Pemakaian bedak asas adalah satu langkah penting untuk mendapatkan hasil solekan wajah sempurna. Pemilihan warna bedak asas yang tepat akan mempengaruhi penampilan keseluruhan solekan pada wajah sekali gus memberikan kesan berbeza kepada personaliti seseorang individu.
Dalam hal ini, penting untuk kita mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan aplikasi tepat dilakukan pada wajah. Tersedia banyak pilihan bedak asas di pasaran. Terpulang pada kita untuk membuat pilihan yang sesuai.
Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad untuk membeli bedak asas, anda boleh sahaja membelinya di drugstore. Harganya juga berpatutan dan sudah tentu anda mampu memilikinya.
Berikut dikongsikan pilihan bedak asas yang boleh dibeli di drugstore.
Concealer Maybelline ini adalah yang paling laris. Ia bukan sekadar concealer tetapi juga boleh digunakan sebagai bedak asas. Produk ini mengandungi goji berry dan kolagen, yang membantu menganjalkan, menghidrat, dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Ia juga turut dilengkapi dengan SPF 18 yang dapat melindungi kulit wajah daripada selaran matahari.
Bedak asas ini bukan sahaja ringan tetapi sangat mudah untuk diaplikasikan pada kulit wajah dengan sempurna. Sapuan yang rata pada kulit wajah mampu memudarkan bintik-bintik gelap dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit wajah. Harganya juga berpatutan dan boleh di semua drugstore.
Sekiranya anda seorang yang minimalis mengenai produk kecantikan, inilah foundation yang diformulasikan dengan pelembap, serum, dan primer yang sangat menghidrat semua dalam satu botol. Rumus Teknologi Tri-Shield atau cara lain yang menarik untuk mengatakan “faedah pencegahan usia” juga dilengkapi dengan SPF 20, jadi jika anda lupa memakai beberapa Langkah rejim kecantikan anda, hangan risau hanya satu sapuan semuannya sudah terlindung.
Bedak asas bentuk krim ini mengandungi retinol untuk mempercepat pengeluaran kolagen semasa anda memakainya. Pastikan anda memakai sunblock/sunscreen sebelum mengaplikasikan bedak asas ini pada kulit wajah agar kulit wajah kekal terpelihara. Gunakan sekurang-kurangnya SPF 35 setiap pagi.
Formula yang terkandung di dalam produk ini sangat berkesan menjadikan solekan tampak sempurna. Kandungan niacinamide (bentuk vitamin B3 anti-penuaan yang kuat) dan vitamin E, bergabung untuk menghentikan dan mencegah kerosakan kulit.
TIP SAPUAN BEDAK ASAS:
*Anda boleh menggunakan hujung jari atau span. Ikut kesesuaian dan keselesaan diri anda.
*Basahkan span dengan pelembap atau sedikit air jika anda inginkan sapuan nipis tetapi menggunakan bedak asas yang tebal.
*Bagi menutup kesan parut, jerawat atau bintik hitam, gunakan penyamar noda terlebih dahulu. Selepas itu barulah sapukan bedak asas supaya solekan jadi lebih seimbang.
*Lindungi mata yang sembap dengan sapuan bedak asas di sekitar mata. Gunakan warna yang lebih cerah kemudian ratakan.
HIJABISTA: Sapuan bedak asas bukan sahaja mampu menutup cela pada kulit wajah namun pada masa yang sama mampu menjadikan solekan tampak kemas dan natural.
Sumber kredit: Top image: Photo by Pegah from Pexels