Wajah cantik berseri sekiranya hijabi ikut rejim kecantikan yang betul dan sempurna. Jika anda sememangnya mengikut aturan penjagaan kulit, pasti langkah untuk memakai serum tidak ketinggalan.
Berbanding dari kebiasaan krim muka, serum mengandungi kepekatan bahan aktif yang tinggi dan molekulnya juga lebih kecil kerana kebanyakan serum disalut dengan bahan solid yang ringan untuk memastikan ianya serap jauh ke dalam lapisan kulit. Tidak hairanlah penggunaan serum amat penting bagi meningkatkan reproduksi kulit.
Kebanyakkan hijabi sulit untuk menemukan serum yang terbaik dan mungkin jua takut dengan harga serum yang berada di pasaran. Meskipun terdapat harga yang mahal dari pelbagai jenama di pasaran, masih terdapat banyak pilihan yang boleh anda miliki dengan harga yang berpatutan dan ikut kemampuan bajet. Yang paling utama, haruslah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jom, ketahui serum yang bersesuaian dengan jenis kulit anda semuanya di bawah harga RM50.
1. GARDEN OF EDEN Rosa E Pigmentation Serum (5ml)
Serum muka untuk kulit kusam dan menghapuskan pigmentasi – Harga mulai RM30.30
Mengandungi eliksir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E, serum untuk wajah ini mampu untuk menghapus bintik gelap serta pigmentasi. Ianya juga dapat memperbaiki permukaan kulit sambil menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel. Vitamin E melindungi kulit daripada radikal bebas yang berbahaya, dan membantu pembaharuan sambil mencegah garis-garis halus dan kedut.
Gunakan serum ini pada waktu malam atau siang untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah. Pastikan anda menggunakan serum muka ini secara konsisten, barulah hasilnya wow!
2. ROSKEN Bio Serum (50ml)
Serum muka untuk jeragat – tona kulit lebih cerah dan sekata –Harga mulai RM24.80
Kepada yang mengalami masalah jeragat, ini adalah serum terbaik buatmu. Ia diperkaya dengan anti-oksidan Vitamin A & E, minyak Calendula dan Chamomile berfungsi untuk membantu memudarkan jeragat serta digunakan sebagai daripada kitaran pembaharuan kulit. Kandungan ekstra dalam serum ini adalah minyak Rosehip yang dapat berfungsi untuk mengurangkan kesan parut jerawat dan menghapuskan pigmentasi serta garis halus.
Ads
Formula khas yang terdapat dalam Rosken Bio Serum ini mampu untuk membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit yang tipikal seperti rupa regangan, parut, nada kulit yang tidak merata, kulit yang sangat kering dan kulit penuaan.
3. GARNIER Sakura White Ultimate Serum (50ml)
Serum untuk whitening – ekstrak sakura untuk meningkatkan dimensi kulit – Harga mulai RM32.00
Inginkan kulit cerah? Cuba Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum. Ia mengandungi ekstrak bunga Sakura dan 5000 kapsul pemutihan untuk meningkatkan 5 dimensi kualiti kulit bagi mendapatkan hasil keanggunan putih berseri. Teksturnya juga ringan dan mengekalkan lembapan pada kulit anda agar sentiasa segar dan sempurna.
Hari demi hari, kulit anda akan tampak satu tona lebih cerah. Serum ini sesuai digunakan selepas pembersih dan sebelum memakai krim siang atau malam.
4. SENDAYU TINGGI Brightening Series Super Hyaluronic Serum
Serum muka untuk remaja – kandungan antioksidanya tinggi – Harga mulai RM33.00
Untuk kamu yang sedang mencari produk merangkumi bahan tinggi hidrasi kulit seperti Trehalose dan Hyaluronic Acid, gunakan Sendayu Tinggi Brightening Series Serum ini. Ianya mempunyai kombinasi gabungan dicipta bagi memberi hidrasi yang tinggi kerana kedua-duanya membantu menghalang pengeringan sel dan mengekalkan lembapan.
Kandungan ekstra dalam serum ini seperti Vitamin C, E dan Zink pula memelihara dan membantu melambatkan proses penuaan kulit manakala Ethyl Ascorbic Acid berfungsi menghalang penghasilan melanin penyebab pigmentasi serta tona tidak sekata. Kulit wajah anda akan tampil berseri setelah beberapa kali memakainya secara konsisten.
Ads
5. COSMODERM Tea Tree Oil-Control Serum (30ml)
Serum muka untuk pengawalan kulit berminyak lebih berkesan –Harga mulai RM24.43
Untuk kamu yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat dalam liang pori, sambil menghalang bakteria serta meningkatkan pengekalan air. Produk ini bebas dari bahan tambahan terlarang serta kaya dengan ekstrak buah buahan seperti lemon dan lidah buaya.
Ianya sangat lembut pada kulit wajah, mesra alam dan membantu menghasilkan kulit yang lebih segar dan bersih. Serum ini turut membantu menghalang penghasilan minyak dan sebum yang berlebihan.
6. THE ORDINARY Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml)
Serum muka sesuai untuk kulit kering agar kekal terhidrat – Harga mulai RM35.00
Serum muka dari The Ordinary ini mempunyai sumber Vitamin C, juga dikenali sebagai L-Ascorbic Acid meningkatkan pengeluaran kolagen dan mempunyai sifat antioksidan penting untuk menjaga kulit dari penuaan serta tona tidak sekata. Sistem ini disokong dengan penambahan sfera dehidrasi HA bermaksud Hyaluronic Acid, yang berupaya menarik 1000 kali berat ke dalam air. Semestinya akan membantu mengembalikan lembapan dan kekal hidrasi pada kulit anda sepanjang hari.
7. NANO White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
Serum muka untuk kulit cenderung jerawat – Harga mulai RM45.00
Disemai dengan Nano teknologi untuk membasmi bintik gelap dan parut jerawat serta melambatkan proses penghasilan jerawat baru. Ekstrak semula jadi dan Omega White-C yang diperkaya dalam serum ini juga bertindak mengawal kuantiti sebum dan pengeluaran minyak berlebihan yang terhasil di permukaan kulit. Sapukan serum ini pada muka selepas pembersihan dan toning dan sebelum menggunakan pelembap siang atau malam.
Ads
8. WARDAH C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
Serum muka untuk kulit kombinasi antara kering dan berminyak – Harga mulai RM29.80
Bertindak sebagai anti radangan, Wardah C Defense dengan Vitamin C serum mengandungi antioksidan yang kuat memiliki keupayaan penembusan tinggi ke dalam lapisan kulit. Berfungsi dalam 5 langkah sinergi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, muda dan sihat, selain membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit. Sesuai buatmu yang mempunyai kulit kombinasi.
9. L’Oreal Men Expert Hydra Power Serum 50ml
Serum untuk lelaki – kulit lebih segar dan selesa – Harga mulai RM32.13
Pelembap anti-ketidakselesaan yang menyegarkan pertama dari L’Oréal Men Expert diperkaya dengan Mountain Water dan Hyaluronic Acid. Dengan mengandungi gel ultra segar dalam teksturnya, L’Oréal Paris Men Expert Hydra Power Serum akan memastikan kulit anda kekal terhidrat selama 48 jam.
Tidak berminyak, tidak melekit dan menyerap dengan pantas. Kepada lelaki yang sukakan aktiviti luar, gunakan serum ini sebelum terdedah dari sinaran UV.
10. SAFI Rania Gold Serum Kosentrasi (20ml)
Serum muka dari drugstore / farmasi – kulit wajah lebih anjal dan awet muda – Harga mulai RM32.64
Diperhebatkan dengan Beetox & Nano Gold 24K, berupaya membaiki & meningkatkan keanjalan dan memelihara struktur kulit bukan hanya dari luaran malahan meliputi struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit. Serum dari Safia Rania Gold ini juga memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan. Produk ini boleh didapati pada mana-mana drugstore atau farmasi seperti Watsons dan guardian.
Sumber: productnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang kenangan. Tapi ada kalanya apa yang kita muat turut itu boleh menyebabkan orang lain rasa tidak senang hati melihatnya. Ini yang boleh membawa kepada penyakit Ain (mata) yang viral dibicarakan di media sosial. Bukan tak boleh muat turun tetapi ada cara tersendiri bagi mengelakkan penyakit Ain ini. Perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu cara terbaik upload gambar bagi mengelakkan gambar kita disihir atau santau.
Kita peru sentiasa berwaspada dengan penyakit Ain (mata) ini kerana daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok.
Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Menurutnya terdapat beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan sebagai muat turun foto di laman sosial masing-masing.
Perkongsian Nurul Hassanah ini mendapat lebih 3 ribu butang like dan hampir 7 ribu pula yang menekan share. Masing-masing berterima kasih atas perkongsian berguna ini terutama dalam era dunia digital tanpa sempadan.
Bismillah, malam ni saya nak berkongsi cara atau tips upload gambar di media sosial untuk mengelakkan gambar kita disihir/santau. Sebelum itu, ilmu ini kredit kepada ustaz halim (kalau tak silap), Mohon doakan kesejahteraan ustaz.
Tips pertama – Rujuk gambar no 1. Make sure mata tidak melihat sharp pada kamera. Kita tengok sisi.
Tips kedua – Rujuk gambar no 2. Wajah tak diambil semua, ada half lagi tu memang sengaja tak bagi nampak.
Tips ketiga – Rujuk gambar no 3. Kalau mata pandang kamera secara sharp dan wajah bagi tengok semua, pastikan upload size yang sangat kecik. Ust azhar pun ada bagi tips ni.
Tips keempat – Rujuk gambar no 4. Gambar di ambil secara separuh yakni tidak menampakkan bawah kaki. Pendek kata tak ambil satu badanlah.
Tips kelima (extra tips) – Tidak mendedahkan nama penuh mak di media sosial.
Sesungguhnya sihir/santau masih diamalkan orang sekarang dan mudah sahaja untuk melakukannya hanya dengan sekeping gambar. Ust tak beritahu kenapa kena buat begini tapi ini sedikit ilmu untuk elakkan diri kita disihir melalui gambar. Ada “sebab” nya tersendiri. Apa-apa pun sama-sama lah kita dekatkan diri pada Allah agar diri kita sendiri menjadi benteng yang kukuh tak ditembusi benda syirik sebegini. Wallahualam.
Saya izinkan ilmu ini disebarkan pada keluarga & kawan-kawan. Semoga bermanfaat.
P/s: Status ini umum untuk perempuan dan lelaki. Tak upload lagi baik. Namun ada yang upload untuk tujuan muamalah/bisnes so bolehlah guna cara ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pengasas bersama jenama fesyen online terkemuka, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof. Kecemerlangan wanita kecil molek yang juga pemilik dUCk Group ini di peringkat antarabangsa memang tidak boleh dinafikan. Malah sekitar tahun 2017, beliau juga telah disenaraikan sebagai Forbes 30 Under 30 di Asia.
Dan beberapa hari sebelum menjelang Syawal, Vivy Yusof berita cukup manis apabila dilantik sebagai sebahagian ahli lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) semalam.
Dalam posting dimuat turun di laman Instagram mliknya, Vivy atau nama sebenarnya Datin Vivy Sofinas Yusof melahirkan kesyukuran diamanahkan dengan tanggungjawab besar sebagai ahli lembaga pengarah termuda UiTM.
“Meremang apabila saya melihat ini. Alhamdulillah, saya diberikan tugas yang besar daripada Kementerian pendidikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang paling muda, universiti yang sangat disayangi di Malaysia.
“Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan. Biarpun tidak memiliki pengalaman yang setara dengan mereka, saya berharap dapat memberikan sumbangan.
“Sumbangan dari segi idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang,” katanya menerusi akaun Instagramnya.
Antara kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.
Beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.
Imej yang dimuat naik itu merupakan ucapan tahniah daripada UiTM yang merangkumi Pengerusi, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan barisan ahli lembaga pengarah serta pengurusan eksekutif universiti itu.
Pelantikan ikon bisnes fesyen berusia 31 tahun itu juga dilihat mendapat pelbagai reaksi positif daripada selebriti serta netizen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.
nadnisaa Wowww congratulations vivy! Im sure the students akan lebih bersemangat untuk bercita-cita tinggi dengan ada nya young & fresh figure like u on board
Setiap manusia punyai masa silam dan zaman jahil masing-masing yang tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana ia seolah membuka pekung didada dan mencanang aib yang telah Allah tutup rapi demi menjaga air muka umatnya.
Begitu juga dengan apa yang dialami seorang hijabi dari negara jiran, Indonesia yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ apabila dia yang dahulunya gemar mencacah tatu kekal pada setiap bahagian tubuhnya termasuk wajah, akhirnya menerima hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
Ebit Lew Antara Yang Bertanggungjawab Membimbing Mondy Ke Pangkal Jalan!
Perubahan drastik dari segi penampilan Mondy yang kini terlihat begitu sopan, lengkap bertudung labuh telah berjaya menarik perhatian dan menjadi buah mulut warganet dari Indonesia hingga ke Malaysia.
Perkara berkenaan mulai tular di laman Tik Tok milik Mondy sendiri apabila dia memuatnaik video dirinya, yang cantik berpakaian labuh longgar, patuh syariah lengkap bertudung labuh diiringi oleh beberapa rakan yang lain di sebuah lokasi.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan sosok yang tidak asing lagi iaitu pendakwah bebas popular dari Malaysia, ustaz Ebit Lew yang turut berada di lokasi sama.
Hijabista difahamkan bahawa Ustaz Ebit merupakan antara figura yang bertanggungjawab diatas penghijrahan gadis tatu, Mondy hingga mencetuskan pelbagai respon dan maklumbalas dari orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan positif kearah lebih baik yang dilakukan Mondy terhadap penampilannya sebelum ini.
Selain itu, ramai dikalangan wargamaya turut mendoakan agar segala urusan Mondy dipermudahkan oleh Allah dan semoga dirinya terus kuat dan istiqamah menutup aurat dan meneruskan penghijrahanya ke arah yang lebih baik.
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...