekas jerawat mahupun jeragat. Paling best adalah penyegar ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif!
Bahan-Bahan:
1. 1/3 timun
2. 1/8 sengkuang
3. 1/4 ubi bit
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan tanpa air atau boleh sagat mahupun tumbuk menjadi halus
2. Perah dan ambil airnya sahaja
3. Simpan dalam peti sejuk
4. Sebaiknya letak dalam botol semburan
Cara Penggunaan:
1. Pastikan anda mencuci wajah dengan bersih terlebih dahulu sebelum anda mneyembur atau menyapu penyegar ini ke wajah.
2. Seterusnya, selepas menyembur digalakkan untuk melakukan sedikit urutan pada wajah agar dapat membantu cecair penyegar untuk meresap sepenuhnya ke dalam kulit
3. Amalkan 2-3 kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan maksima
Artikel berkaitan: Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!
Sekadar info, penggunaan ubi bit dapat membantu mencegah masalah pigmentasi di samping memudarkan parut kerana bahan ini diperkaya dengan vitamin C.
Sumber zat besi, fosforus dan protein yang terkandung di dalamnya juga akan membuatkan kulit menjadi sihat ala ‘pinkish’ apabila selalu diamalkan.
Manakala, timun pun kaya dengan antioxida dan merupakan ejen pelembap terbaik pada kulit di samping khasiat sengkuang yang sarat dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K dan vitamin B1.
Selain, itu penyegar semulajadi ini juga bebas digunapakai oleh seluruh ahli keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Sarifa Redzuan
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Solekan Gincu ‘Duduk Rumah’, Buat Anda Kekal Bermaya Di Zoom Meeting

Isi Kandungan
ToggleTahun 2021 adalah tahun yang menarik, terutamanya apabila kita melihat aspek gaya hidup norma baru. Trend kecantikan berputar di sekitar fakta bahawa setiap orang berada dalam kuarantin dan jarak sosial. Walaupun dalam pandemik covid-19, beberapa trend penjagaan kulit yang jelas, solekan agak berbeza.
Dari perjumpaan Zoom hingga perkahwinan maya dan solek mesra topeng, gincu nampaknya mengambil tempat duduk belakang pada mulanya. Tetapi berjaya membuat ‘comeback’ dengan cepat, tidak ada yang mustahil dapat dilakukan tanpa kesulitan! Hasilnya, beberapa trend bibir tahun 2021 adalah gabungan penampilan praktikal dan menyeronokkan. Jom tiru gaya solekan gincu ‘duduk rumah’ ini untuk anda kekal on point di alam maya!
NOTA: Klik di pautan nama jenama produk untuk membeli secara atas talian.
Merahnya si merah jambu…
Mulakan 2021 dengan ledakan olesan merah jambu panas. Warna teduh ini sangat muda, menggoda dan menyeronokkan. Ini adalah pernyataan dan dapat disapu untuk menaikkan penampilan yang minimal dan menuntut banyak perhatian.
PILIHAN HIJABISTA: MAC Cosmetics Retro Matte Lipstick
Sentuhan ‘gradient’ si gadis Korea
Alat solek dan perawatan kulit Korea mempunyai pengaruh besar dalam industri kecantikan. Solekan ‘gradient’ bibir menjadi kegemaran khusus untuk sentuhan dari jurusolek selebriti. Noda halus memberikan wajah dan rasa segar pada bibir anda. Selain itu, ia boleh disesuaikan menjadi matte atau glossy, jadi terdapat bibir ‘gradient’ yang sempurna untuk setiap individu di luar sana. Cukup dengan oleskan lip tint anda juga boleh mencipta sentuhan ‘gradient’ ala gadis Korea.
PILIHAN HIJABISTA: Benefit Cosmetics Benetint Cheek & Lip Stain
Diva 90an
Dengan memakai topeng muka menjadi norma baru, pout matte lebih diminati daripada sebelumnya. Pelapik gaya 90-an ditambah kombinasi matte berkrim ini adalah trend yang tidak disangka tetapi dialu-alukan untuk menjadi popular pada tahun 2021. Barulah ala-ala kekal diva!
PILIHAN HIJABISTA: Maybelline SuperStay Matte Ink Liquid Lipstick (City Edition)
Anti Virus
Kecenderungan bibir yang sangat gelap sedikit berbeza dengan olesan bibir yang biasa. Padanan sedikit warna ungu atau merah di bawahnya untuk memberikan penampilan yang berani dan pasti anda tidak menyesal mengayakannya. Gaya olesan anti virus ini memberi anda keupayaan melawan anasir luar.
PILIHAN HIJABISTA: Fenty Beauty Gloss Bomb Cream Color Drip Lip Cream
Teknik garis luar bibir
Gaya garisan bibir yang lebih terang dari sapuan gincu cukup popular seperti Kylie Jenner membuat bibirnya yang jelas dan lebih terang. Sama ada anda menggunakan pelapisan berpigmen, atau formula matte nude, menutup bibir agak mungil tampak segar dan semulajadi. Pastinya gaya ini tidak nampak muka anda kusam.
PILIHAN HIJABISTA: Jill Stuart Lip Contour & Blur Liner
Glamor Duduk Rumah
Tiada masalah bibir berkilat menjadi besar, tahun 2021 tahun bersolek! Pout uber yang glamor dan merah mengalahkan semua nuansa matte minimal yang lain yang sedang tren pada separuh pertama 2020, rugi anda tak cuba!
PILIHAN HIJABISTA: Dear Dahlia Paradise Aurora Shine Lip Treatment
BFF Alam Maya
Selain daripada formula matte yang tidak akan hilang di bawah pelitup muka, nada natural juga mendapat banyak perhatian untuk dipakai setiap hari. Tambah sedikit warna pada bibir dan anda tidak akan keberatan dengan sisa noda pada pelitup anda. Warna natural untuk solekan nampak tak namapak anda tidak rasa bersalah memakai gincu di sebalik pelitup muka.
PILIHAN HIJABISTA: The friendship Collection Syedewa X FERRAROSSA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Look Like Beautiful Angel” – Netizen Puji Lihat Foto Isteri Sultan Kelantan Manis Berbaju Kurung & Berhijab Sempena Syawal

Umum mengetahui Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Rihana Oksana Petra. Dan Ramadan lalu pasangan ini telah selamat dikurniakan putera sulung sebagai penyeri rumahtangga yang baru dibina.
Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi Instagram (IG) Oksana @rihanapetra dan memaklumkan bayi diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra itu dilahirkan pada 21 Mei 2019.
Akaun Instagram ini baru saja dibuka pada 4 Jun lalu dan telah mengumpul pengikut 193K dan bertambah dari hari ke hari, walaupun baru dua minggu di media sosial. Oksana juga turut muat turun foto lain bersama Sultan Muhammad V.
Malah sempena sambutan Syawal lalu juga, Rihana Oksana Petra telah muat turut fotonya yang lengkap menyarung baju kurung serta mengenakan hijab rona sedondon.
Dalam kapsyen yang ditulis beliau mengucapkan selamat hari raya kepada semua dengan ucapan memohon agar segala ibadah dan doa diterima Allah. Dan tidak lupa semoga Tuhan mempertingkatkan iman kita.
Selamat Hari Raya!
May Allah accept our Prayers, our Fast, our Ibadeh and our Dua and Insha’Allah increases our Iman. Eid Mubarak to You and Your Loved Ones!
Foto berkenaan telah mencuri perhatian netizen dan penampilannya yang menutup aurat telah mendapat pujian ramai. Memang cantik dan manis sekali penampilan isteri kesayangan Sultan Muhammad V ini.
nurdiranadhirah Angel
alifrazin Selamat hari raya,semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat,lebih lebih lagi boleh cakap loghat klantan
syamimiyasminawall Alhamdulillah, happy confinement day beautiful queen and Happy eid Mubarak
kenginger234 I love this picture you look like a beautiful angel
anas_aff_one So beautiful Selamat Hari Raya
harz04 gorgeous
reefizan85 king dan queen.berayaa bertiga..indah berhijab….moga allah permudahkan .semua nya..queen dekati islam….slow…comel berhijab baju kurung…
wanctaisyah Selamat hari raya..You look so nice when Hijab..Allah Love u..
SUMBER: ASTRO AWANI
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIHANA OKSANA PETRA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI