Selain muka bulat, pipi tembam, masalah ‘double chin’ juga menjadi kerisauan buat wanita dan hijabi. Masalah dagu berlipat ini seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukkan. Malah jika ada tanda-tanda begitu menyebabkan ramai yang rasa ‘down’ dan hilang keyakinan untuk berhadapan orang ramai.
Namun sebenarnya wanita yang kurus juga kadang kala mengalami masalah ini. Siapa kata nak hilangkan ‘doule chin’ ini kena buat diet yang ekstrim? Tak perlu!
Ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom kita semak.
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik
. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Masker putih telur
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.
SUMBER: www.brightside.me