Bekas hos 3R, Kartini Ariffin atau lebih dikenali dengan nama Tini Ariffin berkongsi bahawa dia kini telah disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.
Menurut laporan Harian Metro, Tini memuat naik video dan berkongsi bahawa selepas dapat mengawal emosi, dia kini bersedia untuk menceritakan bagaimana keadaannya sewaktu mengetahui dia menghidap kanser itu.
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Menghidap Kanser Tahap Empat Berjaya Menerima PhD Di Konvokesyen UiTM
“Dua bulan lalu, saya disahkan menghidap barah payudara. Saya sedar kewujudan ketulan di payudara ketika sedang mandi. Panik. Keesokan harinya saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,
“Saya dah simpan berita ini selama lebih kurang dua bulan. Tak pasti sama ada saya nak kongsikan atau sekadar buat tak tahu seperti benda ini okay, atau benda ini tak ada apa-apa pun.” tulisnya.
Sejak melangkah ke usia 40 tahun, Tini merupakan seorang yang konsisten melakukan Mammogram dan Ultrasound namun tahun lalu, benjolan itu tiada.
“Cadangan pertama, saya perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ia kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.
“Saya seterusnya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau ketumbuhan itu adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.
“Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, di mana, saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu.
Dia kemudian mendapati keputusan ujian itu adalah kanser, tetapi mujur bertindak segera untuk pembedahan lanjut.
Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir secara positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk.
Artikel berkaitan: Hidap Kanser Payudara, Nas Adila Tabah! Anggap Ujian Satu ‘Hikmah’ Jadi Lebih Baik
Perkongsian Tini mendapat perhatian orang ramai dengan memberinya semangat dan doa untuk kekal tenang menghadap ujian ini.
“Ramai yang mendoakan saya agar semuanya okay. Saya sangat bersyukur. Allah tahu segalanya dan keputusannya, ia adalah kanser tahap satu.
“Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah sebab saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa?” ujarnya.
Tini juga meminta agar setiap individu yang merasakan ada perubahan luar biasa di mana-mana bahagian tubuh, untuk melakukan pemeriksaan.
“Semakin lama menunggu, ia akan merebak dari tahap satu ke tahap empat. Pada ketika itu, semuanya sudah terlambat.
“Kalau ada rasa tak normal di bahawa payudara atau tubuh, lakukan pemeriksaan. Jangan tunggu, jangan takut. Anda dapat selamatnya nyawa anda!” tulisnya.
Kini, Tini telah menerima takdir ini dengan reda untuk menjalani kehidupan yang lebih positif bersama keluarga dan meneruskan kerjayanya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.