Tak Payah Susah-susah Buat i-Akaun, Klik Link Ni Je Untuk Mohon i-Lestari

Share

Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.

Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.

Berikut perkongsian Akhtar Syamir.

Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.

Apa tu i-Lestari?

Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.

Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.

INI LANGKAH-LANGKAHYA:

 

 

 

Maklumat ringkas berkenaan i-Lestari.

1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.

3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.

4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.

6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.

7. Setelah permohonan dibuat, amaun yang dipilih tidak boleh diubah buat masa ini.

8. Permohonan boleh dibuat melalui https://ilestari.kwsp.gov.my/ atau melalui i-akaun KWSP atau melalui pos ke :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Semoga dengan kemudahan ini dapat membantu kita semua dalam mengharungi cabaran kehidupan semasa Pandemik COVID-19.

Kongsikan untuk makluman semua.

Sumber kredit: Akhtar Syamir

Published by
Norhasliza