Uncategorized

Tak Payah Pergi Cameron Highland! Buat Sendiri Je ‘Fruit Ice Lollies’ Yang Menyegarkan Di Rumah Untuk Berbuka Nanti!

Share

Bila cuaca panas ni selalunya tekak akan menjadi kering, ditambah pula apabila sedang menjalani ibadah puasa. Mesti sedap jika dapat basahkan tekak dengan Ais Krim Buah ala-ala yang dijual di Tanah Tinggi Cameron Highland tu kan?

Nak pergi Cameron jauh sangat, jadi apa kata anda buat sendiri sahaja di rumah! Bukan susah sangat nak membuatnya, hijabi hanya perlu membeli beberapa jenis buah-buahan. Di sini Hijabista kongsikan beberapa resepi dan cara membuat Fruit Ice Lollies yang berwarna warni, enak dan menyegarkan!

Mesti ahli keluarga yang lain pun suka, bila dapat basahkan tekak dengan pencuci mulut enak ini masa berbuka puasa nanti!

Artikel berkaitan: Basahkan Tekak Setelah Berbuka, Nikmati ‘Puding Fruit Cocktail’ Yang Menyegarkan!

1. Resipi Fruit Ice Lollies Mango Berry Kiwi

Bahan-Bahan:

• Sebiji buah kiwi, potong mengikut citarasa masing-masing.

• 100 g buah strawberi, iris potong mengikut citarasa masing-masing.

• 125 g blueberry / raspberry

• Sebiji mangga, kupas kulit dan potong mengikut citarasa masing-masing.

• 500 ml jus epal

Cara Membuat:

• Susun buah dalam bekas membuat ais krim.

• Tuangkan apple juice ke dalam bekas tersebut

• Letakkan batang ais krim kedalam bekas dan dan bekukan. Sedia untuk dinikmati.

2. Resipi Fruit Ice Lollies Strawberry

Bahan-Bahan:

• 150 g buah strawberi, potong mengikut citarasa masing-masing.

• 2 bungkus serbuk minuman pop rasa strawberi

• 500 ml air masak

Cara membuat:

• Larutkan serbut minuman rasa strawberi dengan air

• Susun buah dalam bekas membuat ais krim.

• Tuang minuman perasa strawberi yang telah dilarutkan.

• Letakkan batang ais krim kedalam bekas dan dan bekukan. Sedia untuk dinikmati.

3. Resipi Fruit Ice Lollies Milky Mango

Bahan-Bahan:

• Sebiji mangga, kupas kulit dan potong mengikut citarasa masing-masing.

• 2 bungkus serbuk minuman pop rasa mangga

• 4 Sudu susu pekat manis (Kalau nak lebih manis boleh sesuaikan ikut citarasa)

• 500 ml air masak

Cara membuat:

• Campurkan air, serbuk minuman rasa manga, dan susu pekat manis, kacau sehingga larut dan sebati.

• Susun buah mangga ke dalam bekas membuat ais krim.

• Tuangkan larutan susu yang telah disediakan sebentar tadi.

• Letakkan batang ais krim kedalam bekas dan dan bekukan. Sedia untuk dinikmati.

Dah siap! Haa.. mudah je kan nak buat ‘Fruit Ice Lollies’ ala-ala yang jual di Cameron Highland tu. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Minum Air Tembikai Merah Je? Bosan Weh! Improvise Lah Sikit, Ini Resipi Air ‘Tembikai Pelangi’ Yang Menyegarkan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir