Selain jerawat yang merupakan salah satu musuh wanita, blackhead juga boleh menyebabkan kita jadi tak senang duduk. Malah, tangan ini akan gatal untuk memicit hidung atau atau sekitar pipi yang ada blackhead hingga meninggalkan parut.
Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah
anda berwarna hitam.Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan blackhead ini seperti penggunaan ‘mask’ tetapi cara ini sedikit menyakitkan. Sebenarnya ada cara lebih mudah untuk kita hilangkan masalah blackhead dari wajah. Hanya menggunakan susu dan buah pala sahaja.
Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.
Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya. Boleh lakukan sendiri di rumah.
1 sudu besar serbuk buah pala
2-3 sudu besar susu
Mangkuk kecil
Sudu atau garfu
2. Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.
3. Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.
4. Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.
5. Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.
Hasilnya bukan sahaja blackhead hilang, tetapi juga membuatkan kulit wajah segar, halus dan mulus.
Artikel Lain: Buat Sendiri ‘Face Mist’ Dari Timun
Klik di SINI untuk membeli!